14/05/2026
Operasi Kutipan Luar Cukai Taksiran
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) Majlis Daerah Maran sedang menjalankan Operasi Kutipan Luar Cukai Taksiran ke premis kediaman yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran.
Operasi telah dijalankan di Taman Maran Damai, Taman Sri Keramat, Taman Muda Jaya, Taman Sri Chedong dan Taman Maran Jaya.
Operasi akan diperluaskan ke seluruh premis yang mempunyai tunggakan Cukai Taksiran. Sekiranya pemilik gagal menjelaskan tunggakan dalam tempoh yang diberikan tindakan penguatkuasaan akan diambil
12/05/2026
9 April 2026 - Bahagian Sistem Maklumat Majlis Daerah Maran telah menganjurkan Kursus Pengurusan Emel Rasmi jabatan. Seramai 35 orang kakitangan telah terlibat yang merangkumi 2 orang wakil dari setiap jabatn/bahagian/unit yang terdapat di Majlis Daerah Maran.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh Puan Shahrani Saazai Mat Saad, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Majlis Daerah Maran.
Pada sesi berkenaan juga, kursus telah dilaksanakan secara 'hands-on' bagi memastikan para peserta jelas dan memahami penggunaan emel yang berkesan bagi menyahut cabaran pelaksanaan Bandar Rendah Karbon.
Sumber : Bahagian Sistem Maklumat, Majlis Daerah Maran
12/05/2026
ππ¨πππ§ππ‘ πππππ‘ π₯ππ¬π (π₯π’π¨π‘ππππ’π¨π§)
Bulatan jalan raya atau 'roundabout' adalah sejenis persimpangan jalan berbentuk bulat di mana lalulintas bergerak shala mengelilingi pulau di tengah.
Panduan bagi persimpangan bulatan (roundabout)
β
Menggunakan lorong kiri untuk membelok ke kiri dan terus ke hadapan
β
Menggunakan lorong kanan untuk membelok ke kanan dan membuat pusingan U
β
Memberi laluan kepada kenderaan yang berada di dalam bulatan dan kenderaan dari arah kanan
β
Perlahankan kenderaan, beri isyarat untuk masuk atau keluar dari bulatan
βPerlahankan kenderaan, beri laluan, tiba dengan selamat.β
............................
Ikuti kami | Like kami:
https://www.facebook.com/JPJNegeriPahang
https://tiktok.com/
https://www.instagram.com/jpjnegeripahang
https://youtube.com/
12/05/2026
4 Mei 2026 - Bahagian Sistem Maklumat Majlis Daerah Maran telah menganjurkan Kursus Asas Penyelenggaraan Komputer kepada kakitangan Majlis Daerah Maran.
Kursus secara dalaman ini telah disampaikan oleh Juruteknik Komputer, Encik Zulkarnain Mohd Nadzir.
Para peserta telah didedahkan dengan tips dan amalan terbaik penggunaan komputer serta asas penyelenggaraan komputer.
Pada akhir sesi kursus, para peserta telah diuji pengetahuan dengan mengadakan kuiz menggunakan aplikasi kahoot. Tahniah kepada Encik Ahmad Sairie Mohamad, Penolong Pegawai Tadbir (Pengurus Jengka) kerana telah memenangi kuiz tersebut.
Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat.
12/05/2026
8 Mei 2026 - Temuduga bagi memilih penyewa yang akan berniaga di kiosk & gerai Bandar Maran.
Sumber : Bahagian Sewaan, Jabatan Perbendaharaan Majlis Daerah Maran
11/05/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
β¨ JEMPUTAN: SESI LIBAT URUS PROGRAM TRANSFORMASI PRODUKTIVITI INDUSTRI PAHANG
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menjemput tuan/puan menyertai sesi libat urus bagi :
πΉ Perkongsian inisiatif peningkatan produktiviti industri
πΉ Pengumpulan input untuk Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2026β2035
Kepada yang berminat untuk menyertai sesi libat urus ini, mohon untuk mengisi borang dipautan berikut :
3οΈβ£ 13 Mei 2026 | π 10.00 pagi β 1.00 petang
π Hotel Seri Malaysia, Temerloh
π https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdRIcWtXZvC5sIvp6SyAVuE_5IzGNt2Cl-ydagoZtKRLBdePQ/viewform?usp=header
Kehadiran dan pandangan tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
10/05/2026
PROGRAM HIMPUNAN GENERASI FELDA PAHANG DAN FELDA MOTOFEST 2026
BANDAR JENGKA,10 Mei 2026 (Ahad)- Program Himpunan Generasi Felda Pahang dan Felda Motofest 2026 telah diadakan bertempat di Stadium Tun Abdul Razak Jengka.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah hadir ke booth Majlis Daerah Maran
08/05/2026
Pemakluman :
Sempena Program Himpunan Genersi FELDA Pahang 2026,
Jalan seperti yang ditandakan warna merah akan ditutup pada :
10 Mei 2026 (Ahad)
dari jam 6:00 pagi sehingga selesai
bagi laluan aktiviti Motofest
08/05/2026
π’ JOM SINGGAH KE BOOTH MAJLIS DAERAH MARAN! π’
Majlis Daerah Maran menjemput seluruh Warga MARAN untuk hadir memeriahkan Booth Majlis Daerah Maran sempena Himpunan Generasi FELDA 2026.
ποΈ Tarikh: 9 & 10 Mei 2026
β° Masa: 8:30 pagi β 5:00 petang
π Tempat: Stadium Jengka
π Pelbagai tawaran menarik menanti anda seperti:
β
Pengurangan kompaun tempat letak kereta sehingga 50% (mengikut tahun)
β
Semakan dan bayaran cukai taksiran am
β
Pengurangan kompaun pelbagai sehingga 50% (mengikut tahun)
β
Semakan dan bayaran sewaan premis
π₯ Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai promosi istimewa serta mendapatkan maklumat perkhidmatan terus daripada Majlis Daerah Maran.
β¨ Datang beramai-ramai!β¨
β¨ Jumpa anda di Booth Majlis Daerah Maran! β¨