Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Call Website

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing Page ini adalah satu satu pelantar media sosial bagi memperkukuhkan sistem penyampaian PPD Mersing s

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) PEJABAT PEN...
24/09/2026

SEBUTHARGA MEMBEKAL, MENGUKUR, MENJAHIT DAN MENGHANTAR PAKAIAN SERAGAM BAGI ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MERSING DAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING TAHUN 2026

1. Tawaran adalah dipelawa kepada Penyebut harga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan sistem ePerolehan enabled serta mempunyai Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan yang masih aktif sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini dan mempunyai token ePerolehan yang belum luput tarikh.

2. Sebutharga dilaksanakan menerusi sistem ePerolehan sepenuhnya dan boleh diakses di laman web ePerolehan di https://www.eperolehan.gov.my.

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Cuti sempena Hari Malaysia
15/09/2026

Cuti sempena Hari Malaysia

14/09/2026
04/09/2026

INFOGRAFIK JEREBU UNTUK SEKOLAH KPM NEGERI JOHOR

Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor) menyeru semua Pejabat Pendidikan Daerah, pihak sekolah, warga pendidik, ibu bapa/penjaga serta murid agar sentiasa peka terhadap tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU), khususnya ketika cuaca panas dan berjerebu.

๐ŸŒซ๏ธ TINDAKAN SEKOLAH BERDASARKAN BACAAN IPU

๐Ÿ”ธ IPU melebihi 100
Semua aktiviti di luar bilik darjah hendaklah dihentikan. Aktiviti keramaian, sukan dan aktiviti luar bangunan hendaklah ditangguhkan.

๐Ÿ”ธ IPU melebihi 200
Semua sekolah di kawasan atau daerah yang terlibat hendaklah ditutup serta-merta.

๐Ÿ”ธ IPU melebihi 500
Guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah.

๐Ÿ”ธ Pembukaan semula sekolah
Bergantung kepada bacaan IPU di bawah 200 dan trend bacaan yang menunjukkan penurunan.

โ˜‘ LANGKAH PERLINDUNGAN WARGA SEKOLAH

Warga sekolah disarankan memakai pelitup muka, minum air dengan kerap serta sentiasa memantau bacaan IPU semasa melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Murid yang tidak sihat hendaklah dirujuk segera kepada ibu bapa atau penjaga. Ibu bapa dan penjaga yang bimbang akan kesihatan anak juga dinasihatkan agar tidak menghantar anak ke sekolah serta memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid sentiasa menjadi keutamaan.

๐Ÿ’™ UTAMAKAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN MURID

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











๐Ÿ“บ YouTube Rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

๐Ÿ“˜ Facebook Rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

๐Ÿ“ธ Instagram Rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

๐ŸŽ™๏ธ YouTube Cikgu Podcast
https://youtube.com/

๐ŸŽต TikTok Cikgu Podcast
https://www.tiktok.com/

๐ŸŒ Laman Sesawang Rasmi JPN Johor
http://jpnjohor.moe.gov.my

04/09/2026
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinik...
30/08/2026

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTarikh: 13 Ogos 2026Tempat: Pekarangan Pejabat Pendidika...
26/08/2026

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ
๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Tarikh: 13 Ogos 2026
Tempat: Pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing

Karnival Pendidikan Madani, Pejabat Pendidikan Daerah Mersing telah dilaksanakan pada 13 Ogos 2026 bertempat di Pekarangan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing. Karnival ini menghimpunkan warga pendidikan, murid, ibu bapa serta komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti, pameran dan pengisian yang menampilkan pelbagai kebudayaan serta kecemerlangan pendidikan di daerah Mersing. Karnival ini turut diserikan dengan kehadiran En. Zulkurnain bin Abdul Rahman, Pengarah Pendidikan Negeri Johor sekali gus memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada seluruh warga pendidikan yang terlibat.

Selain itu, program turut diperkukuh dengan sesi taklimat berkaitan Program Nadi Negara, Program Tekad RPM, Program Pakat Pra: KP 2027 dan Program SUHAKAM: Akta Antibuli 2026. Sesi ini memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih jelas kepada para peserta di samping menjadi ruang untuk perkongsian idea serta pengalaman. Secara keseluruhannya, Karnival Pendidikan Madani Pejabat Pendidikan Daerah Mersing berjaya mewujudkan suasana yang bermakna dalam memperkukuh kerjasama dan komitmen semua pihak ke arah pembangunan pendidikan yang lebih holistik dan berkualiti.





Album Gambar:

https://photos.app.goo.gl/D48CwWYCaXw6j6EC9

https://photos.app.goo.gl/x25ZjNHGJ8AJENEx5

CUTI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H
24/08/2026

CUTI SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1448H

Address

KM2 Jalan Jemaluang
Mersing
86800

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6077991269

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendidikan Daerah Mersing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share