29/09/2026
PENGAUDITAN LUAR MS ISO 9001:2015 PERKHIDMATAN PENGEMBANGAN PERTANIAN DI JABATAN PERTANIAN WP LABUAN TAHUN 2026
Pengauditan Luar MS ISO 9001:2015 bagi skop Perkhidmatan Pengembangan Pertanian (PPP) yang telah berlangsung pada 28 September 2026. Sesi pengauditan ini telah dikendalikan secara profesional oleh barisan Juruaudit Luar daripada Syarikat PSV Surveillance yang terdiri daripada :
β’ Encik Izzat Izwan Bin Othman (Ketua Juruaudit)
β’ Encik Mohamed Heszzuddin Abu Hassan (Juruaudit)
Proses audit ini merangkumi pemeriksaan dokumen, temu bual, serta lawatan verifikasi yang melibatkan lokasi Ibu Pejabat Jabatan Pertanian WP Labuan.
Proses ini amat penting bagi menilai pematuhan serta keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan. Ia juga memastikan penyampaian khidmat nasihat, pemindahan teknologi moden, dan bimbingan teknikal kepada kumpulan sasar (para petani dan usahawan tani) sentiasa berada pada standard kualiti yang ditetapkan.
Diakhir sesi pengauditan, Puan Hafizah Binti Abdul Katha, Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian WP Labuan menitipkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen luar biasa yang telah diberikan.
"Standard yang tinggi mencerminkan integriti yang tinggi. Terima kasih atas usaha keras semua pihak untuk mengekalkan standard MS ISO 9001:2015 Perkhidmatan Pengembangan Pertanian, Jabatan Pertanian."
Syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja di Jabatan Pertanian WP Labuan yang terlibat, serta jutaan terima kasih kepada barisan Juruaudit Luar atas penilaian yang telus.
βBersama memacu sektor pertanian yang dinamik, berkualiti, dan berintegritiβ