29/05/2018
*PROGRAM RAMADHAN PAS DUN SUNGAI RAMBAI*
- PROGRAM TAHLIL -
Tarikh : 31 Mei 2018 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Terawih
Tempat : PASTI AL-HASANAH, Sebatu..
- PROGRAM IFTAR DAN CERAMAH BADAR KUBRA -
Tarikh : 2 JUN 2018 (Sabtu)
Masa : 7.00 Malam (Berbuka puasa bersama)
Tempat : PASTI AL-HASANAH, SEBATU.
Tentatif program :
7.00 malam : Ketibaan tetamu
7.17 malam : Berbuka puasa
7.30 malam : Solat Maghrib berjemaah
7.45 malam : Jamuan
8.25 malam : Solat Isyak dan Solat terawih
9.20 malam : Ceramah Badar Kubro
10.40 malam : Bersurai
(Anjuran Urusan Ulamak Jasin dan PAS Kawasan Jasin)
*Diharap kepada semua dapat hadir dan memeriahkan program kita.
*Sebarkan kepada group-group yang lain.
07/05/2018
Aktiviti
Petang ini Calon PAS DUN SUNGAI RAMBAI Haji Zakariya Bin Kasnin ke Gerai Nan Roti Bom di Sebatu di iringi oleh Ketua UPU Sebatu Cikgu Khalil. Selepas itu, terus ke Rumah Saudara Rizman Raduan untuk bacaan tahlil bersama Guru-guri Sekolah Rendah Parit Gantung. Dan petang ini, minum di Gerai tepi sawah Parit Penghulu. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
06/05/2018
JAMUAN KERAIAN
Selepas Solat Isyak, Para tetamu disajikan dengan Jamuan. Menu Nasi Lemak dan Ikan Bakar menjadi Menu Utama. Alhamdulillah semua tetamu dapat menjamu selera.
06/05/2018
TAZKIRAH PEJUANG
Selepas Solat Maghrib dan Solat Hajat, Program di teruskan dengan Tazkirah yang di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hasri Hamdan (Ketua Urusan Ulamak Jasin). Semoga semangat untuk memenangkan Islam di Sungai Rambai terus membara di jiwa para 'Amilin.
06/05/2018
6 Mei 2018 (Ahad)
Haji Zakariya Kasnin bersama Pak Alim menghadiri kenduri aqiqah di Parit Sidang Seman. Terima Kasih kepada tuan rumah di atas jemputan. Semoga Anak sohibul majlis menjadi anak yg baik, berbakti kepada ibu bapa dan agama.
04/05/2018
CALON-CALON PAS BUKAN SEBARANGAN ORANG. JOM UNDI PAS....
04/05/2018
JOM UNDI.. ORANG KITA NI...
*MENGAPA PERLU MEMILIH PAK ALIM SEBAGAI CALON P139 PARLIMEN JASIN*
Haji Abd Alim Shapie *(Pak Alim)* merupakan anak tempatan yang dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Pulai yang terletak di dalam Parlimen Jasin. Meskipun bekerja di luar Melaka termasuk berkhidmat di Perak, Klang, Selangor, London (UK) dan Kuala Lumpur, beliau tidak pernah sama sekali melupakan asal usulnya. Beliau kerap kali pulang ke Melaka sekurang kurangnya sebulan sekali untuk menziarahi saudara-mara dan sahabat handai. Jadi sudah pastinya jiwa beliau sentiasa bersama penduduk Jasin secara amnya dan penduduk kampung secara khususnya.
Sebagai pengundi, anda layak memilih. Calon juga perlu dikalangan mereka yang layak dipilih. Calon seperti *Pak Alim* wajar menjadi pilihan nombar 1 anda. Apakah orang luar yang anda tidak mengenal hati budinya layak memimpin? Apatah lagi mereka yang hanya kelihatan semasa musim pilihanraya sahaja? Fikir-fikirkan lah untuk masa depan anda. Jangan sia-siakan tempoh 5 tahun ini dengan kesilapan memilih calon anda. Pilihan di tangan anda. Anda mampu mengubahnya.
03/05/2018
3 Mei 2018 (Khamis)
Seterusnya Haji Zakariya Kasnin ke Gerai di Kampung Parit Putat Benting, beramah mesra dengan penduduk dan pengundi tempatan. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar.
03/05/2018
3 Mei 2018 (Pagi)
Haji Zakariya Kasnin bersama Pak Alim bersarapan dan beramah mesra bersama penduduk setempat di Warong bangunan PERKIM, Sebatu. Alhamdulillah semua nya berjalan lancar.
02/05/2018
Calon PAS P139 Parlimen Jasin, Hj Abd Alim Shapie.
01/05/2018
KENALI CALON PAS DUN SUNGAI RAMBAI...
30/04/2018
KEBENARAN selamanya akan mengalahkan KEBATILAN...
Alhamdulillah...
Sarawak Report menggelupur!
TGHH menang semua 5 permohonan interlokutori!
Sarawak Report Diperintah membayar keseluruhan kos £28,900..
Nantikan Siaran Media rasmi sedikit masa lagi...