Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Call Website Contact the organization

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Official page for Pahang State Education Department.

Bengkel Kerja Pembinaan Pelan Taktikal PPD Pahang:Merealisasikan Prakarsa RPM 2026-2035Tarikh : 19-21/2026Tempat : PPD B...
22/10/2026

Bengkel Kerja Pembinaan Pelan Taktikal PPD Pahang:Merealisasikan Prakarsa RPM 2026-2035
Tarikh : 19-21/2026
Tempat : PPD Bentong

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG23 Oktober 2026 (Jumaat)Dimaklumkan bahawa status pengoperasian ...
22/10/2026

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG
23 Oktober 2026 (Jumaat)

Dimaklumkan bahawa status pengoperasian sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 23 Oktober 2026 (Jumaat) adalah seperti berikut:

1. SEKOLAH BEROPERASI, TETAPI SEMUA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DITANGGUHKAN

* Bentong

Warga sekolah di empat daerah berkenaan digalakkan memakai pelitup muka.

2. SEKOLAH BEROPERASI SEPERTI BIASA

Semua daerah lain di negeri Pahang.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
22 OKTOBER 2026

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG21 Oktober 2026 (Rabu)Dimaklumkan bahawa status pengoperasian se...
21/10/2026

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG
21 Oktober 2026 (Rabu)

Dimaklumkan bahawa status pengoperasian sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 22 Oktober 2026 (Khamis) adalah seperti berikut:

1. SEKOLAH BEROPERASI, TETAPI SEMUA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DITANGGUHKAN

* Bentong
* Bera
* Maran
* Temerloh

Warga sekolah di empat daerah berkenaan digalakkan memakai pelitup muka.

2. SEKOLAH BEROPERASI SEPERTI BIASA

Semua daerah lain di negeri Pahang.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
21 OKTOBER 2026

21/10/2026

PROGRAM RINTIS 3PK BERGERAK
(PROSPER, PROSPEK dan Kunjung Bantu) *Peringkat Kebangsaan*

📍 SK Senderut, Lipis | 9–11 Jun 2026

Bahagian Pendidikan Khas dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang melalui Sektor Pendidikan Khas – Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK Pahang) telah melaksanakan Program Rintis 3PK Bergerak bagi memperluas akses perkhidmatan sokongan pendidikan khas kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK), khususnya di kawasan pedalaman.

Inisiatif ini merangkumi saringan, penilaian, intervensi dan konsultasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih menyeluruh, berfokus dan responsif terhadap keperluan MBPK.

Komitmen berterusan ini diharap dapat memperkukuh kualiti perkhidmatan pendidikan khas serta menyokong kemenjadian MBPK.








PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG21 Oktober 2026 (Rabu)Dimaklumkan bahawa status pengoperasian se...
20/10/2026

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG
21 Oktober 2026 (Rabu)

Dimaklumkan bahawa status pengoperasian sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 21 Oktober 2026 (Rabu) adalah seperti berikut:

1. SEKOLAH BEROPERASI, TETAPI SEMUA AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH DITANGGUHKAN

* Rompin
* Bentong
* Cameron Highlands

Warga sekolah di tiga daerah berkenaan digalakkan memakai pelitup muka.

2. SEKOLAH BEROPERASI SEPERTI BIASA

Semua daerah lain di negeri Pahang.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
20 OKTOBER 2026

19/10/2026
PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG20 OKTOBER 2026 (SELASA)Dimaklumkan bahawa status pengoperasian ...
19/10/2026

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG
20 OKTOBER 2026 (SELASA)

Dimaklumkan bahawa status pengoperasian sekolah di bawah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang pada 20 Oktober 2026 adalah seperti berikut:

KUANTAN, ROMPIN DAN BENTONG
Sekolah beroperasi, tetapi semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.

DAERAH-DAERAH LAIN
Sekolah beroperasi seperti biasa.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG BERIKUTAN SITUASI JEREBU19 OKTOBER 2026Jabatan Pendidikan Neger...
18/10/2026

PEMAKLUMAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH DI NEGERI PAHANG BERIKUTAN SITUASI JEREBU

19 OKTOBER 2026

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ingin memaklumkan status pengoperasian sekolah di negeri Pahang seperti berikut:

1. DAERAH BENTONG

Semua sekolah beroperasi seperti biasa, namun semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

2. DAERAH-DAERAH LAIN

Semua sekolah beroperasi seperti biasa.

JPN Pahang akan terus memantau perkembangan situasi jerebu dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan berkaitan pengoperasian sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPN Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing.

Keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan murid, guru serta seluruh warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG
18 Oktober 2026

240 PEMBANTU TADBIR DIRAIKAN SEMPENA HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2026KUANTAN | 13 Okto...
17/10/2026

240 PEMBANTU TADBIR DIRAIKAN SEMPENA HARI PEMBANTU TADBIR PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI PAHANG TAHUN 2026

KUANTAN | 13 Oktober 2026 – Seramai 240 orang Pembantu Tadbir diraikan dalam Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Peningkatan Pengurusan Perkhidmatan Pembantu Tadbir dan Sambutan Hari Pembantu Tadbir Pendidikan (HPTP) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan SMK Tengku Afzan, Kuantan.

Bertemakan “Pembantu Tadbir Memacu Transformasi Madani”, penganjuran program ini merupakan manifestasi penghargaan dan pengiktirafan terhadap peranan serta sumbangan Pembantu Tadbir sebagai tunjang penting dalam memastikan kelancaran pengurusan dan pentadbiran institusi pendidikan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian enam anugerah penghargaan kepada Pembantu Tadbir terpilih, termasuk dalam kalangan pesara, sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan, komitmen dan dedikasi sepanjang perkhidmatan.

Kemuncak majlis menyaksikan Encik Abdul Manaf bin Othman dinobatkan sebagai Tokoh Pembantu Tadbir Tahun 2026, sebagai penghargaan atas sumbangan dan jasa beliau dalam bidang pengurusan pentadbiran pendidikan.

Program ini turut menjadi wadah memperkukuh kompetensi, meningkatkan profesionalisme serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan Pembantu Tadbir di seluruh negeri Pahang.

Jabatan Pendidikan Negeri Pahang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah serta penghargaan kepada seluruh warga Pembantu Tadbir atas komitmen, integriti dan khidmat bakti yang berterusan dalam mendukung agenda transformasi pendidikan negara.

Pembantu Tadbir bukan sekadar penggerak pentadbiran, tetapi nadi yang memastikan setiap urusan pendidikan berjalan dengan cekap, teratur dan berkesan.

Selamat Hari Pembantu Tadbir Pendidikan Tahun 2026!








SEMINAR PENINGKATAN KOMPETENSI GURU BAHARU NEGERI PAHANG 2026Seminar Peningkatan Kompetensi Guru Baharu Negeri Pahang 20...
17/10/2026

SEMINAR PENINGKATAN KOMPETENSI GURU BAHARU NEGERI PAHANG 2026

Seminar Peningkatan Kompetensi Guru Baharu Negeri Pahang 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Nilam Puri, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan pada 15 Oktober 2026, dengan penyertaan seramai 100 orang guru baharu dari daerah Kuantan.

Seminar ini yang telah dikelola oleh BPG,UPB JPN dan PPD Kuantan,telah memberikan pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan Program Pembangunan Guru Baharu 2.0 (PPGB 2.0), Literasi Pengurusan Kewangan, Etika dan Integriti Guru, Standard Guru Malaysia 2.0, Laluan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) serta Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.

Para peserta bertuah kerana berpeluang mengikuti ucapan perasmian oleh Puan Dr. Nor Saidatul Rajeah binti Zamzam Amin, Pengarah Bahagian Profesionalisme Guru (BPG), serta perkongsian daripada penceramah BPG, JPN Pahang dan Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Turut diberikan perhatian ialah laluan kerjaya Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) dan pembangunan guru cemerlang sebagai panduan kepada guru baharu dalam merancang perkembangan kerjaya masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Puan Hanita, Timbalan Pengarah Pendidikan Pahang; Dr. Mohamad Isa, Timbalan Pengarah Sektor Pematuhan Standard BPG; Encik Lee Meng Tat, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sumber Manusia; Puan Rohana, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan; barisan penceramah, pegawai BPG, JPN Pahang dan PPD Kuantan serta semua pihak yang telah menjayakan seminar ini.








Address

Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25604

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6095715700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Pendidikan Negeri Pahang:

Shortcuts

Share