28/08/2026
🎓💻 BANTUAN LAPTOP SISWA JOHOR — SESI 1/2026 KINI DIBUKA!
Berita baik buat anak Johor yang sedang melanjutkan pengajian ke IPT! 📚✨
Pelajar yang memenuhi syarat berpeluang menerima bantuan laptop bagi menyokong keperluan pembelajaran dan pengajian di institusi masing-masing. 💻🎓
📅 Tempoh Permohonan:
28 Ogos – 18 September 2026
✅ Antara syarat kelayakan:
• Lahir dan mempunyai MyKad beralamat di Johor; atau lahir di luar Johor tetapi MyKad beralamat di Johor
• Pelajar IPTA/IPTS yang disenaraikan
• Pengajian Asasi, Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
• Minimum berbaki 1 tahun pengajian
• Pengajian sepenuh masa
• Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan berdasarkan pendapatan per kapita terendah
📲 Mohon sekarang!
Imbas kod QR pada poster atau layari Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor untuk membuat permohonan.
⚠️ Bantuan terhad! Pemilihan adalah berdasarkan kriteria kelayakan yang ditetapkan. Pelajar yang terpilih akan dihubungi untuk urusan pengambilan bantuan.
🎓 Manfaatkan peluang ini untuk melengkapkan keperluan pembelajaran anda!
/2026