Majlis Perbandaran Muar

Call Website Contact the organization

Majlis Perbandaran Muar Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Muar
Bandar Maharani Bandar Diraja
Bandar Warisan, Bersih & Sejahtera

07/10/2026

Sebanyak lapan stesen pemantauan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan antara 161 hingga 193 setakat jam 8 pagi tadi.

Orang ramai disaran supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kualiti udara semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga, khususnya dengan mengehadkan aktiviti fizikal berat serta berpanjangan di luar bangunan.








05/10/2026
05/10/2026

Lima stesen pemantauan kualiti udara di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Larkin dan Pasir Gudang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap Tidak Sihat, manakala Pengerang, Kota Tinggi dan Tangkak merekodkan bacaan pada tahap Sederhana. Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini bacaan kualiti udara di kawasan masing-masing dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan bertambah buruk.








05/10/2026
         πŸ“’ NOTIS PEMBAYARAN LESEN PERNIAGAAN & IKLAN MPM SERTA LESEN ANJING TAHUN 2027Untuk makluman bayaran lesen bagi ...
04/10/2026



πŸ“’ NOTIS PEMBAYARAN LESEN PERNIAGAAN & IKLAN MPM SERTA LESEN ANJING TAHUN 2027

Untuk makluman bayaran lesen bagi tahun 2027 boleh dibuat mulai 1 November hingga 30 Disember 2026.

πŸ“Œ Lesen Perniagaan & Iklan MPM
Sila bawa lesen perniagaan MPM Tahun 2026 dan salinan Cukai Taksiran Tahun 2026.

πŸ• Lesen Anjing
Sila bawa lesen anjing Tahun 2026 serta salinan sijil kesihatan dan rekod vaksinasi anjing terkini.

⚠️ Bayaran selepas 30 Disember 2026 akan dikenakan denda lewat bayar.

πŸ“ Kaunter Hasil
Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Muar, Jalan Pintasan Muar, 84000 Muar.

☎️ Sebarang pertanyaan:
Jabatan Kesihatan dan Pelesenan
06-959 7100 samb. 7164 / 7165

Jangan tunggu saat akhir. Jom jelaskan bayaran lesen anda lebih awal!

KEPADA ALLAH BERSERAH

KAMI









πŸ”₯ BELIA MUAR, JOM GLOW UP! πŸ”₯Nak bina keyakinan, tambah pengalaman, kenal kawan baharu dan cabar diri dalam suasana yang ...
02/10/2026

πŸ”₯ BELIA MUAR, JOM GLOW UP! πŸ”₯

Nak bina keyakinan, tambah pengalaman, kenal kawan baharu dan cabar diri dalam suasana yang lebih menyeronokkan? Inilah peluang anda! πŸ’ͺ✨

πŸ•οΈ PERKHEMAHAN ASAS SUKARELAWAN
πŸ“… 9 – 11 Oktober 2026
πŸ“ Tapak Perkhemahan Bandar, Southern Volunteers Daerah Muar

Sertai pengalaman penuh aktiviti kesukarelawanan, cabaran, teamwork dan aktiviti luar yang pastinya menguji semangat serta membina keyakinan diri! πŸ”₯

πŸŽ₯ PERTANDINGAN PENCARIAN BAKAT β€œPEMPENGARUH BELIA MUAR”
πŸ“… 10 & 11 Oktober 2026

Ada bakat menghasilkan video? 🎬
S**a bercakap depan kamera? 🎀
Kreatif buat content? πŸ“±
Nak promosikan Muar dengan cara anda sendiri? πŸŒ†

INI PENTAS ANDA! πŸš€

πŸ† Rebut peluang untuk tonjolkan kreativiti, bakat dan idea anda kepada masyarakat melalui media sosial!

❀️ Jangan tunggu orang lain.
πŸ”₯ Jangan sekadar scroll.
πŸš€ Jadilah anak muda yang mencipta sesuatu!

GLOW UP OMJ MUAR 2026
✨ Bakat Dicungkil. Keyakinan Dibina. Muar Dipromosi. ✨

πŸ“² Scan QR Code pada poster dan daftar sekarang!

**arelawanMuar

02/10/2026

Alhamdulillah, berita baik buat rakyat Johor yang menantikan penyerahan bantuan Perumahan Kasih Johor Fasa 6.

Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Penyampaian Inisiatif Perumahan Kasih Johor Fasa 6 akan diadakan pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru dan disempurnakan oleh YAB Dato Onn Hafiz Ghazi

Saya memahami ramai yang ternanti-nanti dan bertanyakan perkembangan bantuan ini. Semoga penyerahan nanti dapat membantu meringankan beban penerima dalam memenuhi keperluan perumahan keluarga.

Senarai nama pemohon yang berjaya akan diumumkan dalam masa terdekat. Pemohon yang berjaya juga akan menerima notifikasi melalui e-mel dan SMS dari Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor berdasarkan maklumat yang didaftarkan semasa permohonan. Mohon semua pemohon menyemak e-mel dan SMS masing-masing serta mengikuti hebahan rasmi PKPJ untuk maklumat lanjut.

Di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar Johor, kita terus berusaha memastikan inisiatif perumahan negeri sampai kepada rakyat yang memerlukan. Terima kasih atas kesabaran semua. Insya-Allah, kita bertemu pada 10 Oktober nanti!



Address

Karung Berkunci No. 516
Muar
84009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6069521205

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Perbandaran Muar:

Shortcuts

Share