Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM

Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM, Government Organization, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), d/a Pangkalan Udara Kuantan, Kuantan.

Halaman ini adalah laman rasmi INSPRA yang memaparkan info semasa
dan perkembangan terkini berkaitan usaha serta inisiatif INSPRA dalam membina komuniti yang lebih progresif dan berdaya saing

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐†๐ˆ ๐€๐ˆ๐‘ ๐’๐”๐‘๐•๐„๐ˆ๐‹๐‹๐€๐๐‚๐„ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐€๐’๐Œ๐‚) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ•๐Ÿ“/๐Ÿ๐Ÿ”๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ” - Sekolah Kawalan ...
18/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐†๐ˆ ๐€๐ˆ๐‘ ๐’๐”๐‘๐•๐„๐ˆ๐‹๐‹๐€๐๐‚๐„ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐€๐’๐Œ๐‚) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ•๐Ÿ“/๐Ÿ๐Ÿ”

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ” - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus bagi Air Surveillance Management Course (ASMC) Serial 75/26 bertempat di Putra Hall, SKPU yang telah disempurnakan oleh Ketua Sekolah, YBhg Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh Jurulatih Pegawai, Pegawai Waran - Pegawai Waran serta barisan Jurulatih SKPU.

Kursus ASMC Serial 75/26 bermula 7 Sep 26 dan dijangka akan tamat pada 30 Okt 26 ini telah dihadiri oleh 10 x anggota berpangkat Sjn U. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih dan melahirkan PTTK dari ketukangan Juruteknik Pengawasan Udara berpangkat Sjn U bagi melaksanakan tugas sebagai Air Surveillance Officer.

Melalui ucapan pembukaan, YBhg Ketua Sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan berharap agar semua dapat menjalani kursus dengan penuh ikhlas dan bersemangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi. Selain itu, YBhg Ketua Sekolah juga turut mengingatkan kepada semua peserta kursus supaya tidak sekali-kali melibatkan diri dengan kegiatan salah laku seperti buli, penyalahgunaan dadah, judi online, sexual harassment dan juga perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej sebagai seorang anggota tentera. Selamat menimba ilmu diucapkan kepada semua peserta kursus.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐„๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐Ž) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐“๐€๐‚๐“๐ˆ๐‚๐€๐‹ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐‚๐Ž๐Œ๐“๐€๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ...
14/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐„๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐Ž) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐Ÿ” ๐ƒ๐€๐ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐‚๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐“๐€๐‚๐“๐ˆ๐‚๐€๐‹ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐‚๐Ž๐Œ๐“๐€๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ‘๐ŸŽ/๐Ÿ๐Ÿ”.

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐’๐ž๐ฉ ๐Ÿ๐Ÿ”- Sekolah Komunikasi (SKOM), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Communication Officer Course (COMMO) siri 24/26 dan Communication Tactical Course (COMTAC) siri 30/26 bertempat di Kelas Mega SKOM yang telah disempurnakan oleh Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM, Ketua Sekolah Komunikasi diiringi Mej Mohd Faz'zli bin Abdullah TUDM, Ketua Jurulatih Sekolah Komunikasi. Majlis juga turut dihadiri barisan Jurulatih serta staf SKOM.

Communication Officer Course (COMMO) siri 24/26 bermula dari 8 Sep 26 dan dijangka tamat pada 30 Okt 26 telah dihadiri oleh 14 x peserta kursus berpangkat Mej dan ke bawah dari pelbagai unit dan tred. Manakala, Communication Tactical Course (COMTAC) siri 30/26 bermula dari 8 Sep 26 dan dijangka tamat pada 30 Okt 26 telah dihadiri oleh 13 x peserta kursus berpangkat Kpl U dari pelbagai unit dan tred.

Melalui ucapan pembukaan, Ketua Sekolah Komunikasi mengucapkan selamat datang kepada semua peserta kursus dan berharap agar semua dapat menjalani kursus dengan penuh semangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari. Selain itu, Ketua Sekolah juga turut mengingatkan kepada semua peserta kursus supaya tidak sekali-kali melibatkan diri dengan kegiatan salah laku seperti buli, penyalahgunaan dadah, judi online, gangguan seksual dan juga perkara-perkara yang boleh mencemarkan imej sebagai seorang anggota tentera. Selamat menjalani kursus kepada semua peserta.

"Latihan Asas Kecekapan"
"Kuasa Udara,Perisai Negara"
"Sentiasa Di Angkasa Raya"

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‘๐”๐€๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€ (๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€)Kuantan, 28 Ogos 2026 โ€“ Pan...
02/09/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐€๐ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐‘๐”๐€๐๐† ๐€๐๐†๐Š๐€๐’๐€ (๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€)

Kuantan, 28 Ogos 2026 โ€“ Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Sri Muhammad Tarminzi bin Hj Mustapha TUDM telah hadir menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) yang telah berlangsung di Padang Kawad INSPRA.

Upacara penuh istiadat ini telah menyaksikan penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas Komandan oleh Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM kepada Kol Azuha bin Mat Ail TUDM menerusi penyerahan nota serah terima tugas. Upacara tersebut bukan sahaja menandakan perubahan pucuk pimpinan, malah mencerminkan kesinambungan amanah dalam memperkukuh peranan dan kecemerlangan INSPRA.

INSPRA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menerajui INSPRA. Sumbangan beliau telah mengukuhkan asas kecemerlangan yang menjadi kebanggaan warga INSPRA.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Kol Azuha bin Mat Ail TUDM atas pelantikan sebagai Komandan INSPRA yang baharu. Pelantikan ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penerusan kecemerlangan di samping memperkukuh kepimpinan, kebajikan warga serta pencapaian INSPRA dalam mendepani cabaran semasa. Semoga amanah dan tanggungjawab yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti serta komitmen demi mencapai visi dan misi INSPRA.

Latihan Asas Kecekapan.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐ˆ๐ˆ (๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐’๐€๐…๐„๐“๐˜ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐ˆ๐€๐ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„) ๐’๐ˆ๐‘...
24/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐†๐ˆ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐ˆ๐ˆ (๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐’๐€๐…๐„๐“๐˜ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐ˆ๐€๐ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ’๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ”.

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐ - Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician Course) Siri 41/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh YBhg Komandan INSPRA, Kol Azuha bin Mat Ail TUDM dan diiringi oleh Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih.

Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician Course)
ini telah bermula pada 9 Feb 20 Apr hingga 21 Ogos 26 yang melibatkan seramai 24x peserta kursus dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Objektif utama adalah untuk melatih peserta kursus supaya boleh mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, membuat tugas pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran serta alat bantuan pernafasan seperti yang dinyatakan di dalam RMAF Firefighter Occupational Specification.

Di dalam kursus FSTC Siri 41/26. Anugerah Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan telah disandang oleh LUK Danial Haikal bin Helmi.

Melalui ucapan penutup, YBhg Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak.
Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran Kursus FSTC.

โ€œKuasa Udara Perisai Negaraโ€
โ€œSentiasa Diangkasa Rayaโ€

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‚ ๐€๐ˆ๐‘ ๐“๐‘๐€๐…๐…๐ˆ๐‚ ๐‚๐Ž๐๐“๐‘๐Ž๐‹ ๐€๐’๐’๐ˆ๐’๐’๐“๐€๐๐‚๐„ (๐๐€๐“๐‚๐€) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ“๐Ÿ–/๐Ÿ๐Ÿ”KUANTAN, 21 Ogos 2026 โ€“ Se...
24/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐’๐€๐Œ๐๐ˆ๐‹ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‚ ๐€๐ˆ๐‘ ๐“๐‘๐€๐…๐…๐ˆ๐‚ ๐‚๐Ž๐๐“๐‘๐Ž๐‹ ๐€๐’๐’๐ˆ๐’๐’๐“๐€๐๐‚๐„ (๐๐€๐“๐‚๐€) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ“๐Ÿ–/๐Ÿ๐Ÿ”

KUANTAN, 21 Ogos 2026 โ€“ Seramai 23 peserta Kursus Basic Air Traffic Control Assistant (BATCA) Siri 58/26 telah melaksanakan lawatan sambil belajar ke beberapa agensi kawalan trafik udara dan pengurusan ruang udara di sekitar Lembah Klang, bermula 17 hingga 21 Ogos 2026.

Lawatan ini diketuai oleh Kapt Nazirul Afifi bin Mohd Amin TUDM dan dibantu oleh PW U I Mohammad Shafarizal bin Shahabudin, PW U II Abd Rahim bin Razali, F/Sjn Asyraf bin Hasdi, F/Sjn Abdul Shahril Al Amin bin Abdul Azmi, Sjn U Mohd Mausa Jasnime bin Nazri serta Sjn U Muhammad Afiq Izzuddin bin Yusof. Lawatan ini bertujuan memberikan pendedahan secara praktikal kepada para peserta berkaitan pengoperasian sebenar sistem kawalan trafik udara serta struktur sokongan dalam industri penerbangan awam dan ketenteraan.

Pada 18 Ogos 2026, para peserta kursus telah melawat Cawangan Operasi PU Subang dan menerima taklimat berkaitan penggunaan sistem EBCCC di Bilik Operasi, Menara Kawalan serta Bilik Perancangan Penerbangan. Lawatan kemudiannya diteruskan ke No. 20 Skuadron PU Subang dengan taklimat pengenalan berkaitan skuadron sebelum para peserta dibawa melawat Bilik Operasi bagi mendapatkan pendedahan mengenai pengurusan operasi penerbangan. Lawatan turut diserikan dengan pameran statik pesawat C-130H TUDM serta penerangan daripada kru bertugas.

Pada 19 Ogos 2026, para peserta kursus meneruskan lawatan ke Joint Airspace Management and Coordination Centre (JAMCC), Sepang serta Kuala Lumpur Air Traffic Control Centre (KL ATCC). Taklimat komprehensif telah disampaikan merangkumi pengurusan Low Flying Navigation, kawalan kemasukan pesawat asing, operasi Approach Control, Area Control dan Flight Data Analysis. Lawatan turut melibatkan Main Operation Room (MOR) serta Kuala Lumpur Aeronautical Rescue Coordination Centre (ARCC) yang memainkan peranan penting dalam operasi pencarian dan menyelamat penerbangan.

Pada waktu petang, para peserta kursus diberi pendedahan secara langsung di Menara Kawalan East KLIA merangkumi fungsi dan peranan Aerodrome Control, Surface Movement Control serta Flight Data Monitoring. Para peserta turut dibawa meninjau secara lebih dekat situasi sebenar operasi di Menara Kawalan.

Seterusnya, pada 20 Ogos 2026, para peserta kursus telah mengunjungi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP). Taklimat telah disampaikan oleh Kapt Ansar TUDM yang menyentuh peranan strategik BGSP, termasuk Defence Geospatial Information Management (DGIM) serta aplikasi Geographic Information System (GIS) dalam operasi ketenteraan dan pengurusan bencana.

Pihak penganjur Kursus BATCA Siri 58/26 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat atas kesudian menerima serta memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang lawatan ini. Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan pendedahan yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam memperkukuh profesionalisme, kecekapan serta kesiapsiagaan dalam melaksanakan tugas sebagai Pembantu Kawalan Trafik Udara (PKTU) Tentera Udara Diraja Malaysia.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐–๐„๐€๐๐Ž๐ ๐€๐’๐’๐ˆ๐†๐๐Œ๐„๐๐“ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐„๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐–๐€๐Ž๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ“๐ŸŽ/๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐ - Seko...
18/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐–๐„๐€๐๐Ž๐ ๐€๐’๐’๐ˆ๐†๐๐Œ๐„๐๐“ ๐Ž๐…๐…๐ˆ๐‚๐„๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐–๐€๐Ž๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ“๐ŸŽ/๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐ - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah menjayakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus bagi Weapon Assignment Officer Course (WAOC) Siri 50/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Majlis juga turut dihadiri oleh, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan Jurulatih SKPU, INSPRA.

Kursus ini telah bermula pada 11 Mei 26 dan tamat pada 14 Ogos 26. Peserta kursus ini terdiri daripada 5 x pegawai berpangkat Mej TUDM. Peserta Terbaik Keseluruhan disandang oleh Mej Mohamad Akmal bin Zainudin TUDM.

Melalui ucapan penutup, YBhg Pemangku Komandan telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua Penuntut Kursus kerana telah berjaya menamatkan kursus. Beliau turut menyatakan bahawa semua Penuntut Kursus telah dilatih untuk melaksanakan tugas dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan. Mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar semua Penuntut Kursus dapat mengekalkan kompetensi diri apabila bertugas di unit masing-masing.

Tahniah diucapkan kepada semua Peserta Kursus yang telah berjaya menamatkan kursus dengan cemerlang.

โ€˜Latihan Asas Kecekapanโ€™
โ€˜Kuasa Udara Perisai Negara,
โ€˜Sentiasa Diangkasa Rayaโ€™

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐”๐Š๐€๐๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ ...
17/08/2026

๐๐„๐‘๐“๐€๐๐ƒ๐ˆ๐๐†๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€ ๐“๐€๐Œ๐๐€๐‘ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐Š๐„๐’๐”๐Š๐€๐๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Pertandingan Bola Tampar Peringkat Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan MAWILUD 1, melibatkan penyertaan daripada semua bahagian di INSPRA dalam usaha memperkukuh semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan warga institut.

Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan aksi yang kompetitif, disiplin yang tinggi serta semangat juang yang membanggakan. Perlawanan akhir menyaksikan pertemuan sengit antara Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU) dan Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), dengan pasukan SBM berjaya muncul juara selepas menewaskan SKPU.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan lancar.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan SBM atas kejayaan merangkul kejuaraan, di samping menghargai semangat kesukanan yang dipamerkan oleh semua pasukan sepanjang pertandingan berlangsung.

Penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dalam bidang sukan, malah turut mengukuhkan hubungan silaturahim, semangat setiakawan dan esprit de corps dalam kalangan warga INSPRA, selaras dengan usaha memperkasakan modal insan yang cergas, berdaya tahan dan berprestasi tinggi.

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐“๐š๐ค๐ญ๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐‚๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ž (๐‚๐Ž๐‚) ๐’๐ž๐ซ๐ข๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฅ๐š๐›๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ...
14/08/2026

๐‹๐š๐ญ๐ข๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐“๐š๐ค๐ญ๐ข๐ค๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ฆ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐œ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง ๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ญ๐จ๐ซ ๐‚๐จ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ž (๐‚๐Ž๐‚) ๐’๐ž๐ซ๐ข๐š๐ฅ ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ” ๐๐š๐ง ๐ค๐จ๐ฅ๐š๐›๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐›๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐€๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š (๐€๐๐Œ) ๐’๐ž๐ญ๐ข๐ฎ, ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ

๐Ÿ๐ŸŽ - ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Œ๐„๐‘๐€๐๐†, ๐’๐„๐“๐ˆ๐” - Kerjasama antara APM Setiu dan pihak SKOM telah berjaya direalisasikan melalui penyertaan anggota perubatan APM dalam Latihan Ketenteraan Komunikasi Taktikal COC Serial 22/26 di UniCamp Merang Unisza Terengganu. Kehadiran anggota APM adalah bagi memberikan sokongan perubatan serta memastikan aspek keselamatan dan kecemasan disepanjang pelaksanaan latihan berada pada tahap yang baik.

Selain itu, anggota APM turut memberikan penerangan ringkas berkaitan teknik CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) kepada peserta kursus serta jurulatih sebagai pendedahan awal mengenai tindakan bantuan kecemasan sekiranya berlaku situasi kecemasan semasa latihan.

Aktiviti ini turut disertai oleh Ketua Sekolah, Sekolah Komunikasi, Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM dan turut hadir Ketua Jurulatih Latihan INSPRA, Lt Kol Shahridan bin Nemad TUDM bagi melihat serta memberikan sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti tersebut.

Kerjasama ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan pengetahuan peserta dalam aspek bantuan kecemasan, malah turut mengeratkan hubungan serta kerjasama antara ATM dan APM amnya, di dalam aspek keselamatan dan kesihatan semasa pelaksanaan latihan.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐–๐„๐€๐๐Ž๐ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐„๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐–๐ƒ๐‚) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ–/๐Ÿ๐Ÿ”KUANTAN, 11 Sep 26 - Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Lt...
13/08/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐–๐„๐€๐๐Ž๐ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐„๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐–๐ƒ๐‚) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ–/๐Ÿ๐Ÿ”

KUANTAN, 11 Sep 26 - Ketua Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM telah menyempurnakan Majlis Pembukaan Weapon Director Course (WDC) Serial 8/26 yang telah dilaksanakan di Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA).

WDC Serial 8/26 bermula pada 10 Ogos 26 dan dijangka tamat pada 3 Jun 27. Kursus ini telah dihadiri seramai 17 x pegawai berpangkat LtM TUDM. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk mempersiapkan dan melatih pegawai-pegawai bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab berkaitan Air Defence yang selaras dengan keperluan operasi sebagai Weapon Director yang berkategori Proficient di dalam ketukangan Kawal dan Lapor (K&L).

Diakhir majlis Ketua Sekolah memberikan beberapa pesanan antaranya pematuhan Direktif No 5 B iaitu berkaitan langkah-langkah pencegahan dadah berbahaya. Selain itu, Ketua Sekolah juga mengingatkan untuk mematuhi garis panduan penggunaan media sosial. Akhir sekali, Ketua Sekolah berharap agar semua Peserta Kursus dapat menjalani kursus dengan penuh ikhlas dan bersemangat di samping mengekalkan mutu disiplin yang tinggi agar dapat mengimplimentasikan segala ilmu pengetahuan yang dipelajari semaksima yang mungkin di unit kelak. Beliau juga berharap agar semua Peserta Kursus dapat memberikan pencapaian yang membanggakan dalam menghadapi dunia operasi yang kian mencabar dengan penggunaan sistem pertahanan udara yang terkini.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‚๐ˆ๐Œ๐ˆ๐‚ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‚๐Ž๐‚ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐„ ๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐Ž ๐€๐Œ๐€๐“๐”๐‘ & ๐‘๐„๐‚๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‚๐‹๐”๐ (๐‘๐‚๐‘๐‚) ๐‚๐€๐Œ๐„๐‘๐Ž๐ ๐‡๐ˆ๐†๐‡๐‹๐€๐๐ƒ๐’๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐‚๐š๐ฆ๐ž๐ซ๐จ๐ง...
11/08/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐‚๐ˆ๐Œ๐ˆ๐‚ ๐๐„๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐‚๐Ž๐‚ ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ” ๐Š๐„ ๐‘๐€๐ƒ๐ˆ๐Ž ๐€๐Œ๐€๐“๐”๐‘ & ๐‘๐„๐‚๐‘๐„๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐‚๐‹๐”๐ (๐‘๐‚๐‘๐‚) ๐‚๐€๐Œ๐„๐‘๐Ž๐ ๐‡๐ˆ๐†๐‡๐‹๐€๐๐ƒ๐’

๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐‚๐š๐ฆ๐ž๐ซ๐จ๐ง ๐‡๐ข๐ ๐ก๐ฅ๐š๐ง๐- Peserta Kursus COC Siri 22/26 telah mengadakan lawatan Civil-Military Cooperation (CIMIC) ke komuniti radio amatur di Cameron Highlands. Lawatan tersebut diketuai oleh Ketua Sekolah Komunikasi (SKOM), Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM serta jurulatih SKOM.

Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta kursus mengenai peranan, fungsi serta penggunaan radio amatur sebagai salah satu medium komunikasi, di samping mempelajari pengalaman dan kepakaran komuniti setempat dalam bidang radio komunikasi kecemasan.

RCRC selaku Civil Defence Auxiliary (CDA09) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia telah terlibat dengan beberapa bantuan komunikasi kecemasan bagi kes - kes Orang Hilang/ Sesat di sekitar Cameron Highland sejak Tahun 2021.

Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dan menjalinkan kerjasama antara pihak SKOM dengan pihak Kelab Radio Amatur Cameron Highland. Interaksi yang terjalin melalui program CIMIC ini diharap dapat meningkatkan persefahaman, berkongsi pendapat dan pengalaman dalam dunia komunikasi yang serba moden.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberikan pengalaman serta pengetahuan yang bermanfaat kepada peserta Kursus COC Siri 22/26.

Address

Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), D/a Pangkalan Udara Kuantan
Kuantan
25990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share