23/10/2026
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐂𝐄𝐑𝐆𝐀𝐒, 𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀 𝐂𝐄𝐑𝐃𝐀𝐒 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔
22 Oktober 2026, Kluang - Warga Kolej Komuniti Bandar Tenggara (KKBTJ) meluangkan masa bersama dalam aktiviti sukan bowling sebagai salah satu usaha menggalakkan gaya hidup sihat serta menjaga kesejahteraan fizikal dan mental warga kolej.
Aktiviti yang santai tetapi penuh keceriaan ini bukan sahaja memberi peluang untuk beriadah dan melepaskan tekanan selepas kesibukan bekerja, malah turut mengeratkan hubungan serta semangat kerjasama dalam kalangan warga KKBTJ. 🤝😊
Bowling juga menjadi medium yang menyeronokkan untuk meningkatkan koordinasi mata dan tangan, merangsang kemahiran motor serta kekal aktif secara santai.
Semoga program seperti ini dapat terus menyemarakkan budaya “Sihat, Ceria dan Produktif” dalam kalangan warga Kolej Komuniti Bandar Tenggara.
💙 Riadah Cergas, Minda Cerdas!
💙 Warga KKBTJ Aktif, Sihat dan Sejahtera!