PAS Kawasan Kota Melaka

Contact the organization

PAS Kawasan Kota Melaka Page ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kota Melaka Page Rasmi Pas Kawasan Kota Melaka

Jom bantu kami capai sasaran 50k follower sempena PRN Melaka ni. Follow dan sebarkan!!
26/09/2026

Jom bantu kami capai sasaran 50k follower sempena PRN Melaka ni. Follow dan sebarkan!!

Perbezaan parti PAS sebagai gerakan Islam dan bukannya sebagai sebuah parti politik semata-mata. Tidak seperti parti-par...
14/09/2026

Perbezaan parti PAS sebagai gerakan Islam dan bukannya sebagai sebuah parti politik semata-mata. Tidak seperti parti-parti lain, PAS tidak mengukur kemenangan semata-mata di peti undi tetapi kita berdiri di atas manhaj dakwah dan tarbiah yang membangunkan masyarakat dan negara atas asas iman dan syariat.

YDP PAS Kawasan Kota Melaka, Ustaz Sudin bin Nooh menyampaikan taujihat Aqidah dan Perjuangan di Balai Islam Telok Mas. Dengan merujuk Modul ILPAS beliau mengupas kepentingan akidah bagi pejuang Islam. Ia adalah dinamik dan mesti dibuktikan dengan amal.

"Ingat, Tarbiah adalah jantung kepada kemurnian. PAS pernah kalah bukan sekali malah berkali-kali tetapi tidak pernah berundur. Dulu orang tak pandang tetapi sekarang PAS telah menunjukkan kemajuan, semakin kukuh dan dipercayai rakyat berbanding parti-parti lain. Di Parlimen juga PAS menguasai sedikit demi sedikit sehingga menjadi suara yang kuat," pesannya.

PAS hari ini dalam pergerakan menuju PRN Melaka. YDP menyeru JPrD menggerakkan jentera pilihanraya sehingga peringkat UDM.

"Kita mesti jadi sebahagian dari kerajaan yg mampu menegur. InsyaAllah ada usaha, Allah akan beri kemenangan."




Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar walillahilhamd.Diberi kesempatan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-7...
05/09/2026

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar walillahilhamd.

Diberi kesempatan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-72 dan sambutan Jubli Intan penubuhan 75 tahun PAS di PUTIK, Pengkalan Chepa Kelantan.

4 - 5 September 2026.

5 perwakilan Kota Melaka bersama ribuan lagi perwakilan mengikuti perjalanan Muktamar dengan teliti dari pembukaan, perbahasan ucapan dasar Presiden, perasmian sehinggalah musyawwarah bermuhasabah terhadap perjalanan parti sebelum diakhiri dengan lontaran tasbih kafarah.

YDP Ustaz Sudin bin Nooh hadir bersama-sama 4 lagi pimpinan, TYDP Tuan Hj Abd Samad bin Mohd Dahan, NYDP Tuan Ahmad bin Saidin, Setiausaha Tuan Azmi bin Abd Aziz, dan Tuan Nazim bin Abd Samad.

Semoga himpunan ini terus menyatukan fikrah, memperkukuh ukhuwah dan PAS akan terus bergerak dalam jamaah besar menerajui kerajaan Islam Malaysia.

Takbir!




๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMalaysia Tanah Air Kita, Amanah Untuk Dijagaโ€Tanggal 31 Ogos mengingatkan...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia Tanah Air Kita, Amanah Untuk Dijagaโ€

Tanggal 31 Ogos mengingatkan kita bahawa kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi sebuah amanah yang wajib dipelihara dengan iman, ilmu, keadilan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila rakyat hidup dalam keamanan, maruah terpelihara, keadilan ditegakkan dan negara ditadbir dengan penuh amanah.

Marilah kita mensyukuri nikmat kemerdekaan dengan memperkukuhkan ukhuwah, perpaduan dan kasih sayang sesama rakyat, tanpa mengira perbezaan bangsa dan latar belakang.

Sebagaimana firman Allah SWT:

โ€œSesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat ihsan...โ€
(Surah al-Nahl: 90)

Semoga negara kita dikurniakan keamanan, keberkatan dan kepimpinan yang amanah serta sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan Allah SWT.

Merdeka dengan iman.
Bersatu dalam ukhuwah.
Membangun dengan amanah.





"Sewaktu penjajah menjajah Melaka, saudara kita dari tanah seberang Jawa, Sumatera, Kalimantan, Minangkabau, Bugis, Aceh...
23/08/2026

"Sewaktu penjajah menjajah Melaka, saudara kita dari tanah seberang Jawa, Sumatera, Kalimantan, Minangkabau, Bugis, Aceh, mereka datang ke tanah melayu berperang menentang penjajah.

"Penjajah menghantar orientalis mengkaji mengapa orang-orang Islam tak dapat ditundukkan. Akhirnya mereka mendapat jawapan bahawa orang Islam menganut Ad-din yg sempurna dan memegang teguh Al-Quran. Selagi A-Quran di dalam hati orang Islam selama itulah mereka tidak akan menyerah kalah."

Sejarah kekuatan tentera Melayu membuka ucapan Presiden PAS TS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Majlis Makan Malam Dana Pilihanraya PAS Negeri Melaka malam ini.

Bertempat di Hotel Mudzaffar MITC Melaka, majlis turut dihadiri ahli-ahli PAS Kota Melaka bersama 500 peserta lain.

Alhamdulillah. Tahniah PAS Melaka kerana berjaya menganjurkan majlis yg gilang gemilang.




๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—จ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—จ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—กDalam gelanggang politik, perbezaan pendirian adalah sesuatu yang bias...
22/08/2026

๐—ž๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ง๐—”๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐——๐—œ๐—”

๐—๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐— ๐—จ๐—ž๐—” ๐——๐—จ๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—๐—จ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก

Dalam gelanggang politik, perbezaan pendirian adalah sesuatu yang biasa. Kita boleh berbeza pandangan, berbeza pendekatan dan bahkan berbeza wadah perjuangan. Namun, perbezaan tersebut tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita menggadaikan prinsip, memutarbelitkan pendirian atau menggunakan wajah yang berbeza mengikut keadaan.

Inilah budaya politik yang perlu kita tinggalkan.

Dalam Islam, kita diajar supaya perkataan dan perbuatan berjalan seiring. Integriti bukan slogan untuk digunakan ketika sesuai. Kita tidak berminat untuk membalas setiap sindiran dengan sindiran. Kita juga tidak perlu membuka segala perkara yang berlaku di sebalik tabir semata-mata untuk mendapatkan tepukan politik.

Masa dan rakyat akan menjadi saksi. Jika benar mahu membina kerjasama, maka datanglah dengan kejujuran. Jika benar mahu memperjuangkan rakyat, maka buktikan melalui tindakan. Jika benar mahu membina perpaduan, maka hentikan permainan politik bermuka-muka. PAS Kawasan Kota Melaka percaya bahawa politik yang matang bukan politik yang sentiasa mencari musuh, tetapi politik yang mempunyai prinsip dan pendirian yang jelas. Kita boleh duduk semeja tanpa menggadaikan prinsip. Kita boleh berbeza pandangan tanpa menghina .

Jangan menjadi seperti bayang-bayang yang berubah mengikut arah cahaya. Dalam perjuangan, biarlah wajah kita satu, pendirian kita jelas dan kata-kata kita selari dengan tindakan. Kerana akhirnya, yang dinilai bukan sekadar apa yang kita katakan, tetapi siapa kita ketika tiada siapa sedang melihat.

โ€œ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ธ๐˜‚๐—ต ๐—๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ถ, ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎโ€

Sekian,

๐—ฌ๐—•๐—ต๐—ด ๐—จ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜‡ ๐—ฆ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ป ๐—•๐—ถ๐—ป ๐—ก๐—ผ๐—ผ๐—ต
๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—ฎ
๐—ฃ๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ
๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต: ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Address

Malacca City
75460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kota Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Kota Melaka:

Shortcuts

Share