07/10/2026
๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐!
Melaka River Cruise dengan kerjasama Persatuan Guru Besar Negeri Melaka hari ini telah menjayakan Pakej Sekolah Melaka River Cruise yang melibatkan penyertaan tiga buah sekolah, iaitu ๐๐ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ค๐, ๐๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐ฎ ๐ ๐๐๐ง ๐๐ ๐๐ก๐ข๐ง ๐๐ก๐ข๐ง.
Program ini menghimpunkan seramai 220 murid dan 20 guru yang berpeluang menikmati pengalaman menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot Melaka River Cruise. Penyertaan terdiri daripada 80 murid dan 8 guru dari SK Taman Merdeka, 80 murid dan 8 guru dari SK Merlimau 1 serta 40 murid dan 4 guru dari SK Chin Chin.
Pakej ini bukan sekadar memberi peluang kepada para murid menikmati pengalaman menaiki bot, malah menjadi platform pembelajaran di luar bilik darjah dengan memperkenalkan sejarah, warisan serta keunikan Sungai Melaka secara lebih dekat dan santai.
Melalui kerjasama bersama Persatuan Guru Besar Negeri Melaka, Melaka River Cruise terus memperluaskan peluang kepada institusi pendidikan untuk menjadikan pengalaman menyusuri Sungai Melaka sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran dan rekreasi yang menyeronokkan.
Mana lagiโฆ Melaka Lerrr
Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman
Shaharul Azuar
Kerajaan Negeri Melaka
Melaka Hari Ini