Pemuda PDP N.74 Pujut

Pemuda PDP N.74 Pujut Suara dan Aspirasi Pemuda PDP N.74 Pujut. Memperkasa anak muda & menyatukan komuniti. Empowering young people & uniting the community ๐Ÿซถ

PENDIDIKAN DIPERKASA, MASA DEPAN SARAWAK DIBINA! ๐Ÿ“š๐Ÿ’ชPemuda PDP N.74 Pujut menyambut baik peruntukan RM119 juta bagi kebaj...
12/10/2026

PENDIDIKAN DIPERKASA, MASA DEPAN SARAWAK DIBINA! ๐Ÿ“š๐Ÿ’ช

Pemuda PDP N.74 Pujut menyambut baik peruntukan RM119 juta bagi kebajikan pelajar Sarawak seperti yang dilaporkan TVS. Daripada bantuan komputer riba dan baucar buku hingga biasiswa serta sokongan kewangan, usaha ini membantu anak Sarawak mengejar impian mereka.

Kami berharap bantuan ini sampai kepada pelajar yang memerlukan, termasuk anak muda di Pujut, agar kekangan kewangan tidak menjadi penghalang untuk berjaya.

Anak muda berilmu, Sarawak terus maju. Bersama kita membina generasi yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia memimpin masa depan!

Segulai Sejalai. ๐Ÿค

Syabas Pemuda PDP! Semangat patriotisme, perpaduan & hormat kepada institusi negeri terserlah melalui penyertaan dalam s...
10/10/2026

Syabas Pemuda PDP! Semangat patriotisme, perpaduan & hormat kepada institusi negeri terserlah melalui penyertaan dalam sambutan ulang tahun ke-80 TYT Sarawak. Proud to see our youth standing united for Sarawak! ๐Ÿซฐ

Terus teguh, terus bersama. Unity is our strength, Sarawak is our pride. Segulai Sejalai!

10/10/2026

Proud moment, well-deserved recognition! ๐Ÿซก Tahniah YB Dato' Friday Belik Official ๐Ÿซฐ Semoga penghormatan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti kepada rakyat! ๐Ÿค

DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAKDengan penuh hormat, seluruh kepimpinan Exco Pemuda PDP N.74 P...
09/10/2026

DIRGAHAYU TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI SARAWAK

Dengan penuh hormat, seluruh kepimpinan Exco Pemuda PDP N.74 Pujut dan ahliยฒ parti menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Lahir Ke-80 kepada Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.

Semoga TYT sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, usia yang diberkati serta kesejahteraan dalam meneruskan khidmat bakti kepada Sarawak dan rakyatnya.

Pada hari yang penuh bermakna ini, kami turut memperteguh tekad untuk memelihara perpaduan, menyuburkan semangat saling menghormati dan menjunjung keharmonian yang menjadi kebanggaan bumi Sarawak.

Berbilang kaum, satu semangat. Berbeza budaya, satu Sarawak.

Dirgahayu TYT. Terus mekar bumi Kenyalang, terus utuh perpaduan rakyatnya.

Ikhlas daripada:
Seluruh Kepimpinan Exco Pemuda serta Ahli-ahli Parti PDP Bahagian N.74 Pujut

SALAM TAKZIAH ๐Ÿ•Š๏ธSeluruh kepimpinan EXCO dan ahli-ahli PDP N.74 Pujut merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kep...
06/10/2026

SALAM TAKZIAH ๐Ÿ•Š๏ธ

Seluruh kepimpinan EXCO dan ahli-ahli PDP N.74 Pujut merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada Puan Stella Lenjau, Exco Wanita Bahagian PDP N.74 Pujut, serta seluruh keluarga atas pemergian suami tercinta.

Semoga Puan Stella dan keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan serta penghiburan dalam menghadapi saat yang penuh kedukaan ini.

Kiranya roh mendiang beristirahat dalam damai dan kasih Tuhan. Rest in eternal peace. ๐Ÿ™

Ikhlas daripada,
Kepimpinan EXCO dan seluruh ahli PDP N.74 Pujut

๐Ÿ“ข HEBAHAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK โ€“ FASA 2/2026Permohonan dibuka mulai 30 September hingga 30 Oktober 202...
30/09/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN BANTUAN PENDIDIKAN PELAJAR IPT SARAWAK โ€“ FASA 2/2026

Permohonan dibuka mulai 30 September hingga 30 Oktober 2026 bagi:

๐Ÿ’ป Bantuan Komputer Riba Percuma
๐Ÿ“š Bantuan Baucar Buku
๐Ÿ’ฐ Bantuan Kewangan Khas Pelajar Sarawak

Semak syarat kelayakan dan mohon segera melalui saluran rasmi Yayasan Sarawak.

โ˜Ž๏ธ Pertanyaan: 082-441686

Syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda PDP N.39 Krian atas penglibatan aktif dalam Program Sarawakku Sayang di Stad...
29/09/2026

Syabas dan tahniah kepada Pergerakan Pemuda PDP N.39 Krian atas penglibatan aktif dalam Program Sarawakku Sayang di Stadium Mini Betong.

Kehadiran para pemuda bersama YB Friday Belik serta rombongan Premier Sarawak mencerminkan semangat kebersamaan, kesatuan dan komitmen tinggi dalam mendekati rakyat serta menyokong agenda pembangunan Sarawak.

Semoga Pemuda PDP Krian terus kekal aktif, mantap dan menjadi penggerak utama perjuangan parti di peringkat akar umbi. Teruskan kecemerlangan demi Krian dan Sarawak tercinta!

Salam perjuangan daripada
Pergerakan Pemuda PDP N.74 Pujut







๐Ÿ“š BENGKEL MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SPM 2026๐ŸซฐAyuh para pelajar SPM 2026! Persiapkan diri dengan ilmu, keyakinan dan...
29/09/2026

๐Ÿ“š BENGKEL MOTIVASI KECEMERLANGAN PELAJAR SPM 2026๐Ÿซฐ

Ayuh para pelajar SPM 2026! Persiapkan diri dengan ilmu, keyakinan dan semangat untuk melakar kejayaan dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi.

Anjuran Biro Pendidikan SIDS Cawangan Marudi, bengkel ini akan mengetengahkan perkongsian motivasi, bimbingan serta teknik pembelajaran berkesan bersama:

๐ŸŽ™๏ธ Marvelys Anak Michael Dian K.B; P.A.
Kaunselor Pendidikan Daerah, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Miri

๐ŸŽ™๏ธ KR Yanti Ak Nyanggau
Tokoh Wanita Peringkat Daerah Marudi 2026 merangkap Pengerusi SIDS Pampang Marudi

๐Ÿ“… Tarikh: 3 Oktober 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 1.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Rumah Sarakup

Syabas kepada pihak penganjur atas inisiatif yang amat bermanfaat dalam membina generasi pelajar yang berilmu, berdisiplin, berkeyakinan dan berdaya saing.

๐Ÿ”ฅ BANGKIT, FOKUS, TAWAN SPM!





Dengan penuh rasa dukacita, Pemuda PDP N.74 Pujut merakamkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh ke...
28/09/2026

Dengan penuh rasa dukacita, Pemuda PDP N.74 Pujut merakamkan salam takziah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

A life of grace, compassion and devotion has come to an end, but her remarkable legacy will live forever in the hearts of Malaysians. Negara kehilangan seorang tokoh wanita yang lemah lembut dalam peribadi, namun besar jasa dan sumbangannya kepada masyarakat.

May Allah SWT grant her eternal peace, shower her soul with mercy and place her among the righteous in Jannah.
Al-Fatihah.

Ikhlas daripada seluruh kepimpinan, barisan EXCO dan ahli-ahli Pemuda PDP N.74 Pujut.

Address

Miri

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda PDP N.74 Pujut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share