20/10/2026
๐ ๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐จ๐๐ก๐, ๐ช๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ! ๐
๐ ๐๐ข๐ก๐ฉ๐๐ก๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐๐ก๐ข๐ฉ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฅ๐ฃ๐๐๐จ๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก ๐๐ก๐ง๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐ฆ๐๐ข๐ก๐๐ (๐๐ฃ๐ก๐๐ก) ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ ๐
๐
20 โ 21 Oktober 2026 ๐ Ancasa Resort Port Dickson, Negeri Sembilan
Hari yang dinanti telah tiba! Dengan penuh semangat dan iltizam, pasukan Tabika Perpaduan Daerah Dungun bagi kategori Tabika dan Taska Perpaduan Daerah Besut bagi kategori Taska melangkah ke pentas Konvensyen Inovasi JPNIN Tahun 2026 untuk mewakili Negeri Terengganu.
Semoga usaha, kreativiti dan inovasi yang diketengahkan menjadi kebanggaan seluruh warga JPNIN Negeri Terengganu serta memberikan inspirasi dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak melalui idea-idea yang kreatif, inovatif dan berimpak tinggi.
๐คฒ ๐๐ข๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฃ๐๐ก ๐๐๐ ๐
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, permudahkanlah segala urusan pasukan Tabika Perpaduan Daerah Dungun dan Taska Perpaduan Daerah Besut sepanjang konvensyen ini berlangsung.
Kurniakanlah ketenangan hati, keyakinan diri, kelancaran dalam setiap pembentangan serta kekuatan untuk memberikan persembahan yang terbaik. Berkatilah segala usaha, penat lelah dan pengorbanan yang telah dicurahkan.
Ya Allah, bukakanlah jalan menuju kejayaan, lapangkanlah segala urusan dan kurniakanlah berita manis berupa kemenangan yang menjadi kebanggaan Negeri Terengganu. Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang membanggakan dan menjadi kenangan indah buat seluruh pasukan.
Amin Ya Rabbal Alamin. ๐คฒโค๏ธ
Melangkah dengan keyakinan, berjuang dengan semangat, p**ang membawa kejayaan!
Semoga ada rezeki kemenangan buat kita semua!
โ๐๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ ๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ฎ๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐๐ฎ๐ป, ๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฐ๐ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ต๐ถ๐ฑ๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ฟ๐ธ๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ถโ
Hari yang dinanti tiba! Konvensyen Inovasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Tahun 2026 membuka tirainya hari ini, 20 Oktober 2026, bertempat di Ancasa Resort Port Dickson, Negeri Sembilan.
Dengan semangat inovasi dan iltizam untuk terus maju, konvensyen ini menjadi medan perkongsian idea, pencetusan kreativiti serta usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Bersama kita menyemarakkan budaya inovasi demi perpaduan yang lebih kukuh dan perkhidmatan yang lebih cemerlang!
โInovasi Memperkasa Perpaduan, Memacu Perkhidmatan Berkualitiโ