18/09/2026
๐จ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ฃ๐ ๐๐จ๐๐ง ๐๐๐จ ๐ง๐จ๐ก๐๐๐๐: ๐ ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐จ๐ฆ, ๐๐จ๐ ๐๐ก๐๐ ๐ฃ๐จ๐๐ ๐๐๐ง๐๐ ๐ฃ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐๐๐ก
KELANG LAMA, 18 September 2026 โ Alhamdulillah, pada sebelah petang tadi, Team Buru Amal berkesempatan menziarahi anak kedua, seorang remaja berusia 17 tahun, yang terlibat dalam kemalangan langgar lari pada 2 Julai 2026 yang lalu.
Sebelum ini, remaja tersebut bersama adiknya membantu ibu mereka, Nurul Wahida Jamaluddin, 44 tahun, berniaga dan menjual nasi lemak bagi menampung keperluan keluarga.
Keadaan ini berlaku kerana ibu mereka sendiri sedang berdepan ujian kesihatan yang serius akibat penyakit kencing manis. Komplikasi penyakit tersebut menyebabkan sebelah kakinya terpaksa dipotong sejak tiga tahun lalu, manakala sebelah matanya p**a mengalami masalah penglihatan sehingga tidak dapat melihat.
Remaja yang baru sahaja menamatkan pengajian di GIATMARA dan baru beberapa hari menjalani latihan industri praktikal itu kemudiannya ditimpa kemalangan. Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami patah tulang kaki, kecederaan pada urat betis serta pendarahan di kepala. Beliau baru sahaja dibenarkan keluar dari hospital dua hari yang lalu.
Selain menerima bantuan sebanyak RM300 daripada Pusat Zakat, keluarga ini turut mengambil inisiatif berniaga di gerai kecil di tepi rumah bagi menambah pendapatan.
Namun, dengan keadaan kesihatan ibu dan anak yang masih dalam proses pemulihan, kehidupan keluarga ini kini semakin mencabar dan mereka terpaksa berjimat cermat dalam menguruskan keperluan harian.
๐คฒ KEPADA SAHABAT-SAHABAT YANG BERBESAR HATI UNTUK MEMBANTU, boleh menghubungi keluarga ini di alamat berikut:
Nurul Wahida
No. 282,
Kampung Sungai Badak,
Kelang Lama,
09000 Kulim, Kedah.
๐ 012-552 0954
Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat meringankan beban keluarga ini dan memberi kekuatan kepada mereka untuk terus melalui ujian yang sedang dihadapi.
Alhamdulillah Alaa Kulli Haal. ๐คฒ