Pejabat Perikanan Negeri Johor

Call Website

Pejabat Perikanan Negeri Johor Pejabat Perikanan Negeri Johor

PROGRAM PESONA RASA AKUAKULTURBATU PAHAT, 19 Oktober 2026 - Acapkali kita menikmati Laksa Johor dengan hidangan ikan sel...
20/10/2026

PROGRAM PESONA RASA AKUAKULTUR

BATU PAHAT, 19 Oktober 2026 - Acapkali kita menikmati Laksa Johor dengan hidangan ikan selayang atau kembung, namun kali ini Jabatan Perikanan Negeri Johor membawakan kelainan yang cukup istimewa!

Jabatan Perikanan Negeri Johor telah menjayakan Program Pesona Rasa Akuakulturβ€”sebuah inisiatif bagi memperkenalkan serta mengangkat potensi produk makanan berasaskan ikan susu.

Antara sajian utama yang telah disediakan adalah:

* 🍜 Laksa Johor Ikan Susu - Gabungan kuah pekat berempah dengan kemanisan isi ikan susu.
* 🐟 Ikan Susu Goreng Crispy– Ranggup di luar, lembut di dalam.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YB Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Shahrihan bin Jani sekali gus memberikan sokongan kepada pembangunan industri akuakultur tempatan. Program ini turut dihimpunkan bersama semua penerima Insentif Akuakultur negeri Johor 2026 sebagai tanda penghargaan serta platform mengeratkan jaringan kerjasama antara penternak dan jabatan.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi

LIBATURUS BERSAMA PENERIMA INSENTIF AKUAKULTUR NEGERI JOHOR TAHUN 2026BATU PAHAT, 19 Oktober 2026 - Libat Urus melibatka...
20/10/2026

LIBATURUS BERSAMA PENERIMA INSENTIF AKUAKULTUR NEGERI JOHOR TAHUN 2026

BATU PAHAT, 19 Oktober 2026 - Libat Urus melibatkan penerima insentif akuakultur bagi tahun 2026 telah diadakan di Hotel Katerina, Batu Pahat. Seramai hampir 90 orang yang terdiri daripada pengusaha akuakultur dan kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Johor telah menghadiri program ini.

Bagi tahun 2026, sebanyak RM3.17juta ( Insentif SPeKS, RJ5T & PPAN) telah diperuntukkan kepada penternak akuakultur Johor dengan jumlah sasaran peningkatan pengeluaran ikan makan sebanyak 498.79mt, benih ikan sebanyak 2.67 juta ekor dan ikan hiasan sebanyak 219350 ekor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Shahrihan bin Jani. Turut hadir dalam libat libat urus ini adalah Pengarah Perikanan Negeri Johor, Puan Rosmawati binti Ghazali. Sebagai gimik, wakil penerima insentif telah memimpin ikrar aku janji komitmen sasaran pengeluaran dan menyerahkan dokumen akujanji kepada YB. Pada majlis sama juga, YB telah menyampaikan 3 anugerah estet kerang kepada Lot 1 myKP Tampok ( Lot Kerang Paling Produktif & Lot Kerang Paling Progresif) dan Lot myKP Sg Ayam (Ikon Estet Kerang Negeri Johor).

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi



19/10/2026

Jabatan Perikanan, insentif, RJ5T, ternakan kerang

19/10/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€

πŠπ„π‘π€π‰π€π€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘ 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔 πŠπ„π’π€π 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 π’π„πŠπ“πŽπ‘ ππ„π‘π“π€ππˆπ€π 𝐃𝐀𝐍 π€π†π‘πŽπŒπ€πŠπ€ππ€π

1. Kerajaan Negeri Johor memandang serius keadaan jerebu yang sedang melanda negeri ini, khususnya kesannya terhadap kelangsungan aktiviti pertanian dan agromakanan serta keselamatan dan kesihatan golongan petani, penternak, nelayan dan pengusaha industri asas tani.

2. Setakat ini, tiada laporan diterima oleh jabatan/agensi berkaitan daripada pengusaha sektor pertanian dan agromakanan berhubung sebarang impak jerebu terhadap aktiviti pengeluaran hasil pertanian di Negeri Johor.

3. Walau bagaimanapun, keadaan jerebu yang berpanjangan berpotensi memberi kesan kepada sektor tanaman, penternakan dan perikanan, khususnya dari aspek pertumbuhan tanaman, kesihatan ternakan serta kelancaran aktiviti pengeluaran dan operasi di lapangan.

4. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri melalui jabatan/agensi berkaitan di bawah portfolio ini akan terus memantau perkembangan semasa serta mendapatkan maklum balas daripada pengusaha bagi mengenal pasti sebarang gangguan yang mungkin berlaku.

5. Dalam masa yang sama, semua petani, penternak, nelayan dan pengusaha agromakanan dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) serta mematuhi nasihat kesihatan dan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

6. Aktiviti luar yang tidak mendesak juga disarankan supaya dikurangkan sekiranya kualiti udara berada pada tahap tidak sihat, dengan mengutamakan keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengusaha.

7. Kerajaan Negeri Johor di bawah kepimpinan YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, kekal komited memastikan kelangsungan sektor pertanian dan agromakanan negeri terus terpelihara, khususnya dalam menjamin kestabilan pengeluaran serta bekalan makanan kepada rakyat. Keutamaan Kerajaan Negeri adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan golongan pengusaha terus terpelihara, di samping memastikan aktiviti pengeluaran sektor pertanian negeri dapat diteruskan dengan baik.

19 OKTOBER 2026

-TAMAT-

AUDIT LUARAN SURVEILLANCE CUM EXTENSION OF SCOPE (EOS) MAKMAL BIOSEKURITI PERIKANAN JOHORJOHOR BAHRU, 15 Oktober 2026 – ...
19/10/2026

AUDIT LUARAN SURVEILLANCE CUM EXTENSION OF SCOPE (EOS) MAKMAL BIOSEKURITI PERIKANAN JOHOR

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2026 – Makmal Biosekuriti Perikanan Johor (MBP Johor) telah menjalani Audit Luaran (Surveillance Cum Extension of Scope - EOS) bagi mengekalkan standard kualiti serta pematuhan piawaian antarabangsa MS ISO/IEC 17025 (No. Akreditasi SAMM 672) yang telah diperolehi sejak 3 November 2014. MBP Johor memohon penambahan skop baharu iaitu Pengecaman Spesies Fitoplankton (ID Plankton).

Sesi Pembukaan Audit Luaran telah dipengerusikan oleh Puan Rosmawati binti Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Johor. turut hadir En. Kon Yeu Hooi, Ketua Cawangan Biosekuriti Perikanan Johor bersama kakitangan MBP Johor.

Sesi audit pada kali ini diketuai oleh Prof. Dr. Chua Lee Suan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), bersama barisan assessor iaitu Dr. Mazlan Isa (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) serta Dr. Ong Bee Lee (Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Malaysia Kelantan).

Tujuan utama audit ini dijalankan adalah untuk:

βœ…Menilai dan memastikan kecekapan serta kompetensi kakitangan makmal dalam mengendalikan ujian mengikut piawaian MS ISO/IEC 17025.
βœ…Menjamin bahawa setiap sistem pengurusan kualiti dan integriti data ujian sentiasa tepat, konsisten, dan boleh dipercayai oleh pihak berkepentingan (stakeholders).
βœ…Pematuhan pengurusan kualiti secara berterusan demi menyokong biosekuriti industri akuakultur dan perikanan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan assessor di atas bimbingan serta kepakaran yang dikongsikan. Semoga MBP Johor terus komited dalam membekalkan perkhidmatan ujian makmal yang berkualiti tinggi dan berintegriti.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi


SESI LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI / PENGUSAHA INDUSTRI PERIKANAN DAERAH PONTIANPONTIAN, 08 Oktober 2026 - Sesi libat urus...
18/10/2026

SESI LIBAT URUS BERSAMA KOMUNITI / PENGUSAHA INDUSTRI PERIKANAN DAERAH PONTIAN

PONTIAN, 08 Oktober 2026 - Sesi libat urus yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor telah diadakan bagi mengeratkan hubungan antara Kerajaan dengan komuniti serta pengusaha industri perikanan di Daerah Pontian, di samping mendapatkan maklum balas, mengenal pasti isu dan membincangkan keperluan serta hala tuju pembangunan sektor perikanan daerah.

Turut hadir dalam sesi libat urus ini ialah YBrs Puan Rosmawati binti Ghazali Pengarah Perikanan Negeri Johor; YBrs Tuan Haji Mohd Farid bin Hassan, Pegawai Daerah Pontian; serta wakil agensi diperingkat daerah.

Seramai 20 orang wakil komuniti dan pengusaha industri perikanan telah menghadiri sesi ini, terdiri daripada:
Ketua Lot Estet Kerang Daerah Pontian – 9 orang
Ketua myKP Daerah Pontian – 5 orang
Penternak Udang Marin – 5 orang
Penternak Ikan Marin – 1 orang

Program ini menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan antara pihak Jabatan Perikanan dengan wakil komuniti serta pengusaha industri perikanan bagi mengenal pasti isu, cabaran dan peluang pembangunan industri perikanan di Daerah Pontian.

Diharapkan sesi libat urus ini dapat memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Johor, Pejabat Perikanan Negeri, Pejabat Daerah Pontian dan komuniti setempat dalam usaha memajukan industri perikanan Daerah Pontian secara berterusan, berdaya saing dan mampan.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi


PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN DI PUSAT REKREASI TAMPOK LAUT Pontian, 10 Okt 2026 - Program Pelepasan Benih Ikan Siakap te...
18/10/2026

PROGRAM PELEPASAN BENIH IKAN DI PUSAT REKREASI TAMPOK LAUT

Pontian, 10 Okt 2026 - Program Pelepasan Benih Ikan Siakap telah dilaksanakan di Pusat Rekreasi Tampok Laut sebagai usaha memperkayakan sumber perikanan, meningkatkan populasi ikan siakap di perairan setempat serta menyokong kelestarian ekosistem akuatik. Sebanyak 10,000 ekor benih ikan siakap telah dilepaskan ke perairan sekitar Pusat Rekreasi Tampok Laut. Program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada pihak yang terlibat. Menyumbang kepada usaha pemuliharaan dan peningkatan sumber perikanan setempat. Memberi manfaat jangka panjang kepada ekosistem dan komuniti nelayan serta pemancing rekreasi. Program ini disertai oleh Encik Hj. Khalil Bin Ibrahim Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Benut, Pontian, Wakil Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu Mukim berdekatan, Ahli-ahli myKomuniti (myKP) Tampok Laut dan penduduk sekitar. Program Pelepasan Benih Ikan Siakap ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang. Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kelestarian sumber perikanan dan keseimbangan ekosistem perairan di kawasan Pusat Rekreasi Tampok Laut.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi



16/10/2026

LAWATAN KERJA KE KILANG PEMPROSESAN UDANG: MENINJAU OPERASI PENGELUARAN DAN EKSPORT QQ SUPREME SDN. BHD.

Johor Bahru, 15 Oktober 2026 - Satu Lawatan Kerja Pengarah Perikanan Negeri Johor ke QQ Supreme Sdn. Bhd. bagi meninjau operasi dan melihat sendiri rantaian pengeluaran udang marin gred eksport syarikat berkenaan.

QQ Supreme Sdn. Bhd. menguruskan operasi akuakultur secara bersepadu bermula daripada aktiviti penternakan di kolam, pemprosesan, sehinggalah urusan eksport ke pasaran antarabangsa seperti Korea Selatan dan Taiwan.

Bagi memenuhi piawaian pasaran import yang ketat, operasi syarikat memberi tumpuan kepada tiga aspek utama:

1. Kawalan Biosekuriti Kolam: Memastikan kualiti air dan persekitaran ternakan sentiasa mematuhi piawaian amalan akuakultur baik bagi menjamin kesihatan udang secara konsisten.
2. Pemprosesan segera: Udang diproses dan dibekukan sejurus selepas dituai bagi mengekalkan kualiti gred premium serta kesegaran produk.
3. Kebolehkesanan (Traceability): Setiap kelompok udang mempunyai rekod punca bekalan yang jelas dari peringkat kolam ternakan hingga ke pembungkusan akhir.

Keupayaan fasiliti dan kepakaran syarikat ini berpotensi besar untuk dijadikan sebagai rakan strategik kepada Pejabat Perikanan Negeri Johor.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan dan pemain industri ini penting untuk sama-sama memajukan sektor ternakan udang marin di Johor demi keterjaminan bekalan makanan, merancakkan ekonomi negeri, serta membuka peluang pemindahan teknologi kepada penternak tempatan.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi


PROGRAM MCS NEGERI JOHOR BIL. 2/2026: TINDAKAN PENGUATKUASAAN PERIKANAN DI PERAIRAN MUAR DAN BATU PAHATMUAR, 9 OKTOBER 2...
12/10/2026

PROGRAM MCS NEGERI JOHOR BIL. 2/2026: TINDAKAN PENGUATKUASAAN PERIKANAN DI PERAIRAN MUAR DAN BATU PAHAT

MUAR, 9 OKTOBER 2026 - Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Johor telah melaksanakan Program Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS) Negeri Johor Bil. 2/2026 di sekitar perairan Muar dan Batu Pahat, Johor, melibatkan seramai 14 orang anggota Unit Perlindungan Perikanan Negeri Johor

Hasil operasi, tindakan penguatkuasaan telah membawa kepada sitaan peralatan menangkap ikan yang melibatkan:

βœ… 1 unit pukat tunda mini
βœ… 5 unit pukat pari
βœ… 356 unit bubu naga

Keseluruhan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM42,600.00. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) (Pindaan) 2024.

Jabatan Perikanan Malaysia komited untuk terus mempergiat aktiviti penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti penangkapan ikan yang menyalahi undang-undang, di samping memastikan sumber perikanan negara dipelihara dan diurus secara mampan demi kesejahteraan komuniti nelayan serta generasi akan datang.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi



LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR JOHOR SEMPENA PEMBENTANGAN JOHOR ECONOMIC TRANSFORMATION PLAN (JETP) DAERAH PONTIANPONTI...
12/10/2026

LAWATAN KERJA YAB MENTERI BESAR JOHOR SEMPENA PEMBENTANGAN JOHOR ECONOMIC TRANSFORMATION PLAN (JETP) DAERAH PONTIAN

PONTIAN, 10 Oktober 2026 – Lawatan Kerja YAB Menteri dimulakan dengan lawatan ke reruai agensi kerajaan dan swasta bertempat di Dewan Serbaguna Benut bagi melihat pelbagai inisiatif dan projek pembangunan yang berpotensi merancakkan pertumbuhan ekonomi Daerah Pontian.

Pengarah Perikanan Negeri Johor, Pn Rosmawati bt Ghazali berkesempatan untuk menjelaskan kepada YAB MB Johor berkenaan Pelan Pembangunan Akuakultur Daerah Pontian, yang merangkumi komoditi Ikan Marin, Udang Marin, Ikan Hiasan dan Estet Kerang Negeri Johor serta inisiatif jabatan bagi menyokong agenda menjadikan Pontian sebagai hab akuakultur, selaras dengan perancangan JETP daerah Pontian.

Program diteruskan dengan sesi pembentangan JETP oleh Pejabat Daerah Pontian, yang menggariskan perancangan strategik dan potensi ekonomi daerah bagi menyokong pembangunan yang lebih bersepadu, mampan dan berdaya saing.

YAB MB Johor kemudianya bergerak ke Dewan Dato Jalok, Benut dan menyempurnakan sesi penyerahan cek cura Insentif Akuakultur 2026 dan Kad Pendaftaran Nelayan (KPN) kepada kumpulan sasar. Penyerahan ini membuktikan sokongan berterusan kerajaan kepada pengusaha akuakultur dan komuniti nelayan sebagai kumpulan yang menyumbang kepada pengeluaran makanan, aktiviti ekonomi pesisir pantai serta pembangunan sosioekonomi.

DOF Malaysia
Israk Abdullah
Onn Hafiz Ghazi


Address

Kompleks Perikanan Negeri
Negeri

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075104808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share