Markas 13 Briged

Call Contact the organization

Markas 13 Briged "GAGAH BERANI"

Only The Brave Posted to 13th Infantry Brigade

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ€πŒπ„π‘π€π π“π€ππˆπŠπ€ πŠπ„πŒπ€π’ πŠπ†. π“π€ππ€ππ€πŠ πŠπ„ πŸπŸ‘ π–πŽπŠπ’π˜πŽπ ππ‘πˆπ†π„πƒLAHAD DATU: Seramai 12 orang guru dan 117 orang murid T...
01/10/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 ππ€πŒπ„π‘π€π π“π€ππˆπŠπ€ πŠπ„πŒπ€π’ πŠπ†. π“π€ππ€ππ€πŠ πŠπ„ πŸπŸ‘ π–πŽπŠπ’π˜πŽπ ππ‘πˆπ†π„πƒ

LAHAD DATU: Seramai 12 orang guru dan 117 orang murid Tabika KEMAS Kg. Tabanak telah menghadiri Program Lawatan dan Pameran ke 13 Woksyop Briged di Kem JPG, Lahad Datu pada 1 Oktober 2026.

Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada para murid mengenai aset, kelengkapan dan kehidupan warga Tentera Darat Malaysia melalui aktiviti yang menarik serta bersifat interaktif.

Program dimulakan dengan ketibaan para guru dan murid sebelum diteruskan dengan acara bergambar bersama warga 13 Woksyop Briged. Para pengunjung telah diberi peluang untuk menyaksikan pameran statik aset kenderaan serta diberikan penerangan mengenai beberapa aset kenderaan tentera seperti Kenderaan 3 Ton, 1 Ton, Kembalik, _Light Forward Recovery Vehicle_ (LFRV) dan motosikal scrambler .

Selain itu, para murid turut berkesempatan melihat pameran senjata, pakaian seragam Tentera Darat serta kelengkapan ketenteraan. Program diakhiri dengan ucapan penutup oleh Kapt (PKW) Ariff bin Mat Ruding, wakil Pegawai Pemerintah 13 Woksyop Briged diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada wakil Tabika KEMAS Kg. Tabanak.

Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberikan pengalaman dan pengetahuan baharu kepada para murid malah turut mengeratkan hubungan antara 13 Woksyop Briged dengan komuniti setempat. Program seumpama ini juga dapat menyemai semangat patriotisme serta meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai peranan dan sumbangan tentera dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.

Disediakan oleh: 13 Wksp Bgd.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπ„π‘πŒπ€ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 π’π„πŒππ„ππ€ 𝐇𝐔𝐓 πŠπ„π“π”π‰π”π‡ πŸπŸ‘ 𝐁𝐆𝐃Lahad Datu: 824 RSAT dengan kerjasama Hospital Lahad Datu telah menganjurk...
29/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πƒπ„π‘πŒπ€ 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 π’π„πŒππ„ππ€ 𝐇𝐔𝐓 πŠπ„π“π”π‰π”π‡ πŸπŸ‘ 𝐁𝐆𝐃

Lahad Datu: 824 RSAT dengan kerjasama Hospital Lahad Datu telah menganjurkan Program Derma Darah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ketujuh Briged Ke-13 Infantri Malaysia (13 Bgd) di Foyer Markas 13 Bgd pada 29 Sep 2026.

Program tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Kem Cenderawasih dengan penyertaan seramai 51 orang penderma dan berjaya mengumpulkan sebanyak 55 beg darah.

Selaras dengan tema Hari Penderma Darah Sedunia 2026, β€œOne Drop of Humanity. Give Blood. Save Lives.”, program ini mencerminkan semangat kemanusiaan, keprihatinan dan tanggungjawab bersama dalam membantu memastikan bekalan darah mencukupi serta menyokong usaha menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.

Disediakan oleh: 824 RSAT.

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πŠ π“π”ππ†πŠπ”, π‘π„πŠπ€π‚πˆππ“π€, πˆππŽπ•π€π’πˆ, πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π, π„πŠπ’ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ (π’π“π‘πˆπŠπ„)LAHAD DATU, 24 September 2026 - Markas 13 Briged...
25/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π’πŠ π“π”ππ†πŠπ”, π‘π„πŠπ€π‚πˆππ“π€, πˆππŽπ•π€π’πˆ, πŠπ„π”π’π€π‡π€π–π€ππ€π, π„πŠπ’ππ‹πŽπ‘π€π’πˆ (π’π“π‘πˆπŠπ„)

LAHAD DATU, 24 September 2026 - Markas 13 Briged telah terlibat dalam pelaksanaan Program STRIKE Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Tungku yang melibatkan seramai 10 orang pegawai dan anggota MK 13 Bgd serta para pelajar SK Tungku.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan dan tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Antara pengisian program adalah pameran aset ketenteraan dan taklimat ATM yang disampaikan oleh PS 3 Pendidikan, LtM Muhammad Hazwan bin Addnan.

Pelaksanaan program ini turut mengeratkan hubungan silaturahim antara warga tentera dan komuniti setempat.

Disediakan oleh: Sel Pendidikan MK 13 Bgd

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„ππ€πƒπ€ π‚πŽπŒπŒπ€ππƒπ„π‘ π„π’π’π‚πŽπŒLahad Datu - Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglim...
24/09/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ ππ€ππ†π‹πˆπŒπ€ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„ππ€πƒπ€ π‚πŽπŒπŒπ€ππƒπ„π‘ π„π’π’π‚πŽπŒ

Lahad Datu - Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Bgd telah mengadakan kunjungan hormat kepada DCP Datuk Victor bin Sanjos Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) bertempat di Ibu Pejabat ESSCOM, Lahad Datu, Sabah pada 24 September 2026.

Kunjungan hormat ini diadakan bersempena dengan persaraan Panglima 13 Bgd yang akan bercuti sebelum menamatkan tempoh perkhidmatan beliau dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Meskipun kepimpinan bersilih ganti, jalinan kerjasama antara 13 Bgd dan agensi ESSCOM tetap akan diteruskan bagi kesiapsiagaan dan keselamatan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan penyampaian cendera kenangan.

Disediakan oleh: Sel Risik MK 13 Bgd

KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 13 BRIGED KEPADA PESURUHJAYA POLIS SABAHKota Kinabalu - Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Sing...
23/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 13 BRIGED KEPADA PESURUHJAYA POLIS SABAH

Kota Kinabalu - Brig Jen Datuk Jagjit Singh Indar Singh, Panglima 13 Bgd telah mengadakan kunjungan hormat kepada CP Datuk Jauteh bin Dikun, JP, Pesuruhjaya Polis Sabah bertempat di Pejabat Pesuruhjaya Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah pada 23 September 2026.

Kunjungan hormat ini diadakan sebagai tanda penghormatan sebelum Panglima 13 Bgd memulakan cuti dan seterusnya bersara dari perkhidmatan. Pertemuan ini turut menjadi platform bagi menzahirkan penghargaan atas hubungan kerjasama erat yang telah terjalin antara 13 Bgd dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam memperkukuh keselamatan serta keamanan di negeri Sabah.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan penyampaian cendera kenangan.

Disediakan oleh: Sel Risik MK 13 Bgd

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπŽπ‹π€ππŽπ‘π€π’πˆ ππ€πŠπ€π“ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔TAWAU, 19 September 2026 - Program Kolaborasi BAKAT 13 Bri...
19/09/2026

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπŽπ‹π€ππŽπ‘π€π’πˆ ππ€πŠπ€π“ πŸπŸ‘ ππ‘πˆπ†π„πƒ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπ‹π„π‰ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐔

TAWAU, 19 September 2026 - Program Kolaborasi BAKAT 13 Briged dengan Kolej Komuniti Tawau telah dilaksanakan pada 19 September 2026, bertempat di Bangunan Kulinari, Kolej Komuniti Tawau, Bandar Sri Indah, Tawau, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini dimulakan dengan Kursus Pembuatan Aneka Roti dan Bun yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik asas penyediaan, pembuatan dan penghasilan produk bakeri. Pada masa yang sama, Pengerusi BAKAT Briged Ke-13 Infantri, Datin Kiranjeet Kaur Kulwant Singh, turut mendemonstrasikan kaedah pembuatan Capati kepada para peserta seterusnya beliau merasmikan Program Kolaborasi tersebut.

Program ini ditaja sepenuhnya menerusi Program Kemahiran Keluarga Tentera (K2T) tajaan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) .Kursus ini disertai oleh 25 orang ahli BAKAT 13 Briged Infantri. Kolaborasi ini memberi manfaat kepada ahli BAKAT 13 Briged melalui peningkatan kemahiran praktikal, kreativiti dan keyakinan diri, di samping membuka ruang untuk mengembangkan kemahiran sebagai aktiviti produktif yang berpotensi menjana pendapatan serta menyokong kesejahteraan keluarga.

Bagi Kolej Komuniti Tawau p**a, program ini memperkukuh jaringan kerjasama bersama komuniti keluarga tentera melalui perkongsian kepakaran, pemindahan ilmu dan penyampaian latihan kemahiran secara praktikal. Diharapkan program kolaborasi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli BAKAT 13 Briged serta menjadi pemangkin kepada pembangunan kemahiran dan potensi keusahawanan keluarga tentera pada masa hadapan.

Laporan disediakan oleh Mej Ts. Prabhakaran Rajagopal CMILT

π‡π€π‘πˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„π“πˆπ†π€ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒 πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€LAHAD DATU, 15 September 2026 – MK 13 Bgd telah melaksanakan ...
15/09/2026

π‡π€π‘πˆ ππ„ππ†π€π‰πˆπ€π πŒπ€π‘πŠπ€π’ ππ‘πˆπ†π„πƒ πŠπ„π“πˆπ†π€ 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐒 πˆππ…π€ππ“π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

LAHAD DATU, 15 September 2026 – MK 13 Bgd telah melaksanakan Hari Pengajian Pasukan bertempat di Auditorium Kem Cenderawasih, di sini, hari ini.

Program yang melibatkan pegawai dan anggota MK/Kem 13 Bgd serta unit-unit kecil di Kem Cenderawasih ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kefahaman warga briged terhadap perkembangan semasa serta keperluan transformasi Tentera Darat Malaysia (TDM) ke arah pembentukan Angkatan Masa Hadapan Domain Daratan (AMH-DΒ²) yang moden, tangkas, adaptif, serba boleh dan berkeupayaan menghadapi perubahan persekitaran operasi serta ancaman masa hadapan.

Hari Pengajian ini dilaksanakan secara syarahan ilmiah dan perkongsian ilmu dengan memberi penekanan kepada dua perkara utama, iaitu konsep, hala tuju dan pelaksanaan AMH-DΒ² serta Pelaksanaan Pemberian Insentif Berasaskan Prestasi (BIPs) Tahun 2026.

Syarahan telah disampaikan oleh Mej Mohd Shaufi bin Dollah, PS 2 Gerak MK 13 Bgd, yang turut memberikan pendedahan berkaitan keperluan transformasi Tentera Darat dalam menghadapi persekitaran peperangan dan ancaman masa hadapan. Turut diberikan penerangan mengenai pelaksanaan BIPs Tahun 2026 merangkumi aspek syarat kelayakan, kaedah penilaian dan proses pelaksanaan di peringkat pasukan.

Pelaksanaan Hari Pengajian ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kefahaman, kesedaran dan kesiapsiagaan warga 13 Bgd dalam mendukung usaha transformasi TDM, di samping memastikan pegawai dan anggota memahami keperluan serta tatacara pelaksanaan BIPs di peringkat pasukan.

Turut hadir semasa hari pengajian ialah Ketua Staf MK 13 Bgd, Lt Kol Shah Rizal bin Chan Shah.

Disediakan oleh: Sel Latih MK 13 Bgd.

15/09/2026
04/09/2026

NERANG SEPERANG β€” TEGUH BERSAMA, GAGAH BERJUANG πŸ‡²πŸ‡Ύ

7 tahun bukan sekadar angka, tetapi himpunan pengorbanan, keteguhan dan semangat juang yang membentuk warga 5 Divisyen sebagai sebuah formasi yang sentiasa bersiap siaga mempertahankan kedaulatan negara.

Daripada darat hingga ke udara, setiap langkah digerakkan oleh satu tekad, bersatu sebagai satu pasukan, berjuang demi satu amanah.

Selamat Hari Ulang Tahun Ke-7 buat wargaa 5 Divisyen, β€œNerang Seperang”.

Semoga terus gagah, terus ampuh dan terus menjadi benteng kukuh pertahanan negara.

Nerang Seperang!
Gagah Setia!



Address

Lahad Datu

Telephone

+60132837978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas 13 Briged posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Markas 13 Briged:

Shortcuts

Share