Husairi Ariffin

Contact the organization

Husairi Ariffin Assalamualaikum. Selamat datang ke laman rasmi FB ADUN Kenering.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026Berbeza warna, budaya dan latar belakang, kita tetap satu keluarga Malaysia. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026

Berbeza warna, budaya dan latar belakang, kita tetap satu keluarga Malaysia. โค๏ธ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Malaysia Milik Kita Bersama.

YB Ust Husairi Ariffin, ADN Kenering

๐Ÿซ STATUS PEMBINAAN SEMULA SK KENERINGDalam Sidang DUN hari ini, saya telah membangkitkan persoalan berkaitan status pemb...
08/09/2026

๐Ÿซ STATUS PEMBINAAN SEMULA SK KENERING

Dalam Sidang DUN hari ini, saya telah membangkitkan persoalan berkaitan status pembinaan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Kenering.

Apa yang lebih penting, saya ingin memastikan sepanjang tempoh pembinaan, kebajikan murid dan guru terus terjamin termasuk aspek keselamatan, pengangkutan, kemudahan pembelajaran serta kelancaran sesi persekolahan.

Anak-anak Kenering berhak mendapat persekitaran pendidikan yang selamat, selesa dan terbaik.

Insya-Allah, perkara ini akan terus saya bawa dan pantau demi masa depan pendidikan anak-anak Kenering. ๐Ÿคฒ

AIR SUNGAI PERAK BERTUKAR BIRU? ๐Ÿ’งHari ini saya bangkitkan persoalan di Sidang DUN Perak mengenai kejadian air Sungai Per...
08/09/2026

AIR SUNGAI PERAK BERTUKAR BIRU? ๐Ÿ’ง

Hari ini saya bangkitkan persoalan di Sidang DUN Perak mengenai kejadian air Sungai Perak di kawasan Jambatan Air Ganda yang bertukar warna biru.

Kita mahu tahu apa puncanya, dari mana pencemaran datang dan adakah air sungai kita selamat.

Yang paling penting, keselamatan rakyat dan sumber air mesti dijaga.




MUKTAMAR SELESAI, AMANAH DITERUSKANMuktamar Tahunan PAS Pusat 2026 telah melabuhkan tirainya dengan semangat untuk terus...
08/09/2026

MUKTAMAR SELESAI, AMANAH DITERUSKAN

Muktamar Tahunan PAS Pusat 2026 telah melabuhkan tirainya dengan semangat untuk terus memperkukuh saf perjuangan, memperkemas gerak kerja dan meningkatkan khidmat kepada rakyat.

Muktamar bukan sekadar tempat berhimpun dan berbahas, tetapi menjadi medan untuk bermuhasabah, menyatukan pandangan serta menyusun langkah menghadapi cabaran yang semakin mendatang.

Sebagai pimpinan dan wakil rakyat, amanah yang paling utama adalah terus turun kepada rakyat, mendengar suara mereka dan berusaha menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Apa jua keputusan dan amanat yang lahir daripada muktamar, kita bawa pulang untuk diterjemahkan melalui kerja dan khidmat yang nyata.

Muktamar selesai.
Amanah diteruskan.
Khidmat kepada rakyat tidak pernah berhenti.

Insya-Allah, terus istiqamah berkhidmat untuk rakyat Kenering dan Lenggong.

YB Ustaz Husairi Ariffin
ADUN Kenering

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIโ€™UNุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽDukacita dimaklumkan, telah kembali ke rahm...
31/08/2026

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIโ€™UN
ุฅูู†ูŽู‘ุง ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ูˆูŽุฅูู†ูŽู‘ุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ

Dukacita dimaklumkan, telah kembali ke rahmatullah Allahyarhamah Sabariah binti Abdul Majid @ Fatimah, ibunda kepada Saudara Saidi Sabri, SU PAS Kawasan Lenggong merangkap Pegawai Khas Pusat Khidmat ADUN Kenering, pada jam 7.15 malam, 31 Ogos 2026 di Hospital Kuala Kangsar.

Jenazah akan disolatkan pada 1 September 2026, jam 10.30 pagi di Masjid Rahmaniah, Kg. Chepor, Lenggong.

Salam takziah buat Saudara Saidi Sabri sekeluarga. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati serta menempatkan rohnya dalam kalangan hamba-Nya yang solehah.

Marilah bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah.

๐Ÿคฒ Al-Fatihah.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR LAUNGAN, TAPI SEBUAH AMANAH.69 tahun kita melangkah sebagai sebuah bangsa yang merdeka.Merd...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR LAUNGAN, TAPI SEBUAH AMANAH.

69 tahun kita melangkah sebagai sebuah bangsa yang merdeka.

Merdeka untuk membina.
Merdeka untuk berbakti.
Merdeka untuk menjaga tanah air yang kita cintai. โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Di bumi Kenering, semangat kemerdekaan terus kita suburkan dengan kebersamaan, dengan khidmat kepada rakyat dan dengan tekad untuk meninggalkan sebuah negeri yang lebih baik buat generasi akan datang.

Kerana kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita bersama-sama membina masa depan.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Malaysia Tanah Airku.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Kenering terus melangkah.

YB Husairi Ariffin
Ahli Dewan Negeri Kenering

๐Ÿ’ MENYANTUNI MAJLIS KENDURI KAHWINAlhamdulillah, saya berkesempatan hadir menyantuni majlis kenduri perkahwinan ank Ketu...
30/08/2026

๐Ÿ’ MENYANTUNI MAJLIS KENDURI KAHWIN

Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir menyantuni majlis kenduri perkahwinan ank Ketua Cawangan Rancangan Merah, Saudara Kang Sutrisno.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dalam rumah tangga, dilimpahkan kasih sayang, rezeki dan kebahagiaan serta kekal hingga ke syurga. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Terima kasih atas jemputan dan sambutan yang begitu baik. Semoga ikatan silaturahim terus erat antara kita.

Selamat Pengantin Baru! ๐ŸŒน

Address

K3 DATARAN ARENA AMANJAYA LAWIN,. GERIK
Lenggong
33300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Husairi Ariffin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Husairi Ariffin:

Shortcuts

Share