Institut Koreksional Malaysia - IKOM

Call Contact the organization

Institut Koreksional Malaysia - IKOM ๐Ÿ”ฅJABATAN PENJARA MALAYSIA๐Ÿ”ฅ
๐™„๐’๐™จ๐’•๐™ž๐’•๐™ช๐’• ๐‘ฒ๐™ค๐’“๐™š๐’Œ๐™จ๐’Š๐™ค๐’๐™–๐’ ๐‘ด๐™–๐’๐™–๐’š๐™จ๐’Š๐™– (๐‘ฐ๐™†๐’๐™ˆ)

๐Ÿ“Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐”๐Œ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Institut Koreksional Mal...
19/10/2026

๐Ÿ“Œ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐๐ƒ๐”๐€๐ ๐Š๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐Œ๐”๐™๐ˆ๐”๐Œ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐Ž๐Š๐“๐Ž๐๐„๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Institut Koreksional Malaysia (IKOM) telah menjadi lokasi pelaksanaan Kursus Pemanduan Kenderaan Peringkat Anggota Muzium Penjara Malaysia yang diadakan pada 19 Oktober 2026.

Kursus ini disertai oleh seramai ๐Ÿ๐Ÿ” ๐จ๐ซ๐š๐ง๐  ๐ฉ๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š dan bertujuan memberikan pendedahan serta pengetahuan berkaitan aspek pemanduan kenderaan, pengurusan buku log kenderaan kerajaan, peraturan jalan raya serta aspek keselamatan dan penyelenggaraan kenderaan.

Sesi kursus telah disampaikan oleh ๐“๐๐ ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐€๐ง๐ฎ๐š๐ซ ๐๐ข๐ง ๐€๐ญ๐š๐ง, ๐“๐ข๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐š๐ง๐๐š๐ง ๐ˆ๐Š๐Ž๐Œ, yang turut memberikan penerangan dan penekanan terhadap aspek keselamatan, tanggungjawab serta pematuhan peraturan dalam pengendalian kenderaan jabatan.

Pelaksanaan kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tahap kebertanggungjawaban peserta dalam memastikan kenderaan jabatan dikendalikan secara selamat, teratur dan berhemah.

Program berlangsung dengan lancar serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta yang terlibat.

๐๐€๐Š๐“๐ˆ ๐“๐„๐‘๐”๐๐†๐†๐”๐‹





18/10/2026

๐ŸŽพ๐Ÿ†๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘จ๐‘ต ๐‘บ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฑ๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘จ๐‘ต๐‘ป๐‘จ๐‘น๐‘จ ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ 2026 โ€“ ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ต๐‘ฐ๐‘บ๐Ÿ†๐ŸŽพ

AYER KEROH, MELAKA | 16 โ€“ 18 OKTOBER 2026

Kejohanan Sukan Penjara Antara Negeri 2026 bagi acara tenis berlangsung pada 16 hingga 18 Oktober 2026 bertempat di Kompleks Tenis Ayer Keroh, Melaka.

Kejohanan anjuran Majlis Sukan Penjara Malaysia (MSPM) dengan Penjara Negeri Melaka sebagai pengelola ini merupakan platform untuk menghimpunkan warga Jabatan Penjara Malaysia daripada pelbagai negeri bagi menyemarakkan semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta memupuk nilai disiplin, kerjasama berpasukan dan daya saing yang sihat.

Melalui penganjuran kejohanan ini, diharapkan agar semangat kesukanan terus diperkasakan dalam kalangan warga kerja Jabatan Penjara Malaysia, sekali gus melahirkan warga yang cergas, berdaya saing dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

Bersatu Dalam Kesukanan, Bersemangat Dalam Persaingan! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐ŸŽพ






๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐’๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ‘...
16/10/2026

๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐‘๐’๐„๐ƒ๐ˆ๐€๐€๐ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐๐“๐€๐”๐‹๐ˆ๐€๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐Œ๐€๐’๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐„๐๐†๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐Ž๐๐ˆ๐Š ๐“๐€๐‡๐€๐ ๐Ÿ‘ (๐ƒ๐’-๐ŸŽ๐Ÿ“๐ŸŽ-๐Ÿ‘:๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘) ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐‡๐ˆ๐๐†๐†๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐Š๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada 13 Okt hingga 14 Okt 2026 telah berlangsung program bengkel persediaan ke atas 15 calon pegawai dan anggota SKEB institusi penjara.

Latihan amali diberikan berdasarkan modul dan pengalaman berkursus VISS dengan MT PDRM yang digarapkan sebagai latihan ulangkaji dan persediaan untuk menduduki ujian pentauliahan pada 15 dan 16 Okt 2026 di PPA : Pusat Pembangunan KESELAMATAN Teknikal dan Pertahanan Awam IKoM, Tanjung Kling, Melaka.

Program ini digerakkan oleh Penyelaras PPA Agensi, KIP Mohd Benjamin Basir Bin Yahaya Basir dan dibantu oleh 2 fasilitator dari BKKP IPPM iaitu KIP Mohd Norhafify Bin Abdul Rahim bersama IP Nik Mohd Mustaqim Bin Nik Mohd Zuber dan Ketua Pembangun Soalan Latihan Kemahiran Kendiri Ts. TPP Mohd Noorhafizzudin Bin Hassan dari BKKP IPPM yang turut bersama memantau perjalanan program ini.

Tahniah dan Syabas๐Ÿ”ฅ



๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐”๐๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐’ ๐‡๐ˆ๐†๐‡ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐ˆ๐’๐’๐ˆ๐Ž๐๐„๐‘ ๐…๐Ž๐‘ ๐‘๐„๐…๐”๐†๐„๐„๐’ (๐”๐๐‡๐‚๐‘)Institut Koreksional Malaysia (IK...
16/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐”๐๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐๐€๐“๐ˆ๐Ž๐๐’ ๐‡๐ˆ๐†๐‡ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐ˆ๐’๐’๐ˆ๐Ž๐๐„๐‘ ๐…๐Ž๐‘ ๐‘๐„๐…๐”๐†๐„๐„๐’ (๐”๐๐‡๐‚๐‘)

Institut Koreksional Malaysia (IKOM) telah berlangsungnya Majlis Perasmian Penutupan Kursus United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Berkenaan Isu Pelarian Jabatan Penjara Malaysia yang diadakan di Dewan Tun Abdul Razak, Institut Koreksional Malaysia.

Majlis perasmian penutupan kursus telah disempurnakan oleh PKK Alik bin Makim, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka.

Penganjuran kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman serta kompetensi pegawai dalam menangani isu berkaitan pelarian, khususnya dari aspek pengurusan, pematuhan prosedur dan pelaksanaan tanggungjawab selaras dengan peraturan serta amalan yang berkaitan.

Diharapkan agar segala ilmu dan pengetahuan yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, sekali gus memperkukuh profesionalisme warga Jabatan Penjara Malaysia.

Semoga usaha berterusan ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan serta memperkasakan keupayaan organisasi dalam mendepani cabaran semasa.




๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐’๐”๐‘๐”๐‡๐€๐๐‰๐€๐˜๐€ ๐‡๐€๐Š ๐€๐’๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐’๐”๐‡๐€๐Š๐€๐Œ) ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€14 ...
14/10/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐€๐ƒ๐”๐€๐ ๐’๐”๐‘๐”๐‡๐€๐๐‰๐€๐˜๐€ ๐‡๐€๐Š ๐€๐’๐€๐’๐ˆ ๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐’๐”๐‡๐€๐Š๐€๐Œ) ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐‘๐ˆ๐’๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€

14 Oktober 2026 (Rabu) โ€“ Institut Koreksional Malaysia (IKOM) telah menjadi lokasi penganjuran Taklimat Aduan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Pengurusan Krisis Peringkat Penjara Negeri Melaka yang telah berlangsung pada hari ini.

Taklimat ini telah disampaikan oleh YDH TKP Zulkifli bin Abdul Manah dari Maktab Penjara Malaysia dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja penjara-penjara di Negeri Melaka.

Penganjuran taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta berkaitan pengurusan aduan SUHAKAM serta memperkukuh kesiapsiagaan dan kecekapan dalam menangani situasi krisis. Perkongsian ilmu dan pengalaman yang disampaikan diharap dapat membantu warga kerja melaksanakan tugas dengan lebih profesional, berintegriti dan sentiasa mematuhi prinsip hak asasi manusia dalam menjalankan tanggungjawab.

Semoga ilmu dan pengetahuan yang diperoleh melalui taklimat ini dapat dimanfaatkan dalam usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan serta memastikan pengurusan institusi koreksional sentiasa berada pada tahap yang cemerlang.





๐Ÿ“Œ KURSUS PENGURUSAN REKOD PERKHIDMATAN SIRI 2 PERINGKAT INSTITUT KOREKSIONAL MALAYSIA (IKOM)Pada 13 Oktober 2026 (Selasa...
14/10/2026

๐Ÿ“Œ KURSUS PENGURUSAN REKOD PERKHIDMATAN SIRI 2 PERINGKAT INSTITUT KOREKSIONAL MALAYSIA (IKOM)

Pada 13 Oktober 2026 (Selasa), bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, telah berlangsung Kursus Pengurusan Rekod Perkhidmatan Siri 2 Peringkat Institut Koreksional Malaysia (IKOM) bertempat di Dewan Kuliah Tunku Abdul Rahman, IKOM, Melaka.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan dalam aspek pengurusan rekod perkhidmatan agar sentiasa teratur, tepat dan mematuhi peraturan serta garis panduan yang berkuat kuasa.

Sepanjang kursus berlangsung, peserta telah diberikan penerangan berkaitan tatacara pengurusan dan penyelenggaraan buku rekod perkhidmatan, termasuk aspek tanggungjawab pegawai dalam memastikan setiap maklumat perkhidmatan direkodkan dengan lengkap, betul dan dikemas kini.

Kursus ini turut memberi penekanan kepada sesi penyemakan buku rekod perkhidmatan secara praktikal bagi memastikan maklumat yang terkandung di dalamnya adalah tepat, lengkap dan selaras dengan rekod serta dokumen sokongan yang berkaitan.

Pelaksanaan kursus ini mencerminkan komitmen IKOM dalam meningkatkan tahap profesionalisme, ketelitian dan akauntabiliti warga kerja, khususnya dalam memastikan pengurusan rekod perkhidmatan dilaksanakan secara sistematik dan berintegriti.

Program ini turut mendapat perhatian dan sokongan pengurusan tertinggi IKOM, iaitu Komandan IKOM, PKP Kamarul Efzan bin Johori, serta Timbalan Komandan IKOM, TPP Mohd Anuar bin Atan, selaras dengan usaha berterusan memperkukuh tadbir urus dan kualiti penyampaian perkhidmatan di institut.

Diharapkan pelaksanaan kursus ini dapat meningkatkan kesedaran serta tanggungjawab setiap pegawai dan kakitangan terhadap kepentingan pengurusan rekod perkhidmatan yang cekap, teratur dan sentiasa dikemas kini demi kelancaran urusan pentadbiran serta kecemerlangan perkhidmatan.






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐†๐”๐‘๐” (๐๐‹๐”๐†)๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ– ๐Ž...
09/10/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐†๐”๐‘๐” (๐๐‹๐”๐†)

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ– ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Majlis Penutupan Karnival Amalan Terbaik Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Program Literasi Untuk Guru (PLUG) yang diadakan pada 8 Oktober 2026 bertempat di Institut Koreksional Malaysia (IKOM), Melaka telah disempurnakan oleh TKP Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Negeri Melaka.

Majlis dimulakan dengan sesi tandatangan buku pelawat oleh tetamu kehormat, diikuti lawatan ke pameran inovasi yang mengetengahkan hasil bahan pengajaran dan pembelajaran para peserta karnival.

Majlis penutupan turut dihadiri oleh barisan pengurusan dan tetamu kehormat, antaranya TKP Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia; Profesor Dr. Mohd Izwan bin Shahril, Felo Pendidikan, UPSI Holdings Sdn. Bhd.; PKP Wan Huzaiman bin Wan Hussain, Pengarah Penjara Pra Bebas Dusun Dato' Murad; PKP Triyo Kurniawan bin Kusmadi, Pengarah Sekolah Henry Gurney Telok Mas; PKP Shaharudin bin Ahmad, Pengarah Pusat Koreksional Jasin; PKP Kamarul Efzan bin Johori, Komandan Institut Koreksional Malaysia (IKOM); PP Muhammad Fadhil bin Samihan, Wakil Pengarah Penjara Sungai Udang; PP Aswari bin Che Ibrahim, Pengarah Muzium Penjara Malaysia; serta Pn Halawiah Safinas binti Ishak, Ketua Unit Pendidikan, Seksyen Pemulihan dan Pendidikan, Bahagian Korektif, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Seterusnya, para tetamu mengambil tempat sebelum majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Melaka, diikuti bacaan doa.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan aluan oleh Profesor Dr. Mohd Izwan bin Shahril, Felo Pendidikan, UPSI Holdings Sdn. Bhd., yang menyentuh kepentingan pelaksanaan PLUG dalam memperkasa kompetensi guru serta meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Acara diteruskan dengan tayangan montaj program yang memaparkan perjalanan serta penglibatan peserta sepanjang pelaksanaan karnival.

Seterusnya, TKP Khairil Nizam bin Anuar, Pengarah Penjara Negeri Melaka menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutupan Karnival Amalan Terbaik Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Program Literasi Untuk Guru (PLUG).

Majlis turut menyaksikan penyampaian anugerah kepada para peserta, merangkumi Pingat Gangsa, Pingat Perak, Pingat Emas, Anugerah Poster Terbaik dan Anugerah Judgesโ€™ Choice sebagai penghargaan terhadap kreativiti, inovasi dan usaha para peserta dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Majlis turut diserikan dengan sesi pertukaran cenderamata antara UPSI Holdings Sdn. Bhd. dan Jabatan Penjara Malaysia sebagai tanda penghargaan serta jalinan kerjasama strategik dalam pelaksanaan Program Literasi Untuk Guru (PLUG).

Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat, barisan pengurusan, panel juri dan para peserta, sebelum diteruskan dengan jamuan.









๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐†๐”๐‘๐” (๐๐‹๐”๐†) ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐‡๐„๐...
09/10/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐ˆ๐“๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐†๐”๐‘๐” (๐๐‹๐”๐†) ๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐๐„๐๐†๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐ˆ๐๐“๐„๐†๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐‡๐„๐๐‘๐˜ ๐†๐”๐‘๐๐„๐˜

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐Ÿ– ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Institut Koreksional Malaysia (IKOM), Melaka telah menjadi lokasi penganjuran Program Literasi Untuk Guru (PLUG) Karnival Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran bagi Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney yang menghimpunkan warga pendidik dari sekolah penjara seluruh Malaysia.

Program Literasi Untuk Guru (PLUG) merupakan kerjasama strategik antara Yayasan Hasanah, UPSI Holdings Sdn. Bhd. dan Bahagian Korektif, Jabatan Penjara Malaysia yang memberi penekanan terhadap usaha memperkasa profesionalisme guru serta meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam konteks pendidikan di institusi penjara.

Karnival yang diadakan pada 8 Oktober 2026 ini disertai seramai 24 orang peserta daripada 11 buah sekolah penjara seluruh Malaysia. Penganjuran karnival menjadi satu platform untuk peserta berkongsi amalan terbaik, inovasi serta pendekatan pengajaran yang dilaksanakan dalam konteks pendidikan formal dengan mengintegrasikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Program ini turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kaedah pengajaran dan pembelajaran, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah, di samping meningkatkan kreativiti dan keupayaan guru dalam menghasilkan bahan pengajaran yang lebih menarik, inovatif dan bersesuaian dengan keperluan pendidikan semasa.

Sepanjang karnival berlangsung, para peserta berpeluang mempamerkan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran serta hasil inovasi untuk dikongsi dan dinilai oleh panel juri. Pameran tersebut turut menjadi ruang perkongsian idea dan pengalaman dalam usaha memperkayakan kaedah pengajaran serta pembelajaran di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Pertandingan turut melibatkan kategori pembentangan dan poster, yang memberi peluang kepada para peserta mengetengahkan hasil inovasi serta amalan terbaik masing-masing. Penilaian yang dijalankan turut memberi pengiktirafan terhadap kreativiti, inovasi dan kualiti bahan yang dihasilkan oleh para peserta.

Karnival ini turut dihadiri dan mendapat sokongan daripada pihak pengurusan serta warga Jabatan Penjara Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasakan bidang pendidikan sebagai salah satu elemen penting dalam proses pemulihan dan pembangunan insan.

Secara keseluruhannya, Program Literasi Untuk Guru (PLUG) Karnival Amalan Terbaik Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney berjaya menjadi wadah perkongsian ilmu, pengalaman, inovasi dan amalan terbaik dalam kalangan guru.

Penganjuran program ini bukan sahaja memberi ruang kepada warga pendidik untuk berkongsi pendekatan pengajaran yang berkesan, malah turut memberi pengiktirafan terhadap usaha dan kreativiti guru dalam meningkatkan kualiti pendidikan di Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Program seumpama ini diharap dapat terus diperkasakan sebagai platform pembangunan profesionalisme guru, selain menyokong usaha melahirkan pendekatan pendidikan yang lebih kreatif, inovatif dan relevan dengan perkembangan teknologi semasa.









๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒฟ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐’๐Š ๐–๐€๐‹๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒฟ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿ“… 1 Oktober 2026๐Ÿ“ Institut Koreksional Malay...
03/10/2026

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐ŸŒฟ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐‘๐ˆ๐’๐Š ๐–๐€๐‹๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ŸŒฟ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

๐Ÿ“… 1 Oktober 2026
๐Ÿ“ Institut Koreksional Malaysia (IKOM)

Bulan Oktober merupakan Bulan Sukan Negara yang disambut pada setiap tahun sebagai salah satu usaha untuk membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat. Sambutan ini menjadi platform untuk menggalakkan penyertaan dalam aktiviti fizikal serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan kecergasan fizikal.

Sehubungan itu, Institut Koreksional Malaysia (IKOM) turut mengambil inisiatif menyemarakkan sambutan Bulan Sukan Negara melalui pelaksanaan Program Brisk Walk 10,000 Langkah yang melibatkan penyertaan warga IKOM.

๐Ÿ’ช Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif, di samping membantu meningkatkan kecergasan fizikal, menyegarkan minda, mengurangkan tekanan serta memupuk kesejahteraan emosi dalam kalangan warga IKOM.

๐Ÿคธโ€โ™‚๏ธ Program dimulakan dengan sesi pemanasan badan bagi menyediakan tubuh badan sebelum aktiviti fizikal dijalankan. Sesi tersebut dikendalikan oleh fasilitator, SM Hasmawi, yang turut memberikan panduan berkaitan persediaan dan pergerakan fizikal yang sesuai kepada para peserta.

๐Ÿšถโ€โ™‚๏ธ๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ Para peserta kemudiannya meneruskan aktiviti Brisk Walk 10,000 Langkah secara bersama-sama dalam suasana yang ceria, santai dan penuh semangat.

๐Ÿง˜โ€โ™‚๏ธ Program diakhiri dengan sesi penyejukan badan yang dipandu oleh fasilitator bagi membantu peserta melakukan regangan dan mengembalikan pernafasan serta kadar denyutan jantung secara beransur-ansur selepas aktiviti fizikal.

๐Ÿค Program ini turut mendapat perhatian dan sokongan daripada Komandan IKOM, PKP Kamarul Efzan Bin Johori serta Timbalan Komandan IKOM, TPP Mohd Anuar Bin Atan, sebagai tanda komitmen pihak pengurusan dalam menyokong usaha membudayakan kehidupan yang sihat, cergas dan seimbang dalam kalangan warga IKOM.

๐ŸŒŸ Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga IKOM yang telah mengambil bahagian serta menjayakan program ini. Semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan secara berterusan dalam membentuk warga kerja yang sihat, cergas, positif dan produktif.

โค๏ธ 10,000 LANGKAH โ€ข SATU KOMITMEN โ€ข HIDUP LEBIH SIHAT

๐Ÿ“š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐„๐๐’๐€ยฎ ๐€๐‘๐๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐‘๐„๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“š๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Institut Koreksional Malay...
29/09/2026

๐Ÿ“š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐„๐๐’๐€ยฎ ๐€๐‘๐๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”: ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐‘๐„๐…๐Ž๐‘๐Œ๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ“š

๐Œ๐ž๐ฅ๐š๐ค๐š, ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Institut Koreksional Malaysia (IKOM) telah melaksanakan Kursus EPSAยฎ ARPA 2026: Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam yang melibatkan penyertaan semua kakitangan IKOM.

Kursus yang dilaksanakan bertempat di Makmal Komputer IKOM ini memberi pendedahan dan kefahaman kepada warga IKOM berkaitan pelaksanaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) serta kepentingannya dalam memperkukuhkan kualiti penyampaian perkhidmatan awam.

Sesi pembelajaran turut memberi penekanan kepada lima (5) Teras Keberhasilan Reformasi, iaitu Penghayatan Nilai & Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan serta Sinergi Awam & Swasta.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan aplikasi ARPA dalam konteks tugasan di IKOM, khususnya dalam aspek tatakelola dan nilai, pembangunan modal insan, pemantapan organisasi serta penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, responsif dan berorientasikan hasil.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Fasilitator, SM Mohd Syairi Bin Ahmad Razali, yang turut memberikan penerangan berkaitan tatacara pelaksanaan EPSAยฎ ARPA serta panduan kepada peserta bagi melengkapkan modul pembelajaran, aktiviti dan penilaian yang ditetapkan.

Pelaksanaan kursus ini diharap dapat meningkatkan kefahaman serta kompetensi warga IKOM dalam menterjemahkan ilmu yang diperoleh kepada amalan dan penambahbaikan dalam tugasan harian. Seiring dengan konsep ARPA, reformasi bermula apabila ilmu diterjemahkan menjadi perubahan cara kerja dan seterusnya memberikan impak kepada organisasi.

Komitmen seluruh warga IKOM dalam menjayakan kursus ini mencerminkan usaha berterusan ke arah memperkukuh budaya kerja, meningkatkan kecekapan serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan koreksional yang berkualiti.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐๐„๐๐‰๐€๐‘๐€ ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“, ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐˜๐€ ๐‡๐”๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐„๐๐†๐ˆ๐๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐€๐๐€๐

๐Ÿ”ฅ ๐—•๐—”๐—ž๐—ง๐—œ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ก๐—š๐—š๐—จ๐—Ÿ ๐Ÿ”ฅ








Address

BT 6 3/Jalan Lama, Kampung Kelongkong Melaka
Melaka
76400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:01 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6063516684

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Koreksional Malaysia - IKOM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Koreksional Malaysia - IKOM:

Shortcuts

Share