Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu

Directions

Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu ini menawarkan khidmat kpd rakyat di kawasan ini.

Khidmat kita adalah profesional, tidak berpaksikan politik kepartian & lebih mengutamakan dasar yang memanfaatkan rakyat jelata.

Tuisyen percuma? Ya, memang ada!Untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6, e-Tuisyen Rakyat di NADI sediakan kelas BM...
02/10/2026

Tuisyen percuma? Ya, memang ada!

Untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6, e-Tuisyen Rakyat di NADI sediakan kelas BM, BI, Matematik, Sains dan Sejarah, secara online dan PERCUMA.

Tak ada komputer atau internet di rumah? NADI ada.

Alhamdulillah, 36 pelajar e-Tuisyen NADI berjaya raih 7A dan ke atas dalam SPM yang lepas.

Jemput hadir ke NADI berhampiran anda!




TT: https://vt.tiktok.com/ZSbyN3xTS/

IG: https://www.instagram.com/reel/Dd8yyneNBaX/

TH: https://www.threads.com/share/_wfJqS1CG/

Gerakan has only 1 elected state seat, while MIPP has none, thus their demand and negotiation powers are much weaker com...
27/09/2026

Gerakan has only 1 elected state seat, while MIPP has none, thus their demand and negotiation powers are much weaker compare to that of PAS and Wawasan as they have more elected representatives.

So, in most decisions, PAS and Wawasan holds the deciding powers while Gerakan and MIPP are merely agreerer and followers, unless they win more seats in the next GE.

They say the two parties are likely to stay with PAS if PN is deregistered, as they may have better chances of contesting seats in GE16.

14/09/2026
Setelah mendapat maklumat melalui sumber dalaman SADA, didapati kejadian valve paip yang rosak teruk menyebabkan bekalan...
14/09/2026

Setelah mendapat maklumat melalui sumber dalaman SADA, didapati kejadian valve paip yang rosak teruk menyebabkan bekalan air terhenti selama beberapa jam lamanya hingga ke pagi tadi.
Di harap pihak SADA mengambil langkah awal menangani masalah tersebut dan tidak membiarkan ia berlarutan sehingga ke pagi kerana ini akan menyebabkan rakyat mengalami kesulitan dalam aktiviti harian mereka.

Dicadangkan agar pihak SADA sentiasa mengadakan pemeriksaan yang menyeluruh ke atas semua paip dan saluran bekalan air mereka dari masa ke semasa bagi memastikan masalah paip air usang, valve yang mengalami kerosakan serta pemprosesan yang tergendala ini dapat diatasi dengan segera sebelum masyarakat terkesan dengan kejadian tersebut.

Kebocoran paip bawah tanah di Jalan KPPJ 11, menyusul masuk ke dalam Kampung Padang Penyangga, Junjong turut dilaporkan ...
14/09/2026

Kebocoran paip bawah tanah di Jalan KPPJ 11, menyusul masuk ke dalam Kampung Padang Penyangga, Junjong turut dilaporkan baru-baru ini.

SADA telah dihubungi tentang kebocoran paip tersebut dan di harap ianya diperbaiki dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih buruk lagi.

Pagi tadi kami ada terima pelbagai aduan daripada penduduk sekitar pekan Kulim dan taman-taman perumahan berdekatan yang...
14/09/2026

Pagi tadi kami ada terima pelbagai aduan daripada penduduk sekitar pekan Kulim dan taman-taman perumahan berdekatan yang melapor bekalan air di kediaman-kediaman kesemua telah diputus.

Persoalan, kenapa SADA (Syarikat Air Darul Aman) tidak memaklumkan kepada para penduduk supaya persediaan awal dapat dilakukan? Pemotongan bekalan air secara mengejut dan rahsia ini telah mrnyebabkan ramai penduduk terkesan dan kegiatan harian turut terjejas teruk akibat tiadanya bekalan air sejak dari malam tadi hingga ke pagi ini.

Harap SADA ambil maklum dan menjelaskan keadaan sebenar dan tidak merahsiakan kemelut tersebut.

Setelah menerima panggilan daripada seorang wakil penduduk di Sungai Dingin, pusat khidmat kami telah meninjau di suatu ...
09/09/2026

Setelah menerima panggilan daripada seorang wakil penduduk di Sungai Dingin, pusat khidmat kami telah meninjau di suatu jalan yang menyusul masuk ke sebuah sekolah.

Didapati jalan tersebut rosak, menyebabkannya tidak rata, berlubang dan tidak ditar mengakibatkan ketidakselesaan oleh para pengguna jalan ketika keluar masuk di jalan berkenaan.

Jalan yang rosak ini sebenarnya telah dipohon oleh pihak JPKKP melalui satu lagi pusat khidmat di Lunas pada November 2025 yang lalu melalui seorang bekas timbalan ketua bahagian (kini telah lompat parti), namun setelah diteliti dengan staf di pusat khidmat tersebut didapati permohonan tersebut tidak pernah sampai ke sana!

Lompat parti bawa pi dah? Tak mengapa, kami ambil alih perkara ini dan akan kami bantu seberapa yang boleh agar permohonan untuk menambahbaikan jalan yang menyusul masuk ke sekolah itu dapat disampaikan kepada pihak berwajib.

Pagi tadi, kami telah pergi ke Jalan Belakang Balai Polis Junjong ekoran aduan penduduk tentang kebimbangan tentang paip...
08/09/2026

Pagi tadi, kami telah pergi ke Jalan Belakang Balai Polis Junjong ekoran aduan penduduk tentang kebimbangan tentang paip yang usang di t**i sungai tersebut yang dilihat akan pecah pada bila-bila masa saja. Paip tersebut telah dipasang sekitar 30 tahun yang lalu dan kini usang dimakan karat.

Sebelum ini turut terdapat paip-paip bawah tanah yang pecah akibat usang dan para penduduk ada meminta SADA agar menukar sekaligus keseluruhan saluran paip itu memandangkan ianya telah lama, berkarat dan sedang menunggu masa untuk pecah.

Aduan telah disampaikan kepada SADA tadi untuk tindakan lanjut.

Diucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kulim Bandar Baharu kerana telah membantu memperbaiki si...
03/09/2026

Diucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) Kulim Bandar Baharu kerana telah membantu memperbaiki sistem perparitan berhampiran dengan sebuah rumah di Kampung Padang Penyangga yang sebelum ini terhakis dan mendap akibat ketidakstabilan tanah dan aliran air yang deras.

03/09/2026

Observers say Ong Kian Ming’s resignation is unlikely to hurt DAP for now, unless other young professionals tag along.

Address

Kulim
09000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Bergerak Kawasan Parlimen Kulim Bandar Baharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share