10/10/2026
๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ง ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐๐๐ก ๐ง๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐จ๐ง ๐ง๐๐๐จ๐ก ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
LUMUT, 9 Okt 26 โ Sambutan Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsung di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut yang dirasmikan oleh Panglima Latihan dan Doktrin TLDM, Laksamana Muda Kamaruddin bin Omar.
Sambutan Hari Sukan Negara tahun ini membawa tema โMalaysia Aktifโ yang menggalakkan masyarakat membudayakan gaya hidup aktif dan sihat melalui penglibatan dalam aktiviti sukan dan rekreasi.
Turut hadir ialah barisan Panglima Formasi, pegawai-pegawai kanan, para pegawai serta seluruh warga pangkalan yang bersama-sama memeriahkan sambutan menerusi pelbagai aktiviti sukan, antaranya Senamrobik, ๐น๐๐๐
๐น๐๐๐๐, ๐ต๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐, ๐ท๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐ dan Sepak Raga.
Penganjuran program ini bukan sahaja memupuk amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan kecergasan fizikal, malah turut mengeratkan ukhuwah, memperkukuh semangat berpasukan serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan warga Pangkalan TLDM Lumut.
Usaha ini selaras dengan aspirasi โMalaysia Aktifโ dalam melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat, di samping memupuk elemen Kecergasan, Kesegakan dan Kesihatan (3K) bagi memastikan warga TLDM sentiasa berada pada tahap kecergasan yang optimum untuk melaksanakan tugas serta tanggungjawab perkhidmatan dengan berkesan.