Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan

Website Contact the organization

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Government Organization, PEJABAT PERTAHANAN AWAM NEGERI, KM5, Jalan LABU, Labu.

 PROGRAM JALINAN STRATEGIK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BERSAMA MEDIA ZON SELATAN TAHUN 2026Sabtu, 17 Oktober...
19/10/2026



PROGRAM JALINAN STRATEGIK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BERSAMA MEDIA ZON SELATAN TAHUN 2026

Sabtu, 17 Oktober 2026 - Sekitar Program Jalinan Strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bersama Media Zon Selatan Tahun 2026 yang telah diadakan pada 17 Oktober 2026 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Johor (PULAPAS).

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak APM dengan pihak Media di samping meningkatkan kefahaman terhadap peranan dan fungsi APM serta mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat. Antara latihan yang telah diadakan adalah latihan Ascending and Descending (A&D) dan latihan Confined Space.

Program ini telah dirasmikan oleh YAS Pj. (PA) Ghazali Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Turut hadir TPj. (PA) Kamal bin Mokhtar, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Johor, Lt. Kol. (PA) Amirsarifudin Bin Zalman, Komandan Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS), Lt. Kol. (PA) Mohd Nazri Bis Mes Kam, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Bin Muslim, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Melaka, En. Mohamad Fauzi Bin Ishak, Presiden Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) merangkap Presiden Kelab Media Johor, Barisan Pegawai dari Jabatan Penerangan Zon Selatan, Rakan-rakan Media Zon Selatan, serta Barisan Pegawai dan Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

https://drive.google.com/drive/folders/12xzKqP59GeLgRbs98zmRGh5FQV9RDCza?usp=sharing














19/10/2026
19/10/2026
17/10/2026

PROGRAM JALINAN STRATEGIK ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) BERSAMA MEDIA ZON SELATAN TAHUN 2026

Sabtu, 17 Oktober 2026 - Sekitar Program Jalinan Strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bersama Media Zon Selatan Tahun 2026 yang telah diadakan pada 17 Oktober 2026 bertempat di Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Johor (PULAPAS).

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara pihak APM dengan pihak Media di samping meningkatkan kefahaman terhadap peranan dan fungsi APM serta mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih berkesan dalam penyampaian maklumat kepada masyarakat. Antara latihan yang telah diadakan adalah latihan Ascending and Descending (A&D) dan latihan Confined Space.

Terima kasih diucapkan kepada barisan Media dan Jabatan Penerangan dari Negeri Sembilan, Negeri Melaka dan Negeri Johor yang telah hadir bagi menjayakan program ini.















Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat En. Ruzaidi Bin Ghazali. Semoga Allah SWT memberkati usia yang bertambah ini deng...
15/10/2026

Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat En. Ruzaidi Bin Ghazali. Semoga Allah SWT memberkati usia yang bertambah ini dengan kesihatan, kebahagiaan, dan kejayaan yang berpanjangan.

Renungan Integriti Siri 10/2026: Media Sosial: Fikir Sebelum Sebar
13/10/2026

Renungan Integriti Siri 10/2026: Media Sosial: Fikir Sebelum Sebar















09/10/2026

π—£π—˜π—‘π—π—˜π—Ÿπ—”π—¦π—”π—‘ π—•π—˜π—₯π—›π—¨π—•π—¨π—‘π—š π—žπ—˜π—‘π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π—£π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—§ π—žπ—›π—”π—¦ π—¨π—‘π—§π—¨π—ž π—£π—˜π—‘π—¬π—”π—‘π——π—”π—‘π—š (π—žπ—¨π—£)

Merujuk kepada pengumuman Belanjawan MADANI 2027, kenaikan pangkat secara one-off melalui kaedah Khas Untuk Penyandang (KUP) adalah melibatkan 12,000 pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) yang cemerlang tetapi berdepan kekangan perjawatan.

Perincian lanjut berhubung pelaksanaan inisiatif ini akan dimaklumkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia














09/10/2026

π—£π—˜π—‘π—–π—˜π—‘ π—§π—˜π—₯π—˜π—‘π——π—”π—› π—‘π—”π—œπ—ž π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—₯π— πŸ­,𝟯𝟱𝟬 π—¦π—˜π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘

Belanjawan MADANI 2027 menyaksikan peningkatan kadar pencen terendah daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, yang bakal memanfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan penerima pencen terbitan.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan mereka yang telah menabur bakti kepada negara.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia













09/10/2026

𝗕𝗔𝗑𝗧𝗨𝗔𝗑 π—žπ—›π—”π—¦ π—žπ—˜π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—₯π— πŸ­,𝟱𝟬𝟬 π—žπ—˜π—£π—”π——π—” π—£π—˜π—‘π—π—”π—ͺ𝗔𝗧 𝗔π—ͺ𝗔𝗠

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM1,500 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred Utama B dan ke bawah, termasuk pegawai lantikan kontrak, menerusi pembentangan Belanjawan MADANI 2027.

Inisiatif ini mencerminkan penghargaan Kerajaan terhadap komitmen, sumbangan dan dedikasi penjawat awam dalam memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia













  KUNJUNG HORMAT DELIGASI PENGARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT SURUHANJAYA KOMUNIKASI D...
09/10/2026



KUNJUNG HORMAT DELIGASI PENGARAH ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN KE PEJABAT SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) NEGERI SEMBILAN.

Jumaat, 9 Oktober 2026 - Sekitar sesi kunjung hormat oleh Lt. Kol. (PA) Mohd Nazri Bin Mes Kam, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan bertempat di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan pada 9 Oktober 2026.

Sesi kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Tuan Faisal Hamdi Mohammed Ghouth, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Sembilan.

Turut hadir Mej. (PA) Abdul Rahim Bin Abdul Manas, Pegawai Bahagian Bencana, Operasi, Logistik dan Kejuruteraan, Lt.M (PA) Muhammad Adib Bin Mohd Azam dan Lt.M (PA) Muhammad Syafiq Bin Mohd Syarif, Pegawai-pegawai Bahagian Sekretariat APM Negeri Sembilan serta Pegawai-pegawai Kanan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Negeri Sembilan.

Semoga perbincangan dua hala ini dapat memfokuskan kerjasama, pengetahuan, pengembangan dan teknikal yang boleh diberikan kepada kedua-dua belah pihak.















Address

PEJABAT PERTAHANAN AWAM NEGERI, KM5, Jalan LABU
Labu
70200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share