Bahagian PK KDN Sarawak

Call Website Contact the organization

Bahagian PK KDN Sarawak Public & government service

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri menguatkuasakan 4 Akta iaitu Akta Agensi Persendirian 1971, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 & Akta Penapisan Filem 2002

HEBAHAN HARI PERTAMAPAMERAN AKTA PK KDN & PROGRAM JOM EXCHANGE AL-QURAN (JEQ) SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH S...
29/09/2026

HEBAHAN HARI PERTAMA
PAMERAN AKTA PK KDN & PROGRAM JOM EXCHANGE AL-QURAN (JEQ) SEMPENA PERSIDANGAN ANTARABANGSA SEJARAH SARAWAK 2026

“Mengisi Makna, Membina Negara Bangsa”
📍 Wisma Melayu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak
Hari Pertama | 29 September 2026

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK KDN) Negeri Sarawak telah menyertai Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 September 2026 di Wisma Melayu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Persidangan yang mengangkat tema “Mengisi Makna, Membina Negara Bangsa” ini telah dirasmikan pada hari pertama oleh YB Dato Sri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

Bahagian PK KDN Negeri Sarawak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato Sri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah atas kesudian beliau meluangkan masa berkunjung ke reruai pameran Bahagian Penguatkuasaan Dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta meninjau pengisian dan aktiviti yang diketengahkan.

Bahagian PK KDN Negeri Sarawak membuka reruai pameran bagi memberikan pendedahan kepada para peserta dan pengunjung berhubung peranan, fungsi serta akta-akta di bawah seliaan PK KDN, khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) dan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986).

Pameran turut mengetengahkan penerangan mengenai kepentingan kelulusan dan perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi naskhah al-Quran, termasuk contoh naskhah yang mempunyai kelulusan dan yang tidak mempunyai kelulusan KDN. Pengunjung juga diberikan penerangan berkaitan pelbagai bentuk kesalahan di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh PK KDN.

Selain itu, Program Komuniti Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Kelulusan – Jom Exchange Al-Quran (JEQ) turut dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif mendekati masyarakat. Program ini memberi peluang kepada orang awam untuk mendapatkan maklumat serta menukar al-Quran yang rosak, lusuh atau tidak mempunyai kelulusan KDN kepada naskhah al-Quran baharu yang mempunyai kelulusan KDN.

📢 Jangan lepaskan peluang!
PASS 2026 masih diteruskan pada hari kedua, 30 September 2026. Orang ramai dijemput hadir ke Wisma Melayu, Petra Jaya, Kuching untuk mengunjungi reruai pameran KDN dan mendapatkan pelbagai informasi berkaitan akta-akta di bawah seliaan PK KDN serta Program JEQ.

Jumpa anda di reruai PK KDN Negeri Sarawak!




📢 HEBAHAN PROGRAM JOM EXCHANGE AL-QURAN (JEQ) DI WISMA MELAYU SARAWAK BERMULA 29 SEPTEMBER SEHINGGA 1 OKTOBER 2026Warga ...
29/09/2026

📢 HEBAHAN PROGRAM JOM EXCHANGE AL-QURAN (JEQ) DI WISMA MELAYU SARAWAK BERMULA 29 SEPTEMBER SEHINGGA 1 OKTOBER 2026

Warga Kuching dan seluruh rakyat Sarawak dijemput hadir!

Sempena Persidangan Antarabangsa Sejarah Sarawak (PASS) 2026 dan Majlis Syarahan Negarawan: Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar anjuran pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) KDN Negeri Sarawak akan mengadakan Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) khusus untuk anda!

APA ITU JEQ?
Jom Exchange Al-Quran (JEQ) merupakan inisiatif komuniti bagi menggalakkan pertukaran naskhah Al-Quran yang tiada perakuan KDN atau rosak kepada naskhah Al-Quran baharu yang mempunyai perakuan KDN secara PERCUMA

BUTIRAN PROGRAM (3 HARI) :
Tarikh: 29, 30 September 2026 & 1 Oktober 2026 (Selasa – Khamis)
Masa: Bermula 9.00 Pagi
Lokasi: Reruai Pameran KDN, Wisma Melayu, Petra Jaya, Kuching, Sarawak

📌 TERMA & SYARAT:
Sila bawa Al-Quran milik anda yang tiada perakuan KDN atau rosak.
Pertukaran terhad kepada satu (1) naskhah Al-Quran setiap seorang.
Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Jangan lepaskan peluang ini untuk memastikan Al-Quran di rumah anda mempunyai perakuan rasmi KDN dan berada dalam keadaan terbaik.

Mari ramai-ramai meriahkan program dan pameran ini. Sebarkan maklumat ini kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda.



28 SEPTEMBER 2026SALAM TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementeria...
28/09/2026

28 SEPTEMBER 2026
SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarhamah YAB Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, masyarakat dan negara. Segala jasa, sumbangan, pengorbanan serta bakti yang telah dicurahkan sepanjang hayat Allahyarhamah akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Semoga segala kebaikan dan amal bakti Allahyarhamah menjadi asbab memperoleh rahmat dan keampunan daripada Allah SWT serta ditempatkan di Jannatul Firdaus.

Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kehilangan insan yang amat disayangi.

Al-Fatihah.

Daripada seluruh warga
Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak
Kementerian Dalam Negeri

HEBAHAN AWAM28 SEPTEMBER 2026
28/09/2026

HEBAHAN AWAM
28 SEPTEMBER 2026

MIRI | 23 SEPTEMBER 2026•HARI PERTAMA : PAMERAN AKTA PK KDN SEMPENA SEMINAR PENYERAHAN BAHAN-BAHAN TERBITAN DI MIRI•Baha...
26/09/2026

MIRI | 23 SEPTEMBER 2026
•HARI PERTAMA : PAMERAN AKTA PK KDN SEMPENA SEMINAR PENYERAHAN BAHAN-BAHAN TERBITAN DI MIRI•

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri (PK KDN Sarawak) telah melaksanakan pameran dan hebahan berkaitan akta-akta di bawah seliaan PK KDN sempena Program Seminar Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Turut hadir adalah YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew yang berkesempatan meninjau pameran serta mendapatkan penerangan berkaitan peranan dan tanggungjawab Bahagian PK KDN dalam memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang berkaitan bahan penerbitan.

Sepanjang program, PK KDN Sarawak telah memberikan penerangan berkenaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP 1984) dan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (APTQ 1986), termasuk keperluan memastikan naskhah Al-Quran yang dibeli mempunyai kelulusan dan perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pameran turut memaparkan contoh naskhah Al-Quran yang mempunyai kelulusan dan perakuan KDN serta contoh naskhah yang tidak mempunyai kelulusan, di samping penerangan mengenai pelbagai jenis kesalahan yang berkaitan dengan akta-akta di bawah seliaan PK KDN.

Pelaksanaan pameran ini memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat secara lebih jelas dan juga menjadi medium bagi memperkenalkan peranan Bahagian PK KDN kepada masyarakat serta meningkatkan kefahaman mengenai tanggungjawab bersama dalam memastikan bahan penerbitan yang berada di pasaran mematuhi peruntukan perundangan yang ditetapkan.


•HARI TERAKHIR : PAMERAN AKTA DAN CERAMAH KESEDARAN PERUNDANGAN BAHAGIAN PK KDN DI MIRI•MIRI | 24 SEPTEMBER 2026Bahagian...
26/09/2026

•HARI TERAKHIR : PAMERAN AKTA DAN CERAMAH KESEDARAN PERUNDANGAN BAHAGIAN PK KDN DI MIRI•
MIRI | 24 SEPTEMBER 2026

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Pameran Akta di bawah seliaan Bahagian PK KDN bersempena Program Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Satu penyampaian ceramah di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 juga telah disampaikan oleh Encik Suhaili bin Siam, wakil daripada Bahagian PK KDN Negeri Sarawak kepada para peserta yang telah menghadiri program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pustaka Negeri Sarawak, Miri atas jemputan serta kerjasama yang diberikan kepada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak untuk turut serta dalam program ini sebagai pengisian perkongsian ilmu dan kesedaran perundangan kepada masyarakat.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh dalam usaha menyampaikan maklumat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang.

25 SEPTEMBER 2026•MAJLIS PENUTUPAN RASMI KURSUS CERTIFIED SECURITY GUARDS (CSG) SIRI 17/2026•Seramai 144 orang pengawal ...
26/09/2026

25 SEPTEMBER 2026
•MAJLIS PENUTUPAN RASMI KURSUS CERTIFIED SECURITY GUARDS (CSG) SIRI 17/2026•

Seramai 144 orang pengawal keselamatan diraikan dalam Majlis Penutupan Rasmi Tamat Kursus “Certified Security Guards” (CSG) Siri 17/2026 yang berlangsung di PULAPOL Kuching, Sarawak.

Majlis ini telah dirasmikan oleh SUPT Richard Akin, Timbalan Komandan (Latihan), PULAPOL Kuching.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Rafiqin bin Rais, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri.

Antara pengisian utama majlis termasuk pemakaian lencana dan penyampaian sijil tamat kursus, penyampaian sijil serta plak penghargaan kepada peserta terbaik, diikuti lafaz ikrar oleh para peserta sebagai tanda komitmen untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh disiplin dan profesionalisme.

Lebih daripada sekadar menamatkan sebuah kursus, CSG menjadi platform untuk memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme pengawal keselamatan agar sentiasa melaksanakan tugas selaras dengan peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971 (AAP 1971).

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Industri Keselamatan Malaysia (PIKM) Zon Sarawak dan PDRM, khususnya PULAPOL Kuching, atas kerjasama erat dalam menjayakan pelaksanaan kursus ini.

Tahniah dan syabas kepada kesemua 144 peserta CSG Siri 17/2026!


20 SEPTEMBER 2026PROGRAM JIWA @ KOMUNITI HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026  DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG SELANG LAUT, TELA...
20/09/2026

20 SEPTEMBER 2026
PROGRAM JIWA @ KOMUNITI HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2026
DEWAN SERBAGUNA KAMPUNG SELANG LAUT, TELAGA AIR, KUCHING

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri telah berpeluang menyertai Program Jiwa @ Komuniti Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Bahagian Kuching, Sarawak.

Menerusi program ini, masyarakat diberikan penerangan berkaitan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri serta akta-akta yang dikuatkuasakan, termasuk kesalahan-kesalahan di bawah seliaan Bahagian PK KDN melalui taklimat yang telah disampaikan oleh Encik Abdul Hadi bin Zulaihi, wakil Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri.

Turut berlangsung adalah reruai pameran akta-akta yang dikuatkuasakan dibawah Bahagian PK KDN dan juga Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) yang memberi peluang kepada orang awam untuk menukar Al-Quran yang rosak, lusuh atau tiada kelulusan KDN kepada Al-Quran baharu yang mempunyai kelulusan KDN.

Melalui inisiatif ini, masyarakat turut didedahkan kepada kepentingan menyemak kelulusan dan perakuan KDN sebelum membeli Al-Quran, sekali gus bersama-sama menyokong usaha ke arah Sifar Al-Quran Tiada Kelulusan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pejabat Penerangan Bahagian Kuching di atas jemputan, kerjasama dan ruang yang diberikan kepada Bahagian PK KDN Sarawak dan juga seluruh warga Kampung Selang Laut yang turut hadir berkunjung dalam menjayakan program ini.




18/09/2026

18 SEPTEMBER 2026
KOMITMEN BERSAMA, INTEGRITI DIUTAMAKAN

Hari ini, Warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri telah menyertai Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai tanda komitmen dalam memperkukuh budaya integriti dan amanah dalam melaksanakan tugas.



18 SEPTEMBER 2026•SESI MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) PERINGKAT BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN NEGERI SARA...
18/09/2026

18 SEPTEMBER 2026
•SESI MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) PERINGKAT BAHAGIAN PENGUATKUASAAN DAN KAWALAN NEGERI SARAWAK, KEMENTERIAN DALAM NEGERI•

Seluruh warga Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri telah melaksanakan Sesi Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Peringkat Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Kementerian Dalam Negeri sebagai salah satu usaha memperkukuh komitmen warga kerja terhadap integriti, amanah dan tadbir urus yang baik.

Upacara ikrar ini telah disempurnakan di hadapan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sarawak, Tuan Rafiqin bin Rais, selaku saksi.

Semoga lafaz ikrar yang dilaksanakan bukan sekadar satu simbolik, tetapi menjadi pegangan dan komitmen bersama dalam memastikan setiap amanah yang dipikul dilaksanakan dengan jujur, telus dan berintegriti.



Address

Kuching

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 08:00 - 11:45
14:00 - 16:30

Telephone

+6082524255

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian PK KDN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian PK KDN Sarawak:

Shortcuts

Share