14/05/2026
PENYERAHAN SUMBANGAN KELAS TUISYEN DAN AKTIVITI UPKK SRA JAIM SUNGAI PUTAT
MELAKA, 14 Mei 2026 (Khamis) βDi bawah inisiatif Kampung Angkat MADANI, ICU JPM Melaka telah menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan bagi pelaksanaan Kelas Tuisyen/Tambahan serta Aktiviti UPKK Sekolah Rendah Agama JAIM Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka bersama Encik Afzai Nizam Bin Sandiman, Timbalan Pengarah ICU JPM Melaka, wakil pihak sekolah, wakil JPKK Kampung Sungai Putat serta pegawai-pegawai ICU JPM Melaka yang terlibat.
Majlis turut menyaksikan penyerahan mock cheque bernilai RM10,000.00 kepada pihak sekolah bagi menyokong pelaksanaan program bimbingan akademik dan aktiviti persediaan peperiksaan UPKK dalam usaha meningkatkan pencapaian murid serta memperkukuh pembangunan pendidikan agama di peringkat sekolah rendah.
Program ini bertujuan menyediakan bimbingan tambahan secara berfokus kepada murid melalui pelaksanaan kelas tambahan, kelas intensif serta aktiviti pengukuhan pembelajaran bagi membantu murid menghadapi peperiksaan UPKK dengan lebih yakin dan berdaya saing.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan sektor pendidikan melalui sokongan berterusan kepada institusi pendidikan serta pembangunan modal insan generasi masa hadapan.
11/05/2026
PASUKAN PENYELARASAN PMX: PENYERAHAN SIAP KERJA BAGI 4 (EMPAT) PROJEK BINA BARU DAN NAIKTARAF DI MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA.
MELAKA, 8 Mei 2026 (Jumaat) β Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Melaka telah menghadiri Sesi Penyerahan Siap Kerja bagi empat (4) projek Bina Baru dan Naiktaraf di Majlis Sukan Negeri Melaka.
Antara projek yang telah dilaksanakan adalah :
1.MENAIK TARAF TREX BMX MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
2.BINA BARU STOR PERALATAN SUKAN MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA
3.MENAIK TARAF GELANGGANG PETANQUE MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
4.MENAIK TARAF GIMNASIUM MAJLIS SUKAN NEGERI MELAKA SERTA LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN
Sesi penyerahan ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka, YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, Encik Mohd Asri bin Hj. Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka pegawai-pegawai daripada Seksyen Teknikal serta pihak kontraktor yang terlibat.
Pelaksanaan projek ini bertujuan menambahbaik kemudahan sukan berstandard serta meningkatkan pembangunan sukan di Negeri Melaka, di samping menyokong usaha melahirkan atlet berpotensi dan memperkasakan pembangunan sukan negeri.
Sesi ini menandakan projek telah berjaya disiapkan mengikut skop dan spesifikasi yang ditetapkan selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan kemudahan awam dilaksanakan secara berkualiti, terancang dan memberi manfaat berterusan kepada rakyat.
11/05/2026
PASUKAN PENYELARASAN PMX: PENYERAHAN SIAP KERJA PROJEK MENAIK TARAF BANGUNAN PEJABAT DAN LAIN-LAIN KERJA BERKAITAN DI PEJABAT PERTANIAN DAERAH ALOR GAJAH.
MELAKA, 8 Mei 2026 (Jumaat) β Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Melaka telah menghadiri Sesi Penyerahan Siap Kerja bagi Projek Menaik Taraf Bangunan Pejabat Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan di Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah yang di adakan di Pejabat Pertanian Daerah Alor Gajah.
Sesi penyerahan siap kerja ini telah dihadiri oleh Pengarah ICU JPM Melaka, YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah Pertanian Negeri Melaka, Tuan Rozli Azizi Talib , Pegawai-pegawai daripada Seksyen Teknikal ICU JPM Melaka dan Jabatan Pertanian Negeri Melaka serta pihak kontraktor yang terlibat.
Pelaksanaan projek ini bertujuan menambah baik kemudahan sedia ada serta meningkatkan tahap keselesaan dan kecekapan persekitaran kerja bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat khususnya sektor pertanian di daerah Alor Gajah.
Sesi ini menandakan projek telah berjaya disiapkan mengikut skop dan spesifikasi yang ditetapkan selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memastikan pembangunan infrastruktur awam dilaksanakan secara berkualiti, terancang dan memberi manfaat berterusan kepada rakyat.
09/05/2026
Selamat Hari Ibu kepada semua wanita hebat yang bergelar ibu, khususnya warga ICU JPM Melaka.
30/04/2026
PASUKAN PENYELARASAN PMX: πππππππππ YAB KETUA MENTERI MELAKA KE KAMPUNG ANGKAT MADANI , KAMPUNG SUNGAI PUTAT BERSEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) PARLIMEN HANG TUAH JAYA DUN AYER KEROH.
MELAKA, 30 April 2026 (Khamis) - Pasukan Penyelarasan PMX, ICU JPM Melaka telah turut serta dalam ππ’ππ¬π’π£π°πΆπ΅ YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Hang Tuah Jaya Dun Ayer Keroh. YAB Ketua Menteri telah meninjau kawasan Kampung Angkat MADANI, Kampung Sungai Putat di bawah ICU JPM, melibatkan Projek Pembinaan Dewan Terbuka di Taman Ara Permai, Sungai Putat, Melaka.
Ketibaan YAB Ketua Menteri Melaka ke Kampung Sungai Putat telah di sambut oleh YB EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB ADUN kawasan, YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka, Encik Afzai Nizam Bin Sandiman, Timbalan Pengarah ICU JPM Melaka, pegawai-pegawai pemantau ICU JPM Melaka, pihak Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), wakil JPKK Kampung Sungai Putat serta lain-lain pihak yang terlibat.
Lawatan ini bertujuan untuk memakluman kepada YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, berkenaan status pelaksanaan projek dan tindakan semasa bagi memastikan projek yang sedang dilaksanakan ini berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang ditetapkan demi manfaat masyarakat setempat.
30/04/2026
SELAMAT HARI PEKERJA 2026
29/04/2026
LAWATAN KERJA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA BERSEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN AYER KEROH
MELAKA, 28 April 2026 (Selasa) β Program Konvoi Bermotor sempena Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersempena program Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) DUN Ayer Keroh telah diadakan dengan lawatan melibatkan pemantauan pelaksanaan Projek RTB Sungai Putat (JPS) di lokasi Urban Reforestation Sungai Putat.
Program ini telah dihadiri oleh YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, turut hadir YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka, Encik Afzai Nizam Bin Sandiman, Timbalan Pengarah ICU JPM Melaka serta pegawai-pegawai terlibat.
Lawatan ini bertujuan memaklumkan YB Setiausaha Kerajaan Negeri berkenaan status pelaksanaan projek dan tindakan semasa oleh pihak JPS bagi memastikan kelancaran projek yang sedang dilaksanakan ini berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang ditetapkan demi manfaat masyarakat setempat.
23/04/2026
LAWATAN INTERVENSI PROJEK SAKIT TAPS JERNIH, ALOR GAJAH
MELAKA, 23 April 2026 (Khamis) β Lawatan intervensi bagi projek sakit telah dilaksanakan pada hari ini di Projek Pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Jernih, Alor Gajah, Melaka yang dihadiri oleh YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau dan Ir. Ts. Anita binti Mohamed Shafie, Ketua Pengarah Jabatan Bekalan Air (PETRA) serta delegasinya.
Lawatan tersebut turut disertai oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka, wakil Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal (BKRT) ICU JPM, Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka, Pengurus Besar TNB Negeri Melaka serta pihak kontraktor dan perunding yang terlibat.
Lawatan ini bertujuan meninjau status semasa projek serta mengenal pasti isu serta kekangan yang dihadapi, di samping merangka tindakan penyelesaian yang lebih efektif bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Pendekatan intervensi secara turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan pihak-pihak terlibat dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan baik, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.
22/04/2026
LAWATAN INTERVENSI PROJEK SAKIT DI BUKIT KATIL
MELAKA, 22 April 2026 (Rabu) β Lawatan intervensi bagi projek sakit telah dilaksanakan pada hari ini dengan siri lawatan dilanjutkan ke Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Jabatan Pendidikan Melaka di Tapak Bahagian Teknologi Pendidikan Melaka, Melaka melibatkan kehadiran YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka, Encik Afzai Nizam Bin Sandiman, Timbalan Pengarah ICU JPM Melaka serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.
Lawatan ini bertujuan meninjau status semasa projek, mengenal pasti isu serta kekangan yang dihadapi, di samping merangka tindakan penyelesaian yang lebih efektif bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Pendekatan intervensi secara turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan pihak-pihak terlibat dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh.
21/04/2026
LAWATAN INTERVENSI PROJEK SAKIT DI KUALA LINGGI.
MELAKA, 20 April 2026 (Isnin) β Lawatan intervensi bagi projek sakit telah dilaksanakan pada hari ini di SK Kampong Tengah, Kuala Linggi melibatkan kehadiran YBrs. Tuan Haji Mohd Shahrul Bin Shari, Pengarah ICU JPM Melaka, Encik Afzai Nizam Bin Sandiman, Timbalan Pengarah serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pedidikan Negeri (JPN) Melaka.
Lawatan ini bertujuan meninjau status semasa projek, mengenal pasti isu serta kekangan yang dihadapi, di samping merangka tindakan penyelesaian yang lebih efektif bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut perancangan yang ditetapkan.
Pendekatan intervensi secara turun padang ini mencerminkan komitmen berterusan pihak -pihak terlibat dalam memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan dengan baik, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat khususnya warga sekolah.