DHPP Terengganu

Website

DHPP Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from DHPP Terengganu, Political organisation, Kuala.

08/10/2026

Dalam sebuah organisasi, kejayaan bukan hasil kerja seorang. Daripada tugas yang kecil hingga tanggungjawab yang besar, semuanya saling melengkapi.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan insan tersayang atas pemergian Zuliya bin Haji Zaki, mantan Ketua Jabatan A...
08/10/2026

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan insan tersayang atas pemergian Zuliya bin Haji Zaki, mantan Ketua Jabatan Amal DUN Tepoh.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan insan tersayang atas pemergian Zuliya bin Haji Zaki, mantan Ketua Jabatan Amal DUN Tepoh

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampuni segala dosa dan kesalahannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat - Dr Balachandran Gopal Krishnan mengadakan pertemuan bersama...
06/10/2026

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat - Dr Balachandran Gopal Krishnan mengadakan pertemuan bersama Ketua Penaja DHPP Melaka, Dr. Tony Khoo dan Timbalan Ketua Penaja, Nick Yong bagi menyelaras gerak kerja penerangan, memperkemas penyampaian maklumat serta memperkukuh koordinasi antara Pusat dan negeri.

Semoga usaha ini dapat membantu DHPP Melaka bergerak dengan lebih tersusun, berkesan dan dekat dengan masyarakat.

๐‹๐š๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐๐€๐’ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ - ๐ƒ๐‡๐๐ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐šPengundi bukan Melayu semakin bijak menilai parti politik, dan PAS mula diterim...
05/10/2026

๐‹๐š๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐๐€๐’ ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ข๐ฌ๐ฎ ๐›๐ž๐ฌ๐š๐ซ - ๐ƒ๐‡๐๐ ๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š

Pengundi bukan Melayu semakin bijak menilai parti politik, dan PAS mula diterima sebagai parti yang berprinsip dan bebas rasuah. Lambang bukan isu besar, itu sekadar identiti. Dasar dan polisi pentadbiran lebih utama untuk diketengahkan kepada pengundi bukan Melayu - Dr Tony Khoo

๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐“๐”๐“๐๐˜๐€ ๐‘๐”๐€๐๐† ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ - ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐๐€ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐๐๐˜๐€?Pemergian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal pada usia 16 tahun sekal...
04/10/2026

๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐’๐„๐๐€๐“๐”๐“๐๐˜๐€ ๐‘๐”๐€๐๐† ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ - ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐€๐๐€ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐๐๐˜๐€?

Pemergian Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal pada usia 16 tahun sekali lagi menggoncang negara hari ini.

Siasatan masih berjalan dan kita tidak seharusnya mendahului pihak berkuasa dalam menentukan motif atau apa sebenarnya yang berlaku.

Namun kita juga tidak boleh melihat tragedi ini sebagai satu lagi berita yang menggemparkan negara untuk beberapa hari, sebelum kita kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Kerana ini bukan kali pertama.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita telah terlalu banyak mendengar tentang anak-anak yang dibuli, diganggu, dipukul, dicederakan, malah kehilangan nyawa.

Ada yang berlaku di sekolah. Ada di asrama. Ada secara bersemuka. Ada p**a yang bermula atau berterusan melalui telefon dan media sosial.

Mangsa datang daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang.

Ini bukan isu Melayu.
Bukan isu Cina.
Bukan isu India.
Ini isu kita semua.

Mereka adalah anak-anak kita, cucu-cucu kita, adik-beradik kita, keluarga kita, komuniti kita - dan masa depan negara kita.

Sampai bila?

When does it stop?

Kita sudah berada pada tahun 2026.

Kita bercakap tentang kecerdasan buatan, transformasi digital, ekonomi masa depan dan Malaysia sebagai sebuah negara maju.

Tetapi dalam kesibukan mengejar kemajuan itu, apakah kita sedang kehilangan sesuatu yang jauh lebih asas?

Adakah kita masih berjaya mengajar seorang manusia supaya tidak menyakiti manusia yang lain?

Kita mengajar anak-anak Matematik, Sains, bahasa dan teknologi.

Tetapi adakah kita mengajar mereka bagaimana menerima penolakan?

Bagaimana mengawal kemarahan?

Bagaimana menghormati batas orang lain?

Bagaimana mengurus emosi?

Bagaimana memahami bahawa perbuatan mempunyai akibat?

Dan yang paling asas - bagaimana membezakan yang betul daripada yang salah?

Jika seorang anak mendapat semua A dalam peperiksaan tetapi tidak mempunyai empati terhadap manusia lain, adakah sistem pendidikan kita benar-benar berjaya?

Sekolah bukan sekadar tempat menghasilkan pelajar yang bijak.

Sekolah juga mesti membantu melahirkan manusia yang baik.

Hari ini cabarannya jauh lebih kompleks.

Telefon berada di tangan anak-anak hampir sepanjang masa. WhatsApp, Telegram, TikTok, Instagram, permainan dalam talian, gambar, video, kump**an sembang dan mesej peribadi bergerak tanpa sempadan.

Dahulu, seorang anak mungkin dapat meninggalkan masalah sekolah apabila p**ang ke rumah.

Hari ini, buli dan gangguan boleh mengikut mereka 24 jam sehari - sehingga ke dalam bilik tidur sendiri.

Sebab itu pendekatan kita juga mesti berubah.

Kita memerlukan empat perkara yang bergerak serentak:

Kesedaran. Pendidikan. Penguatkuasaan. Pemantauan.

Dan tanggungjawab ini tidak boleh diletakkan pada satu pihak sahaja.

Ibu bapa mesti peka.

Guru mesti peka.

Pihak sekolah mesti peka.

Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan mesti mempunyai mekanisme amaran awal, aduan dan intervensi yang benar-benar berfungsi.

Polis dan pihak berkuasa mesti bertindak pantas apabila sesuatu perkara sudah memasuki wilayah ancaman, keganasan, gangguan atau jenayah.

Dan kita sendiri sebagai masyarakat juga mesti peka.

Jangan tunggu seorang anak mati sebelum kita mula bertanya soalan.

Jangan tunggu tragedi berlaku sebelum semua pihak mula berkata:

โ€œKami tidak tahu.โ€

โ€œKami tidak nampak.โ€

โ€œKami tidak sangka.โ€

Persoalannya ialah - kenapa kita tidak tahu? Kenapa kita tidak nampak?

Adakah tanda-tandanya sudah ada?

Adakah seorang anak pernah cuba meminta pertolongan?

Adakah mereka takut untuk bercakap?

Adakah kita terlalu sibuk?

Atau adakah kita sudah terlalu biasa melihat kekasaran, penghinaan dan gangguan sehingga menganggapnya perkara biasa?

Di sinilah agama juga mesti memainkan peranannya.

Agama tidak seharusnya hanya menjadi identiti, ritual atau sesuatu yang kita bicarakan di rumah ibadat.

Agama mesti menjadi kompas kehidupan.

Apa pun agama kita, nilai asasnya hampir sama - jangan menzalimi, jangan menyakiti, hormati manusia lain, berlaku baik dan lindungi mereka yang lemah.

Dalam Islam, kita diajar amar makruf nahi mungkar - menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ia bukan sekadar slogan.

Ia bermaksud apabila kita melihat sesuatu yang salah, kita tidak berpaling.

Apabila seseorang meminta pertolongan, kita mendengar.

Apabila ada tanda bahaya, kita bertindak.

Dan apabila sistem mempunyai kelemahan, kita memperbaikinya.

Hari ini kita boleh bertanya siapa yang bersalah.

Tetapi sebagai sebuah negara, kita perlu berani bertanya soalan yang lebih sukar:

Apa yang telah berlaku kepada kita?

Di mana pendidikan kita terlepas?

Di mana keluarga terlepas?

Di mana sekolah terlepas?

Di mana masyarakat terlepas?

Di mana sistem kita terlepas?

Dan apakah yang mesti kita lakukan sekarang supaya seorang lagi ibu, ayah, datuk atau nenek tidak perlu menerima berita bahawa anak yang mereka hantar untuk belajar tidak akan p**ang ke rumah lagi?

Ini bukan masa untuk menuding jari antara satu sama lain.

Ini masa untuk melihat kembali seluruh ekosistem yang membentuk anak-anak kita - rumah, sekolah, agama, komuniti, dunia digital dan negara.

Kemajuan sesebuah negara bukan hanya diukur melalui bangunan tinggi, teknologi atau angka ekonomi.

Ia juga diukur melalui bagaimana kita menjaga anak-anak kita.

Sekolah sepatutnya menjadi tempat seorang anak belajar, berkawan, membesar dan membina impian.

Bukan tempat mereka merasa takut.
Bukan tempat mereka disakiti.
Dan sama sekali bukan tempat nyawa mereka berakhir.

Untuk Irene Sofiya.

Untuk semua anak yang telah kita kehilangan.

Dan untuk jutaan lagi anak Malaysia yang sedang membesar hari ini -

kita mesti lakukan dengan lebih baik.

Kerana mereka bukan sekadar masa depan negara.

Mereka adalah amanah kita hari ini.

DR. BALACHANDRAN GOPAL KRISHNAN
Ketua Penerangan,
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Pusat
4hb Oktober 2026

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mula melaksanakan pembayaran parkir menggunakan aplikasi Setel sebagai kaedah u...
02/10/2026

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mula melaksanakan pembayaran parkir menggunakan aplikasi Setel sebagai kaedah utama pada peringkat awal, berkuat kuasa 1 Oktober.

Pelaksanaan secara percubaan sehingga 15 Oktober itu bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna serta membiasakan mereka dengan kaedah pembayaran parkir secara digital.

Baca berita penuh ๐Ÿ‘‡https://www.trdi.my/mbkt-mula-guna-setel-untuk-parkir-touch-n-go-dan-qr-menyusul?fbclid=IwdGRjcAUsCsVjbGNrBStHkWV4dG4DYWVtAjExAHBkb2YBc3J0YwZhcHBfaWQMMzUwNjg1NTMxNzI4AAEeUtWWx4QRgcgLMZelp-aAUpthCuXe3cRy5gmM0mK2jtnVKy7COf4XFLl-ar8_aem_DzN2xvavFzO1cZJRzq0obQ

KUALA TERENGGANU, 1 Oktober โ€“ Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mula melaksanakan pembayaran parkir menggunakan aplikasi Setel sebagai kaedah utama pada...

01/10/2026

Semoga Tun terus kuat menghadapi hari-hari mendatang,
disertai kasih sayang keluarga serta doa daripada seluruh rakyat Malaysia.

Mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Aliุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽAda pertemuan yang singkat p...
01/10/2026

Mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Ada pertemuan yang singkat pada hitungan waktu, tetapi lama tinggalnya dalam ingatan. Kesannya akan berbekas sampai bila-bila.

Kini, apabila mendapat khabar pemergiannya, ingatan saya kembali kepada malam seminggu yang lalu : kepada keramahan beliau, keceriaan wajahnya dan cerita tentang hari-hari awal kehidupannya di Kedah.

Saya dan isteri berkesempatan bertemu dan berbual panjang dari kebiasaan, di kediaman Tun Dr M dan Tun Dr Siti pada waktu malam hari Ahad 20 September 2026. Tidak menyangka bahawa pertemuan dan makan malam bersama selama 90 minit pada malam itu, adalah yang terakhir untuk kami dengan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, sebelum beliau p**ang bertemu Yang Maha Pencipta pada jam 9.25 pagi hari Isnin 28 September 2026.

Teguran pertama dari Tun Dr Mahathir ialah "lama tak jumpa" yang menyebabkan saya tersipu nak memberi jawapan. Sudah tentu kesempatan bertemu pada malam itu berbagai perkara dibualkan, bermula di ruang tamu hingga ke meja makan.

Tun Hasmah mula membuka bicara dengan semangatnya yang luar biasa, bercerita mengenai "kesedaran aspek kesihatan di kalangan kaum wanita, terutama di desa, yang sebilangan kecil masih mempunyai taboo dalam aspek kesihatan wanita, supaya tidak segan menjaga kesihatan keluarga". "Saya bersedia untuk turun beri talk mengenai kesedaran kesihatan untuk wanita" adalah ungkapan yang masih terngiang di minda kami kerana ianya memberi gambaran semangat juang Tun Hasmah yang tidak pernah pudar untuk bercakap mengenai kesihatan.

Saya masih terkenang wajah Allahyarham yang ceria pada malam itu. Beliau bercerita dengan penuh mesra tentang pengalamannya menjadi doktor di pedalaman Kedah selepas berkahwin dengan Tun Dr Mahathir. "Ye lah, kita dari Selangor, bertugas jadi doktor di Kedah, kena p**ak belajar loghat Kedah" ujar beliau. Allahyarham sempat bercerita pengalaman beliau dengan doktor wanita Melayu terawal di Malaysia, iaitu Dr Salmah Mohd Ali, sehingga saya bertanya kaitan dengan beliau kerana nama bapa adalah sama. Rupanya mereka berdua belajar di Singapura, dan merupakan senior beliau dalam pengajian, dan tiada kaitan kekeluargaan. Teringat p**a saya apabila lebih setahun lalu semasa di meja makan yang sama, saya pernah bertanya Tun Dr Mahathir di depan Tun Hasmah : "macamana Tun mula bertemu Tun Hasmah dahulu, jumpa di Singapore ke ?", panjang p**a cerita Tun M pada ketika itu menceritakan detiknya, seumpama saya sedang menulis autobiografi kedua dua mereka.

Menyambung cerita, Tun Hasmah juga sambil tergelak, menyebut bahawa beliau pernah naik membonceng motor sebagai doktor perubatan, pergi ke kampung di Kedah, dan kenangan yang beliau tidak dapat lupakan ialah terjatuh ke dalam bendang setelah motor tidak dapat dikawal akibat jalan bendang yang berlubang pada waktu.

Dalam kisah itu tergambar kehidupan seorang wanita yang dekat dengan masyarakat, memahami kesusahan mereka dan menjalankan amanahnya sebagai seorang doktor.

Sepanjang perbualan, terasa betapa luas pengalaman yang tersimpan di sebalik tutur katanya yang sederhana. Kami datang sebagai tetamu, lalu p**ang membawa kenangan yang amat berharga.

Hidangan makan malam yang ringkas tetapi menyelerakan - kacang panjang masak lemak, bilis goreng sambal rangup, daging masak kicap, ayam masak asam pedas, sayur brokoli goreng, nasi putih, bersama air suam.

Tun Mahathir dan Allahyarham Tun Hasmah berturutan bicara menyebut bahawa beliau makan dengan kadar sedikit, dan saya juga menyambut bahawa saya pun hanya makan sedikit dan jarang makan nasi sebelah malam. Tun Hasmah menyebut "saya mata tak nampak, makanan nampak kabur, tapi usahakan untuk makan juga".

Beliau terus bercerita mengenai waktu menikmati makan pagi bersama Tun Dr M kebelakangan ini di beranda terbuka di tingkat atas rumah, seekor burung liar (Common myna - Burung Gembala Kerbau) yang sama turut datang makan pagi di meja makan, dan beberapa insiden yang berlaku ketika itu yang menyebabkan kami semua tergelak.

Sisi lain Tun Hasmah yang mengusik Tun M pada malam itu terserlah, apabila beliau menjawab pertanyaan saya mengenai menikmati makan pagi di restoran di luar, dengan penuh bertenaga beliau menyebut "susah juga Dato' kalau makan di luar sana, ramai sangat orang nak selfie dan bergambar dengan dia (sambil memaling wajah beliau kepada Tun M yang sedang menikmati juadah)" dan beliau terus menyebut "ramai nak bergambar, yang muda-muda p**a tu..." - menyebabkan kami semua tergelak besar.

Pernah di kesempatan yang lalu, Tun Hasmah bercerita mengenai tragedi pembantu rumah lama beliau yang pernah tersalah memasukkan kain songket peninggalan ayahanda beliau, yang berusia puluhan tahun ke dalam mesin basuh sehingga rosak teruk. Ketelitian beliau terhadap tradisi dan warisan silam ini, membawa Tun Hasmah bersusah payah mencari keluarga tukang tenun songket asal berkenaan dari Terengganu yang masih bertenun, sehingga menghasilkan tenunan baharu yang hampir sama (kecuali kain dan benang yang agak berbeza). Di sini beliau berterusan memuji penenun songket yang sangat teliti untuk menghasilkan tenunan yang terbaik.

Beberapa kali, Allahyarham dan Tun Dr Mahathir berpesan kepada kami untuk selalu datang ke rumah, kerana bicara di rumah adalah lebih dekat berbanding di pejabat atau di tempat awam.

Bagi saya dan isteri, pertemuan itu akan sentiasa menjadi kenangan yang kami syukuri.

Saya merakamkan ucapan takziah yang tulus kepada Tun Dr Mahathir serta seluruh keluarga.

Semoga Allah SWT mengampuni Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah, menerima segala amal kebajikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beroleh rahmat.

28/09/2026

Salam takziah buat Tun M sekeluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah.

Salam takziah buat keluarga mendiang En. Ng Soo Che, mantan Setiausaha DHPP Kawasan Marang, Terengganu.Dalam tempoh tiga...
24/09/2026

Salam takziah buat keluarga mendiang En. Ng Soo Che, mantan Setiausaha DHPP Kawasan Marang, Terengganu.

Dalam tempoh tiga bulan ini, DHPP Terengganu telah kehilangan dua orang ahli yang cukup dekat dengan kami - mendiang Pn. Helen dan kini mendiang En. Ng Soo Che.

Kehilangan ini amat dirasai. Segala jasa, kebaikan, persahabatan serta sumbangan mereka sepanjang bersama DHPP Terengganu akan sentiasa kami kenang.

Terima kasih kerana pernah memilih untuk berjalan bersama kami dalam perjuangan ini. Setiap pengorbanan dan sumbangan yang diberikan mempunyai tempat yang tersendiri dalam perjalanan DHPP Terengganu.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi saat kehilangan ini. Kenangan bersama mendiang akan terus kekal dalam ingatan kami.

Salam takziah daripada seluruh keluarga DHPP Terengganu.

Address

Kuala

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DHPP Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share