Kelab Pejabat Bendahari UTeM - Kejari

Call

Kelab Pejabat Bendahari UTeM - Kejari KELAB PEJABAT BENDAHARI UTeM - KEJARI

✨ PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEJARI ✨Pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), KEJARI telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada...
07/08/2026

✨ PENYERAHAN SUMBANGAN KEBAJIKAN KEJARI ✨

Pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), KEJARI telah menyampaikan sumbangan kebajikan kepada dua orang ahli sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.

Sumbangan telah disampaikan kepada Puan Surayah binti Sae atas pemergian ibu tersayang dan sumbangan kelahiran telah disampaikan kepada Puan Intan Naquiah Fazrin binti Tazar Aros sempena kelahiran cahaya mata.

Sumbangan telah disampaikan oleh Puan Junaidah binti Badar di Ruang Tazkirah, Pejabat Bendahari.

Semoga Puan Surayah dan keluarga terus diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan insan beriman.

Tahniah diucapkan kepada Puan Intan atas kehadiran cahaya mata. Semoga si kecil membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh/solehah serta membawa kebahagiaan kepada keluarga.

Terima kasih diucapkan kepada semua warga KEJARI yang turut menghulurkan sumbangan.

KEJARI sentiasa prihatin, sentiasa bersama ahli. šŸ’™

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

šŸ“Œ SESI PENYERAHAN TUGAS JAWATANKUASA KEJARIPada 4 Ogos 2026, telah berlangsung Sesi Penyerahan Tugas Jawatankuasa KEJARI...
04/08/2026

šŸ“Œ SESI PENYERAHAN TUGAS JAWATANKUASA KEJARI

Pada 4 Ogos 2026, telah berlangsung Sesi Penyerahan Tugas Jawatankuasa KEJARI Sesi 2024/2026 kepada Jawatankuasa KEJARI Sesi 2026/2028 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Bendahari, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sesi ini telah dihadiri oleh:
šŸ”¹ Encik Ahmad Fuad bin Karim – Pengerusi KEJARI
šŸ”¹ Encik Nazaruddin bin Md Yunus – Timbalan Pengerusi KEJARI
šŸ”¹ Puan Noraliza binti Yusoff – Bendahari KEJARI
šŸ”¹ Puan Siti Nor Azuana binti Azmi – Setiausaha KEJARI

Turut hadir ialah:
šŸ”¹ Encik Mohd Hapiz bin Mohd Ariffin – Mantan Pengerusi Sementara KEJARI
šŸ”¹ Puan Azurah binti Ahmad – Mantan Setiausaha KEJARI

Sesi ini menjadi simbolik kepada kesinambungan kepimpinan KEJARI dalam memastikan segala perancangan dan amanah dapat diteruskan dengan lancar demi manfaat seluruh ahli.

šŸ’ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan Jawatankuasa KEJARI Sesi 2024/2026 atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

🌟 Semoga Jawatankuasa KEJARI Sesi 2026/2028 terus mengorak langkah dengan penuh dedikasi, membawa idea-idea baharu serta meneruskan kecemerlangan KEJARI ke arah yang lebih gemilang.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

šŸ“¢ PENGUMUMAN JAWATANKUASA KEJARI SESI 2026/2028Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Dengan pen...
13/07/2026

šŸ“¢ PENGUMUMAN JAWATANKUASA KEJARI SESI 2026/2028

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan penuh sukacita, diumumkan barisan Jawatankuasa KEJARI Sesi 2026/2028 yang telah diberi mandat untuk menerajui kepimpinan KEJARI bagi sesi ini.

Tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kerja berpasukan demi memperkukuh ukhuwah serta meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan seluruh warga KEJARI.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Jawatankuasa Sesi 2024/2026 atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Semoga segala usaha yang dilakukan menjadi amal kebajikan yang berpanjangan.

"Ukhuwah Sejati Menggamit Realiti"

✨ Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada Jawatankuasa KEJARI Sesi 2026/2028.

10 Julai 2026 | 24 Muharam 1448HMesyuarat Agung Tahunan KEJARI Tahun 2025Hatten Hotel MelakaAlhamdulillah, Mesyuarat Agu...
11/07/2026

10 Julai 2026 | 24 Muharam 1448H
Mesyuarat Agung Tahunan KEJARI Tahun 2025
Hatten Hotel Melaka

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan KEJARI Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Julai 2026 bertempat di Hatten Hotel Melaka.

Mesyuarat ini menandakan berakhirnya secara rasmi perkhidmatan Jawatankuasa KEJARI Sesi 2024/2026 yang telah dibubarkan, diikuti dengan pengumuman barisan Jawatankuasa KEJARI Sesi 2026/2028 yang akan meneruskan amanah dan tanggungjawab untuk memacu KEJARI ke arah yang lebih cemerlang.

Majlis turut diserikan dengan Majlis Persaraan Encik Razaman bin Kassim sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan komitmen beliau sepanjang perkhidmatan. Semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan dalam fasa kehidupan yang baharu.

Selain daripada itu, Majlis Apresiasi Pejabat Bendahari turut diadakan bagi menghargai staf Pejabat Bendahari yang cemerlang dalam pelbagai kategori.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua ahli KEJARI, urus setia, Jawatankuasa serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga majlis ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan penuh bermakna.

Terima kasih atas segala kenangan, selamat datang kepada kepimpinan baharu, dan semoga KEJARI terus maju, kukuh serta cemerlang.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

Program Pelupusan Al-Quran & Bahan Al-QuranšŸ“… 6 Mei 2026šŸ“ Pusat Pemuliaan Al-Quran, Jasin MelakaAlhamdulillah, telah berl...
06/05/2026

Program Pelupusan Al-Quran & Bahan Al-Quran
šŸ“… 6 Mei 2026
šŸ“ Pusat Pemuliaan Al-Quran, Jasin Melaka

Alhamdulillah, telah berlangsung sesi penyerahan Al-Quran dan bahan Al-Quran bagi tujuan pelupusan.

Serahan telah disempurnakan oleh wakil KEJARI, Encik Megat Haffizul Attras. Semoga usaha murni ini menjadi asbab dalam memartabatkan Al-Quran serta memelihara kesucian bahan-bahan berunsur Islam.

Mudah-mudahan setiap sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT, serta memberi manfaat kepada ummah seluruhnya.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

26 Ramadan 1447H | 16 Mac 2026Majlis Khatam Al-QuranAlhamdulillah, KEJARI telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dengan...
17/03/2026

26 Ramadan 1447H | 16 Mac 2026
Majlis Khatam Al-Quran

Alhamdulillah, KEJARI telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dengan kerjasama Pusat Islam di Masjid Sayyidina Abu Bakar, UTeM pada 16 Mac 2026.

Seramai 41 orang ahli KEJARI telah menyertai program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan, yang akhirnya disempurnakan melalui majlis khatam ini.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini diberkati dan menjadi amalan berterusan dalam menghayati keindahan Al-Quran.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

23 Ramadan 1447H | 13 Mac 2026Bakul Kasih KEJARIAlhamdulillah penyerahan Bakul Kasih KEJARI telah dilaksanakan pada 13 M...
13/03/2026

23 Ramadan 1447H | 13 Mac 2026
Bakul Kasih KEJARI

Alhamdulillah penyerahan Bakul Kasih KEJARI telah dilaksanakan pada 13 Mac 2026 sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini merupakan salah satu inisiatif KEJARI dalam berkongsi rezeki dan menyantuni ahli-ahli KEJARI.

Penyerahan sumbangan ini telah disempurnakan oleh Jawatankuasa KEJARI sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada ahli KEJARI agar dapat bersama-sama merasai keberkatan Ramadan.

Semoga sumbangan Bakul Kasih ini sedikit sebanyak dapat membantu serta mengeratkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga KEJARI.

Diharapkan usaha murni ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan KEJARI terhadap ahli-ahlinya.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

16 Ramadan 1447H | 6 Mac 2026CERAMAH NUZUL AL-QURAN 2026Alhamdulillah, Program Ceramah Nuzul Al-Quran anjuran Kelab Peja...
06/03/2026

16 Ramadan 1447H | 6 Mac 2026
CERAMAH NUZUL AL-QURAN 2026

Alhamdulillah, Program Ceramah Nuzul Al-Quran anjuran Kelab Pejabat Bendahari (KEJARI) telah berjaya dilaksanakan pada 6 Mac 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Auditorium, Canselori.

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Dziauddin Sharif, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Kampus Bandaraya Melaka ini diadakan bersempena sambutan Nuzul Al-Quran, bagi menghayati peristiwa agung penurunan Al-Quran serta meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap mukjizat Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga program ini memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada semua warga yang hadir untuk terus mendekatkan diri dengan Al-Quran, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

13 Februari 2026 | 25 Syaaban 1447HMajlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Sumbangan Program Ihya Ramadhan KEJARIAlha...
13/02/2026

13 Februari 2026 | 25 Syaaban 1447H
Majlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Sumbangan Program Ihya Ramadhan KEJARI

Alhamdulillah, pada 13 Februari 2026 telah berlangsung dengan jayanya Majlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Program Ihya Ramadhan KEJARI.

Majlis yang penuh keberkatan ini diadakan sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Semoga segala perancangan dan pelaksanaan Program Ihya Ramadhan KEJARI tahun ini dipermudahkan serta memberi manfaat kepada semua.

Pelancaran Tabung Sumbangan Program Ihya Ramadhan KEJARI telah dirasmikan oleh Puan Sabarina binti Abdullah, Bendahari UTeM yang juga merupakan Penaung KEJARI.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan sumbangan pelbagai jenis juadah untuk dikongsi bersama. Semoga segala kebaikan yang disumbangkan dikurniakan ganjaran berlipat ganda.

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

2 Februari 2026 | 14 Syaaban 1447HZiarah KasihSebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, pihak Pengurusan Pejabat Be...
02/02/2026

2 Februari 2026 | 14 Syaaban 1447H
Ziarah Kasih

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, pihak Pengurusan Pejabat Bendahari dan KEJARI telah mengadakan lawatan ke atas mantan staf Pejabat Bendahari, Encik Zamani bin Salleh yang kini sedang menerima rawatan di Institut Kanser Negara.

Lawatan ini telah diketuai oleh Bendahari UTeM iaitu Puan Sabarina binti Abdullah yang juga merangkap Penaung KEJARI. Turut hadir sama Timbalan Pengerusi KEJARI, Encik Mohd Hapiz bin Mohd Ariffin merangkap Pengerusi (Sementara) KEJARI. Pihak pengurusan turut disertai oleh Datin Azilla binti Ahmad dan AJK KEJARI.

KEJARI juga telah menyerahkan sedikit sumbangan kepada Encik Zamani bagi meringankan perbelanjaan semasa dalam rawatan.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar urusan rawatan Encik Zamani bin Salleh dipermudahkan, dikurniakan kesembuhan segera dan pulih seperti sediakala 🤲

"UKHUWAH SEJATI MENGGAMIT REALITI"

Address

PEJABAT BENDAHARI UTeM, UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA, HANG TUAH JAYA, DURIAN TUNGGAL
Melaka
76100

Telephone

+6062702001

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Pejabat Bendahari UTeM - Kejari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category