11/04/2025
SEBELUM TU POLIS, SELEPAS TU KP SPRM PULAK...
1. Semalam dalam posting berkaitan KES YUSOFF RAWTHER, MANGSA SERANGAN SEKSUAL ANWAR: LUBANG KUNCI TIADA, NAK CUCUK KAT MANA?, saya ada menyebut bahawa, antara punca kenapa rakyat hilang keyakinan terhadap agensi penguatkuasaan kerajaan seperti pasukan polis, Sprm, Skmm dan Jabatan Peguam Negara adalah kerana kenyataan pegawai-pegawai mereka yang pelik dan tindakan mereka yang tidak masuk akal.
2. Belum pun lama, keluar p**a kenyataan Ketua Pengarah Sprm mengenai kes rasuah Ketua Menteri Sabah. Kena ingat juga, kenyataan ini keluar selepas pihak Sprm enggan memulakan siasatan kes rasuah pemimpin-pemimpin GRS berikutan pendedahan video oleh seorang whistle blower yang telah dikenali dan diketahui identitinya.
3. Kenyataan daripada KP Sprm ini juga keluar selepas pihak berkuasa termasuk polis dan MB Selangor dilihat seolah-olah beriya sangat melindungi pemaju dan kontraktor yang dikatakan terbabit dalam Tragedi Letupan Gas Putra Heights.
4. Kenyataan ini juga keluar selepas sdr Shafiq Halim disiasat oleh Skmm kerana mempersoalkan pelanggaran dasar ekuiti Bumiputera dan kemungkinan berlakunya pelanggaran tatakelola, peraturan tender dan juga unsur-unsur rasuah dalam pengambil alihan konsesi pengurusan Menara KL secara paksa daripada syarikat Bumiputera Hydroshoppe Sdn Bhd dan Menara KL Sdn Bhd. Bukannya KP UKAS, KSU Kementerian Komunikasi, Menteri Komunikasi dan Pemilik dan Pengarah Syarikat Lim Siong Hai (LSH) Capital dan LSH Service Master yang disiasat, tetapi yang membuat laporan p**a yang disiasat Skmm.
5. Apa mesej KP Sprm dan pihak berkuasa yang lain hendak berikan kepada rakyat sebenarnya? Adakah penerimaan daripada rakyat itu positif?
6. Daripada hidup berhadapan dengan caci maki dan doa yang buruk-buruk daripada rakyat, bukankah elok KP Sprm atau mana-mana ketua agensi penguatkuasa bersara sahaja daripada jawatan yang dipegang? Apa yang tak cukup lagi sebenarnya?
7. Dalam kes Yusoff Rawther, yang didakwa menjadi mangsa serangan seksual Anwar Ibrahim, di mana lubang kunci pun tiada untuk dibuka secara manual, saya ada bertanya berapa besar agaknya dosa bersubahat dengan kerajaan PH-BN ni dan dosa mereka yang bersubahat memberi kuasa kepada PH-BN ini agaknya?