PDM Peringgit / Pengkalan Batu

Call

PDM Peringgit / Pengkalan Batu PDM Peringgit berada dalam Dun N.15 Pengkalan Batu, Kawasan Dun ini mula dipertandingkan pada 2018.

TERKINI | TARIKH PRN MELAKA KE-16 DITETAPKANSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan...
07/10/2026

TERKINI | TARIKH PRN MELAKA KE-16 DITETAPKAN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan perkara itu pada sidang media di sebuah hotel, hari ini.

🗳️ PENAMAAN CALON: 31 OKT 2026
🗳️ UNDI AWAL: 10 NOV 2026
🗳️ HARI MENGUNDI: 14 NOV 2026

Pengumuman itu dibuat selepas Mesyuarat Khas SPR bagi membincangkan urusan dan persiapan pelaksanaan PRN Melaka Ke-16.

Buletin Kita Geng Biru💙
06/10/2026

Buletin Kita Geng Biru💙

ZIARAH KASIH – KG PERINGGITPenyerahan sumbangan kerusi roda telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ridhwan Mohd Ali, Datuk K...
05/10/2026

ZIARAH KASIH – KG PERINGGIT

Penyerahan sumbangan kerusi roda telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Ridhwan Mohd Ali, Datuk Kalsom Noordin, Datuk Shafrie Abdullah bersama barisan Ahli Jawatankuasa kepada penerima di Kampung Peringgit, Melaka.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada Veteran Wanita UMNO, Hjh. Normah Kechut, serta AJK Wanita, Pn. Masliah Bibi Abas yang mana mereka telah banyak berjasa dalam melaksanakan tanggungjawab berbakti di kampung.

Program Ziarah Kasih ini merupakan sebahagian daripada usaha menyantuni dan mengambil berat kebajikan masyarakat serta ahli keluarga yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Selesai menyampaikan sumbangan, rombongan Ziarah Kasih Ketua Bahagian UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya bagi menyampaikan sumbangan dan bertemu dengan penerima yang lain.

Mesyuarat Khas Pengerusi Portfolio PDM Peringgit telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Shafrie Abdullah bagi membincangk...
30/09/2026

Mesyuarat Khas Pengerusi Portfolio PDM Peringgit telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Shafrie Abdullah bagi membincangkan persiapan dan penyelarasan gerak kerja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada perancangan strategi, penyelarasan tugasan setiap portfolio serta memperkukuh kerjasama dalam kalangan barisan jawatankuasa bagi memastikan segala persiapan dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Semoga segala perancangan yang disusun dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, semangat berpasukan dan tanggungjawab demi kelancaran gerak kerja PDM Peringgit.

Gerak kerja JR Cawangan Peringgit berjalan lancar, diketuai oleh Pn. Noraishah Akbar Ali, selaku Ketua Wanita UMNO Perin...
22/09/2026

Gerak kerja JR Cawangan Peringgit berjalan lancar, diketuai oleh Pn. Noraishah Akbar Ali, selaku Ketua Wanita UMNO Peringgit.

Beliau bersama barisan Jawatankuasa JR Cawangan Peringgit melaksanakan semakan nama-nama pengundi, termasuk pengundi aktif dan pengundi baharu, sebagai sebahagian daripada usaha memperkemas gerak kerja di peringkat akar umbi.

Semoga gerak kerja yang dilaksanakan terus diperkasakan demi memastikan urusan di peringkat akar umbi berjalan dengan teratur dan lancar.

Pengerusi-Pengerusi Portfolio PDM Peringgit bersama para petugas telah mengadakan Dry Run PDM Peringgit sebagai persiapa...
14/09/2026

Pengerusi-Pengerusi Portfolio PDM Peringgit bersama para petugas telah mengadakan Dry Run PDM Peringgit sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Melaka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam sesi tersebut, YB Datuk Hjh. Kalsom Binti Noordin, ADUN Pengkalan Batu, turut hadir menyaksikan agihan tugasan kepada para petugas di PDM Peringgit.

Datuk Shafrie Abdullah, selaku Pengerusi PDM Peringgit, turut menerangkan dengan lebih lanjut kepada YB Datuk Hjh. Kalsom berhubung persiapan dan pembahagian tugasan yang telah disusun.

Kesemua petugas juga telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang diberikan. Turut hadir Pn. Siti Aishah Mahmod, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya.

Semoga segala persiapan yang dilaksanakan berjalan lancar dan seluruh jentera PDM Peringgit sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi PRN akan datang.

Mesyuarat PDM Peringgit Bil. 1/2026Mesyuarat PDM Peringgit Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Shafrie Abd...
20/08/2026

Mesyuarat PDM Peringgit Bil. 1/2026

Mesyuarat PDM Peringgit Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Shafrie Abdullah bagi membincangkan persiapan dan gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Dalam mesyuarat tersebut, beliau turut menerangkan berkaitan pelantikan biro-biro yang telah dipilih bagi memperkukuhkan jentera PDM Peringgit. Setiap biro memainkan peranan penting dalam memastikan segala perancangan dan gerak kerja dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan.

PDM Peringgit akan mula menggerakkan tugasan serta persiapan awal dalam menghadapi PRN Negeri Melaka. Semua yang telah dilantik diharap dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen demi memastikan kelancaran gerak kerja sebelum pilihan raya berlangsung.

Bersatu hati, bergerak seiring demi memastikan PDM Peringgit terus kukuh dan bersedia menghadapi PRN Negeri Melaka.

Alhamdulillah, telah selesai Persidangan UMNO Cawangan Peringgit yang berlangsung malam tadi dengan penuh semangat perju...
09/05/2026

Alhamdulillah, telah selesai Persidangan UMNO Cawangan Peringgit yang berlangsung malam tadi dengan penuh semangat perjuangan dan ukhwah dalam kalangan ahli-ahli parti. Kehadiran memberangsangkan para ahli membuktikan kesetiaan dan komitmen yang tidak pernah luntur dalam mempertahankan perjuangan parti keramat ini.

Persidangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Datuk Shafari Bin Abdullah selaku Ketua Cawangan yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan veteran UMNO yang masih setia bersama parti sehingga kini, seiring usia United Malays National Organisation yang telah menjangkau 80 tahun.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Hj Mutalib Bin Aris yang menyampaikan amanat Ketua Bahagian serta berkongsi kisah perjuangan UMNO sejak era kepimpinan terdahulu. Beliau turut menyeru agar seluruh ahli terus bersatu hati dan mempertahankan parti keramat ini demi agama, bangsa dan tanah air.

Sebagai tanda penghargaan, majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada veteran-veteran UMNO Cawangan Peringgit yang telah banyak menabur bakti dan jasa dalam memperjuangkan parti selama ini. Semoga jasa dan pengorbanan mereka terus menjadi inspirasi kepada generasi pelapis perjuangan UMNO.

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Peringgit telah dipengerusikan oleh Ybhg Datuk Shafari Bin Abdullah bagi membincang...
21/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Peringgit telah dipengerusikan oleh Ybhg Datuk Shafari Bin Abdullah bagi membincangkan persiapan akhir menjelang Mesyuarat Agung Cawangan yang akan berlangsung pada:

🗓 Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)
📍 Tempat: Balai Raya Peringgit

Mesyuarat sayap-sayap UMNO yang melibatkan Wanita, Pemuda dan Puteri akan bermula pada jam 8.30 malam, sebelum diteruskan dengan Mesyuarat Agung Cawangan Peringgit.

Sehubungan itu, semua ahli UMNO Cawangan Peringgit dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan mesyuarat ini serta mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan aktiviti akan datang.

Kehadiran anda amat dihargai.

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Peringgit di pengerusikan oleh Ybhg Datuk Shafari Bin Abdullah selaku Ketua Cawanga...
06/04/2026

Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Cawangan Peringgit di pengerusikan oleh Ybhg Datuk Shafari Bin Abdullah selaku Ketua Cawangan.

Untuk hebahan ahli-ahli UMNO Cawangan Peringgit, Mesyuarat Agung UMNO Cawangan akan di adakan pada 9 Mei 2026 / Sabtu pada pukul 8.00 malam di Balai Raya Peringgit.

Ahli-ahli UMNO Cawangan Peringgit juga boleh membuat semakan ahli terkini dengan Setiausaha UMNO Cawangan Peringgit En. Noorismawi Bin Johar di talian : 016-3379115.

Address

Peringgit
Malacca City
75400

Telephone

+601115810998

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDM Peringgit / Pengkalan Batu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share