Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu - LPP Terengganu

Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu - LPP Terengganu

Share

Facebook Rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri Terengganu

12/06/2026

Ucapan Khas Sempena Hari Lahir

Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat YBrs. Encik Amir bin Matamin, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang.

Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, ketenangan jiwa serta keberkatan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga terus diberikan kekuatan, hikmah dan kebijaksanaan dalam memimpin organisasi ke arah kecemerlangan serta membawa manfaat kepada seluruh warga peladang.

Di kesempatan yang penuh bermakna ini, didoakan agar segala usaha, pengorbanan dan jasa yang dicurahkan sentiasa mendapat ganjaran serta rahmat daripada Allah SWT.

Selamat Hari Lahir. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dalam lindungan serta kasih sayang Allah SWT.

Ikhlas daripada:
Pengarah dan Warga Kerja LPP Negeri Terengganu.

Photos from Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu - LPP Terengganu's post 09/06/2026

𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐒𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐑𝐄𝐓𝐎𝐑𝐓 𝐏𝐏𝐊 𝐊𝐈𝐉𝐀𝐋

📅 Tarikh: 09 Jun 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 11.00 pagi
📍 Tempat: Kolej Komuniti Kemaman, Terengganu

Alhamdulillah, Kursus Penghasilan Aneka Pes dan Teknologi Retort anjuran PPK Kijal di bawah Program Pembangunan Modal Insan (PMI) Tahun 2026 sedang berlangsung dengan jayanya yang melibatkan penyertaan seramai 20 orang ahli PPK Kijal.

Program dimulakan dengan sesi amali penghasilan aneka pes yang disampaikan oleh Norhaslida binti Zaidi, usahawan PPK Kijal yang berpengalaman dalam pengeluaran produk pes makanan. Melalui sesi ini, para peserta didedahkan secara praktikal kepada teknik penyediaan pes makanan yang berkualiti, selamat dan berpotensi untuk dipasarkan.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YBrs. Pn. Hasmila binti Abas, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan program ialah En. Zakry bin Ismail, Pengurus Besar PPK Kijal.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penghasilan produk makanan berasaskan pes serta memperkenalkan teknologi retort sebagai satu kaedah pemprosesan moden yang mampu memanjangkan jangka hayat produk tanpa menjejaskan kualiti dan keselamatannya. Pendekatan ini dilihat mampu memberi nilai tambah kepada produk makanan tempatan serta membuka peluang kepada peserta untuk mengembangkan perusahaan makanan secara lebih berdaya saing.

LPP Negeri Terengganu mengharapkan semoga ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam meningkatkan pendapatan, melahirkan lebih ramai usahawan agro makanan yang berjaya serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti peladang yang lebih mampan dan progresif pada masa hadapan.

#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
#𝗟𝗣𝗣𝟰𝗙𝗮𝗿𝗺𝗲𝗿𝘀
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻
#𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗺𝗮𝘀𝗮𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻

09/06/2026
Photos from Cawangan Pembangunan LPP Terengganu's post 08/06/2026
Photos from Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu - LPP Terengganu's post 07/06/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐂𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌
𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

📅 Tarikh : 07 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa : 9.30 pagi – 5.00 petang
📍 Tempat : Dewan Wawasan, Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu

Alhamdulillah, Kursus Pengucapan Awam Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran YBrs. Puan Hasmila binti Abas, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang serta anggota Pertubuhan Peladang dari seluruh Negeri Terengganu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Muhammad Faiz bin Mohd Kari bagi memohon keberkatan, kelancaran serta kejayaan sepanjang program berlangsung.

Program kemudiannya diteruskan dengan sesi Kursus Pengucapan Awam yang disampaikan oleh YBrs. En. Kamarul Arifin bin Shaari, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan Tampin,Negeri Sembilan.Sesi ini memberikan pendedahan berkaitan teknik komunikasi berkesan, penyampaian ucapan yang yakin, penggunaan bahasa yang sesuai serta kaedah menarik perhatian audiens ketika berucap di khalayak ramai.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi dan keyakinan diri peserta agar lebih berkesan dalam menyampaikan maklumat, mengendalikan majlis serta berinteraksi dengan masyarakat. Melalui perkongsian ilmu, latihan praktikal dan pengalaman yang dikongsikan oleh penceramah, para peserta memperoleh pengetahuan serta kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam urusan kerja dan kehidupan seharian.

LPP Terengganu mengharapkan ilmu yang diperoleh menerusi kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi pemangkin kepada pembentukan komunikator yang lebih berkeyakinan, berwibawa dan berkesan pada masa hadapan.

#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
#𝗟𝗣𝗣𝟰𝗙𝗮𝗿𝗺𝗲𝗿𝘀
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻
#𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗺𝗮𝘀𝗮𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻

Photos from Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu - LPP Terengganu's post 03/06/2026

𝟬𝟯 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲(𝗥𝗔𝗕𝗨)𝗜 𝗪𝗜𝗦𝗠𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗣𝗣 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨

Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Program Sempena Pameran Pertanian,Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2026 telah berlangsung yang telah di pengerusikan oleh YBrs. Puan Hasmila binti Abas, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu bersama - sama Jabatan/Agensi.

Mesyuarat ini bertujuan untuk merencanakan senarai program/ aktiviti yang sesuai sepanjang Program MAHA berlangsung pada 28 Ogos - 06 September 2026.

#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂
#𝗟𝗣𝗣𝟰𝗙𝗮𝗿𝗺𝗲𝗿𝘀
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻
#𝗔𝗴𝗿𝗼𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗞𝗲𝘁𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻𝗮𝗻𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗺𝗮𝘀𝗮𝗱𝗲𝗽𝗮𝗻

Photos from Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia's post 01/06/2026

𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗥𝗢 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗘𝗗𝗜𝗦𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗝𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲‼️

Warga setempat dijemput hadir dan merebut peluang mendapatkan bekalan makanan segar pada harga berpatutan di lokasi-lokasi terpilih.

💡 Dalam menghadapi cabaran kenaikan kos makanan akibat krisis bekalan global, inisiatif Agro MADANI hadir membantu rakyat dengan: ✅ Harga lebih rendah dan berpatutan
✅ Menyokong hasil peladang, penternak & nelayan tempatan
✅ Memperkukuh jaminan bekalan makanan negara 🇲🇾

⚠️ Jangan lepaskan peluang — datang awal sebelum kehabisan!

Ajak keluarga dan rakan-rakan, jom ramai-ramai meriahkan Jualan Agro MADANI.

#𝗞𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀𝗕𝗲𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗚𝗹𝗼𝗯𝗮𝗹
#𝘁𝗮𝗮𝘁𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗟𝗣𝗣𝟱𝟯𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡
#𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮𝗣𝗲𝗹𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴
#𝗞𝗣𝗞𝗠𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮
#𝗧𝗲𝗮𝗺𝗞𝗣𝗞𝗠
#𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶
#𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽𝗱𝗮𝗻𝗧𝗲𝗿𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻

Facebook
https://www.facebook.com/share/p/1BH8K3VJW4/

Instagram
https://www.instagram.com/p/DZBiOfwk4rZ/?igsh=MWtneGV1ZG0xZG12eA==

Thread
https://www.threads.com//post/DZBioqemTir?xmt=AQG0N4vo1mOntuSLwLcZhkJhHHKF6VFeNePRDMgHSFOgnMscnnkyX1qFH1Qg2XzMK8bbgLSR&slof=1

X
https://x.com/i/status/2061254464942784633

Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSx7qmnrW/

Photos from Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia's post 01/06/2026
Want your business to be the top-listed Government Service in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Tingkat 2, Wisma Peladang Terengganu, Lot 994, Jalan Sultan Mohamad Kuala
Kuala Terengganu
21100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00