Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Website Contact the organization

Jabatan Perhutanan Negeri Johor Negeri Johor Darul Ta'zim terletak di selatan Semenanjung Malaysia dengan jumlah keluasan tanah 18,986 kilometer persegi atau 1,898,629 hektar.

Jabatan Perhutanan Negeri Johor bertanggung jawab dalam pentadbiran dan pengurusan sumber hutan dan sektor perhutanan selaras dengan peruntukan perundangan, peraturan dan hala tuju yang ditetapkan oleh Kerajaan. Ianya juga merupakan pintu masuk pelancong ke negara ini dari selatan dan juga merupakan antara negeri paling pesat pembangunan ekonominya di negara ini. Hutan di Negeri Johor Darul Ta'zim adalah sebahagian daripada Hutan Hujan Tropika Malaysia yang merupakan salah satu daripada ekosistem yang kaya dan kompleks di dunia. Ianya kaya dengan flora dan fauna yang unik dan amat mengkagumkan. Hutan mempunyai kedudukan yang penting di dalam perkembangan tamadun manusia. Ia mempunyai kepentingan kewangan yang diperolehi melalui pengusahasilan pelbagai jenis keluaran hutan. Selain dari itu, hutan juga mempunyai fungsinya yang tersendiri dalam melindungi kualiti alam sekitar. Keindahan hutan dengan berbagai tumbuhan dan hidupan serta udara yang nyaman, segar dan tenang merupakan tempat yang sesuai untuk beristirehat dan berekreasi. Visi
Untuk diiktiraf sebagai sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan. Objektif
*Untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan negara secara berkekalan bagi pengeluaran berterusan hasil perkhidmatan serta penggunaanya secara optimum bersesuaian dengan keperluan alam sekitar.
*Untuk meningkatkan bekalan hasil dan perkhidmatan hutan melalui aktiviti-aktiviti perhutanan bersesuaian yang akan meningkatkan kualiti, produktiviti serta penggunaan sumber hutan.
*Untuk terus membangunkan teknologi mantap yang bersesuaian dengan keperluan alam sekitar bagi pemeliharaan pengurusan dan pembangunan sumber hutan.
*Untuk memelihara dan melindungi kepelbagaian biologi, air dan tanah, dan penggunaannya secara berkekalan.
*Untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan kilang-kilang pemprosesan berasakan keluaran hutan secara menambah aktiviti-aktiviti hiliran dengan nilai tambah yang tinggi.
*Untuk memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menyokong sektor perhutanan.
*Untuk meningkatkan kesedaran awam berhubung peranan hutan terhadap alam sekitar dan pemeliharaan melalui pembelajaran serta penyebaran maklumat.
*Untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pendapatan negeri dan negara, pertukaran wang asing serta peluang-peluang pekerjaan.

17/09/2026

Hye all birders.

Please come and join us to find our treasure at Suaka Burung Panti on 10-11 October 2026.

Drop your registration here : https://tinyurl.com/5b63tftr

See you there โค๏ธ

Jabatan Perhutanan Negeri Johor
NEST - Nature Educational Society
Tourism Johor

17/09/2026

Jom kita semua meluangkan masa bersama keluarga sempena Hari Keluarga Johor pada 20 September ini. Memandangkan keadaan cuaca dan kualiti udara yang masih perlu diberi perhatian, persediaan awal penting supaya semua yang hadir kekal selesa dan selamat sepanjang program ini berlangsung.

๐Ÿ˜ท Pakai pelitup muka terutama ketika berada di kawasan terbuka
โ˜‚๏ธ Bawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca
๐Ÿ’ง Pastikan air masak dibawa bersama dan diminum secukupnya
๐Ÿ‘ถ Sebaiknya elakkan daripada membawa bayi dan golongan yang berisiko sekiranya tidak perlu
๐Ÿ  Kurangkan aktiviti di luar jika keadaan kualiti udara kurang baik

Kesihatan dan keselamatan sentiasa menjadi keutamaan. Sama-sama kita jaga diri dan keluarga agar Hari Keluarga Johor dapat diraikan dengan selamat, selesa dan penuh bermakna.







SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIAJOHOR FORESTRY ECO-TOURISM & INDEPENDENCE DAY RIDE 2026.16 September - Semangat patriotis...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
JOHOR FORESTRY ECO-TOURISM & INDEPENDENCE DAY RIDE 2026.

16 September - Semangat patriotisme, persaudaraan dan kecintaan terhadap alam semula jadi terserlah menerusi Johor Forestry Eco-Tourism & Independence Day Ride 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Ogos 2026 lalu.

Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) ini menghimpunkan warga jabatan serta ahli Johor Forestry Riders, kelab sukan di bawah PEKSPER Johor, dalam suasana santai, meriah dan penuh semangat kebersamaan.

Program yang diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Syahrir Azrin bin Salleh, Pengarah Perhutanan Negeri Johor, merupakan antara pendekatan kreatif JPNJ dalam mempromosikan khazanah hutan Johor melalui aktiviti eko-pelancongan, rekreasi dan permotoran.

Menurut beliau, hutan bukan sekadar kawasan yang perlu dipelihara, tetapi merupakan khazanah yang mempunyai nilai besar dari aspek rekreasi, pelancongan, pendidikan dan kesejahteraan masyarakat. Justeru, pendekatan mendekati masyarakat melalui aktiviti santai seperti permotoran mampu membuka ruang yang lebih luas untuk memperkenalkan keindahan hutan Johor kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Beliau turut menekankan bahawa semangat kecintaan terhadap hutan perlu diterjemahkan melalui tindakan dan pengalaman secara langsung, khususnya dalam kalangan warga jabatan dan komuniti, agar usaha pemeliharaan serta pemuliharaan hutan dapat terus disokong secara bersama.

Sementara itu, Yang Berusaha Tuan Mohd Izani bin Abdullah, Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) Negeri Johor, menyifatkan program tersebut sebagai satu medium yang berkesan dalam mengeratkan hubungan silaturahim warga Jabatan Perhutanan Negeri Johor di samping menyemarakkan semangat patriotisme bersempena Bulan Kebangsaan.

Menurut beliau, aktiviti permotoran yang digabungkan dengan elemen eko-pelancongan bukan sahaja memberikan pengalaman baharu kepada peserta, malah membuka peluang untuk mereka mengenali dengan lebih dekat keunikan destinasi hutan rekreasi di negeri Johor.

Program ini turut memperkenalkan keunikan Taman Eko Rimba (TER) Gunung Arong, Mersing dan TER Sungai Bantang, Segamat, selain memberi ruang kepada peserta menikmati keindahan alam semula jadi serta memahami kepentingan pemeliharaan hutan secara lestari.

Gabungan elemen permotoran, eko-pelancongan, patriotisme dan kekeluargaan menjadikan program ini bukan sekadar aktiviti riadah, malah satu wadah memperkukuh semangat setiakawan dan kecintaan terhadap khazanah alam.

Johor Forestry Eco-Tourism & Independence Day Ride 2026 membuktikan bahawa permotoran bukan sekadar aktiviti rekreasi, sebaliknya mampu menjadi medium menyatukan komuniti, menyemarakkan semangat Merdeka serta membawa mesej pemeliharaan dan kecintaan terhadap hutan Johor kepada masyarakat dengan pendekatan yang lebih santai, kreatif dan inklusif.





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 2026Ikhlas daripada Jabatan Perhutanan Negeri Johor
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
16 SEPTEMBER 2026

Ikhlas daripada
Jabatan Perhutanan Negeri Johor

๐—ฃ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ ๐—š๐˜‚๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ...
15/09/2026

๐—ฃ๐˜‚๐—ป๐—ฐ๐—ฎ๐—ธ ๐—š๐˜‚๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—•๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

14 September - Program anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor ini bertujuan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan komunikasi dalam kalangan warga perkhidmatan awam negeri Johor.

Program turut mendapat kerjasama strategik Jabatan Perhutanan Negeri Johor dan Perbadanan Taman Negara Negeri Johor dalam aspek penyelarasan, keselamatan dan pengiringan peserta.

Aktiviti pendakian berkumpulan dan pengibaran Jalur Gemilang di puncak Gunung Ledang menjadi simbolik semangat perpaduan, patriotisme serta kecintaan terhadap khazanah alam semula jadi negeri Johor.

Semangat kebersamaan yang dizahirkan sepanjang program turut memperlihatkan komitmen warga perkhidmatan awam negeri Johor amnya dalam membina pasukan yang lebih kukuh, dinamik dan berdaya saing.

14/09/2026
๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—–๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง - ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—ข๐—š๐—” โ›ฐ๏ธโ›ฐ๏ธโ›ฐ๏ธBATU PAHAT, 10 Sep โ€” Majl...
10/09/2026

๐—˜๐—ž๐—ฆ๐—ฃ๐—˜๐——๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐Ÿณ ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—–๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฐ.๐Ÿฌ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—”๐—ก๐—๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ง - ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง ๐—ฆ๐—ข๐—š๐—” โ›ฐ๏ธโ›ฐ๏ธโ›ฐ๏ธ

BATU PAHAT, 10 Sep โ€” Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah (PHD) Johor Tengah hari ini berjaya menganjurkan Program Ekspedisi 7 Puncak Siri 4.0 Tahun 2026 bertempat di TER Soga Perdana.

Program yang tersenarai dalam kalendar rasmi pelancongan daerah Batu Pahat ini menampilkan kelainan berbanding penganjuran terdahulu. Jika Siri 1.0 hingga 3.0 dilaksanakan secara serentak di tujuh puncak seluruh daerah, Siri 4.0 kali ini dijalankan secara berperingkat dengan Bukit Soga dipilih sebagai lokasi tirai pembukaan.

Peringkat pertama ekspedisi ini menyaksikan penyertaan seramai 60 orang kakitangan MPBP, manakala 10 orang kakitangan PHD Johor Tengah bertindak sebagai penunjuk arah bagi memastikan keselamatan sepanjang laluan pendakian.

Turut menyertai dan memimpin program tersebut ialah Yang Dipertua MPBP, YBhg. Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, bersama Pegawai Hutan Daerah Johor Tengah, Encik Arifhadi bin Johari Affandi.

Selain memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja perkhidmatan awam, penganjuran ekspedisi ini bertujuan menaikkan profil kawasan eko-pelancongan di daerah Batu Pahat sebagai destinasi rekreasi tumpuan ramai.

Sesi pendakian sejauh 4.66 kilometer itu telah dimulakan tepat jam 8.30 pagi dan kesemua peserta berjaya melengkapkan keseluruhan laluan sebelum program tamat pada jam 11.00 pagi.

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ฃ๐— ๐—›๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—›๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐Ÿง‘๐Ÿปโ€โš•๏ธ๐Ÿ’Š๐Ÿ“...
09/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—›๐—จ๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—ง๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—ฃ๐— ๐—›๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—ง๐—›๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐——๐Ÿง‘๐Ÿปโ€โš•๏ธ๐Ÿ’Š

๐Ÿ“ Lokasi: Unit Pembangunan Hutan, Kampung Gajah, Kluang
๐Ÿ“… Tarikh: 9 September 2026
๐Ÿ‘ฅ Penglibatan: 56 orang warga Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah

Pejabat Hutan Daerah Johor Tengah dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad telah melaksanakan Pakej Pemeriksaan Kesihatan Asas khas buat warga kerja jabatan.

Inisiatif ini dianjurkan secara khusus bagi menyahut Inisiatif Ke-33: Johor Sihat Penjawat Awam seperti yang telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor semasa Pembentangan Belanjawan Johor 2026.

Pemeriksaan kesihatan ini bertujuan untuk:

1๏ธโƒฃmemastikan warga penjawat awam Johor sentiasa berada dalam status kesihatan yang optimum bagi menjalankan tugas harian.

2๏ธโƒฃIa juga bertujuan untuk mengesan sebarang risiko penyakit kronik secara lebih awal menerusi ujian saringan asas yang disediakan.

3๏ธโƒฃSelain itu, ianya dapat memupuk kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan fizikal dan mental di tempat kerja.

4๏ธโƒฃPenjawat awam yang sihat dan sejahtera dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, pantas, dan berkesan kepada rakyat serta organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato' Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, atas keprihatinan Beliau terhadap kebajikan dan kesihatan warga penjawat awam Negeri Johor menerusi inisiatif ini.

Terima kasih juga kepada pasukan KPJ Healthcare Berhad atas kerjasama profesional sepanjang program berlangsung. Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada perkhidmatan awam yang cemerlang dan berprestasi tinggi.

๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ธ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚ ๐——๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—บ, ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถPARIT JAWA, 8 September โ€“ Seram...
08/09/2026

๐Ÿฏ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐—ฃ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ธ ๐—•๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚ ๐——๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜ ๐—ž๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—บ, ๐— ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ ๐——๐—ฒ๐—บ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐˜€๐—ถ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ถ

PARIT JAWA, 8 September โ€“ Seramai 60 peserta merangkumi pihak berkuasa dan komuniti setempat menjayakan Program Penanaman Pokok โ€œRimba Bakau: Warisan Bakau, Benteng Persisirโ€ di Laman Bakau, Parit Kassim hari ini.

Program anjuran Pejabat Hutan Daerah Johor Utara dengan kerjasama Kelab Bakau Parit Kassim itu berjaya menanam sebanyak 300 anak pokok bakau sebagai langkah proaktif memulihara kawasan pesisir pantai.

Selain aktiviti penanaman, para peserta turut menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran hutan bakau bagi memastikan ekosistem berkenaan kekal bebas daripada pencemaran sampah sarap.

Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan ekosistem hutan bakau yang bertindak sebagai benteng semula jadi daripada hakisan ombak serta ancaman perubahan iklim. Pada masa sama, ia memupuk semangat kebersamaan masyarakat dalam menyokong agenda kelestarian alam sekitar.

Program yang berlangsung lancar itu mendapat sambutan amat baik daripada penduduk tempatan. Pihak penganjur memaklumkan bahawa usaha pemuliharaan berterusan seperti ini akan diteruskan secara berkala bagi memastikan khazanah pesisir pantai di Daerah Muar kekal terpelihara untuk generasi akan datang.

๐ŸŒฟ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—ž๐—›๐—”๐—ญ๐—”๐—ก๐—”๐—› (๐—ข๐—•๐—ž): ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐—๐—ฃ๐—ก๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐ŸŒฟKOTA ISKA...
07/09/2026

๐ŸŒฟ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—จ ๐—ž๐—›๐—”๐—ญ๐—”๐—ก๐—”๐—› (๐—ข๐—•๐—ž): ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก ๐—๐—ฃ๐—ก๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—š๐—ข๐—ง๐—” ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐ŸŒฟ

KOTA ISKANDAR 7.9.2026 โ€“ Satu Majlis Penyerahan Peralatan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ).

Majlis penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Syahrir Azrin bin Salleh, Pengarah Perhutanan Negeri Johor kepada wakil peserta OBK, En. Saffid Azrin bin Abu dari Pejabat Hutan Daerah Johor Utara.

Inisiatif perolehan peralatan ini bukti komitmen berterusan pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan dalam mengutamakan keselesaan, keselamatan, serta kesiapsiagaan anggota semasa melaksanakan tugasan di lapangan. Penyerahan ini diharapkan dapat menyuntik semangat baharu kepada seluruh peserta OBK JPNJ demi mempertahankan dan memelihara khazanah hutan Negeri Johor.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN & TERIMA KASIH KEPADA :

1. YBrs. Tuan Mohd Syahrir Azrin bin Salleh (Pengarah Perhutanan Negeri Johor) & En. Mohd Izani bin Abdullah (Timbalan Pengarah Perhutanan - Operasi) atas sokongan padu dan tidak berbelah bahagi sepanjang proses perolehan peralatan ini.

2. En. Mohd Azamuddin bin Kassan (Pengerusi MBJ Pihak Pekerja) atas komitmen tinggi dalam memastikan kebajikan serta keperluan wira-wira lapangan sentiasa mendapat perhatian pengurusan.

Syabas dan tahniah diucapkan! Semoga wira-wira OBK JPNJ terus bersemangat menjalankan amanah memelihara warisan alam semulajadi. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒณ

Disediakan oleh: Seksyen Risikan dan Penguatkuasaan, IP JPNJ

Address

Tingkat 2, Bangunan Dato' Muhamad Ibrahim Munsyi , Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri
Negeri
79000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 15:00
Sunday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhutanan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Perhutanan Negeri Johor:

Shortcuts

Share