SPRM Negeri Sembilan

Call Website Contact the organization

SPRM Negeri Sembilan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan

JKR Negeri Sembilan Perkukuh Budaya Integriti Anjur Dialog Bersama SPRMSEREMBAN, 6 Ogos – Sesi Dialog Interaktif bertema...
06/08/2026

JKR Negeri Sembilan Perkukuh Budaya Integriti Anjur Dialog Bersama SPRM

SEREMBAN, 6 Ogos – Sesi Dialog Interaktif bertemakan "Ketirisan Sifar: Integriti Membina Kepercayaan, Tadbir Urus Memacu Kecemerlangan" menjadi pengisian utama Sambutan Hari Integriti JKR Negeri Sembilan Tahun 2026 yang dianjurkan dengan kerjasama SPRM Negeri Sembilan.

Dialog yang menampilkan Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail bersama Encik Azizan bin Zainal, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Integriti, JKR Malaysia membincangkan isu risiko rasuah, salah guna kuasa, pematuhan prosedur serta pemerkasaan tadbir urus dalam pengurusan perolehan dan pelaksanaan projek kerajaan.

Program turut menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) sebagai simbol komitmen warga JKR Negeri Sembilan untuk terus mengamalkan budaya kerja yang berintegriti, telus dan bebas rasuah dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.



#π’ππ‘πŒππžπ§πœπžπ πšπ‘πšπ§



Setingggi tinggi Tahniah Dan Penghargaan Kepada YAB Dato' Haji Ismail Bin Lasim Atas Perlantikan Sebagai Menteri Besar N...
02/08/2026

Setingggi tinggi Tahniah Dan Penghargaan Kepada YAB Dato' Haji Ismail Bin Lasim Atas Perlantikan Sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.


#π’ππ‘πŒππžπ§πœπžπ πšπ‘πšπ§

Terima Kasih YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Atas segala jasa, kepimpinan serta sumbangan yang telah dicu...
02/08/2026

Terima Kasih YAB Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Atas segala jasa, kepimpinan serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menerajui Negeri Sembilan. Semoga YAB Dato' Seri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, keberkatan dan terus berjaya dalam apa jua amanah yang dipikul.



KKR SPRM Negeri Sembilan menyertai kategori 21KM SCORE Marathon 2026 di Putrajaya sebagai usaha menyemarakkan budaya hid...
20/07/2026

KKR SPRM Negeri Sembilan menyertai kategori 21KM SCORE Marathon 2026 di Putrajaya sebagai usaha menyemarakkan budaya hidup sihat, memperkukuh semangat berpasukan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SPRM.

SCORE Marathon 2026 yang menghimpunkan lebih 50,000 peserta dari dalam dan luar negara turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai acara larian terbesar di Malaysia.

Turut hadir memberikan sokongan ialah Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail, bersama peserta daripada KKR SPRM Negeri Sembilan.




Rakaman Podcast slot "Merentan Apa Hari Ini?"Hari ini telah berlangsung sesi rakaman podcast yang menampilkan KPKPj Awgk...
09/07/2026

Rakaman Podcast slot "Merentan Apa Hari Ini?"

Hari ini telah berlangsung sesi rakaman podcast yang menampilkan KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra b Awg Islmail, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, yang berkongsi pengalaman serta perjalanan sepanjang 29 tahun berkhidmat bersama BPR dan seterusnya SPRM.

Pelbagai perkongsian menarik disentuh, termasuk pengalaman mengendalikan tugas, cabaran sepanjang perkhidmatan, serta nilai integriti yang menjadi teras dalam melaksanakan amanah.
Terima kasih Saudara Muhammad Noor bin Zakaria Pak Cik Bakar Baharom




#π’ππ‘πŒππžπ§πœπžπ πšπ‘πšπ§

Jalinan Kerjasama Demi Integriti: SPRM & JKM Negeri SembilanSeremban, 8 Julai – Fokus utama dalam memastikan penyampaian...
08/07/2026

Jalinan Kerjasama Demi Integriti: SPRM & JKM Negeri Sembilan

Seremban, 8 Julai – Fokus utama dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang telus dan berintegriti, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Tuan Haji Muhammad Yusry Che Dah telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

Pertemuan bersama Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Tuan Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail ini bertujuan membincangkan kerjasama strategik bagi memperkasa budaya integriti, khususnya dalam aspek pengurusan dana kebajikan.

Langkah proaktif ini diharapkan dapat menutup ruang salah guna kuasa serta meningkatkan keyakinan orang awam terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh JKM Negeri Sembilan.

Turut hadir dalam sesi tersebut:
πŸ”Έ Pn. Nur Syahirah Binti Azahar (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khidmat Pengurusan mewakili Unit Integriti JKM Negeri Sembilan)
πŸ”Έ PKPj Mohd Yusof bin Awg Osman (Timbalan Pengarah Operasi SPRM Negeri Sembilan)
πŸ”Έ PPj Fatimah binti Hamid (Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Sembilan)
πŸ”Έ PPj Mohamad Fareez bin Mohd Zawawi (Ketua Siasatan Negeri SPRM Negeri Sembilan)

Sama-sama kita membudayakan integriti dan menolak rasuah dalam setiap urusan pentadbiran.



# #π’ππ‘πŒππžπ§πœπžπ πšπ‘πšπ§

07/07/2026

🎁 DAPAT HADIAH? JANGAN TERUS SIMPAN!

Sebelum menerima hadiah, pastikan ia mematuhi Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah USIM.

βœ… Tanyakan diri anda: β€’ Adakah ia berkaitan tugas rasmi?
β€’ Boleh menimbulkan konflik kepentingan?
β€’ Perlu dilaporkan kepada Ketua Jabatan?

⚠️ Lindungi integriti diri dan organisasi. Jika ragu-ragu, dapatkan nasihat Ketua Jabatan atau Pejabat Integriti USIM.

πŸ“– Rujukan: Pekeliling Pentadbiran Bil. 6 Tahun 2024 – Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah USIM

Tampin, 5 Julai – Seramai 140 peserta terdiri daripada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Komuniti Ta...
06/07/2026

Tampin, 5 Julai – Seramai 140 peserta terdiri daripada pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kolej Komuniti Tampin, Maahad Tahfiz Ahmadi Gemencheh dan Institut Tahfiz Al-Quran (ITQAN) Gemencheh menyertai Program Perkampungan Jati Diri Belia Harapan Agama dan Bangsa: Kem KMC (Komuniti Murni & Clean) yang berlangsung pada 4 hingga 5 Julai 2026 di Kampung Air Rawa dan Bukit Ramunia, Gemencheh.

Program anjuran Masjid Kariah Kampung Air Rawa dengan kerjasama SPRM Negeri Sembilan, JHEAINS Daerah Tampin, MAINS Daerah Tampin, AADK Daerah Tampin, Kolej Komuniti Tampin serta komuniti setempat ini merupakan inisiatif pengukuhan agenda pencegahan rasuah SPRM melalui pendidikan dan pembudayaan integriti di peringkat komuniti, selaras dengan aspirasi Keep Malaysia Clean (KMC).

Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai pengisian yang memfokuskan pembentukan jati diri dan integriti, termasuk gotong-royong komuniti, ceramah kerohanian, pendidikan antirasuah, taklimat Keep Malaysia Clean (KMC) yang menekankan tiga tonggak utama iaitu Nilai Murni, Masyarakat Murni dan Persekitaran Murni, selain taklimat pencegahan dadah, sesi pengukuhan sahsiah serta perkhemahan.

Sebagai sebahagian daripada pengisian Kem Rekreasi KMC, para peserta turut berpeluang mendaki Bukit Ramunia bagi menghayati nilai murni melalui semangat kerjasama, disiplin, ketahanan diri dan kecintaan terhadap alam sekitar. Pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tampin, YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa, dan turut dihadiri Timbalan Pengarah Pencegahan SPRM Negeri Sembilan, PPj Fatimah Hamid.

Majlis Penutupan disempurnakan oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, KPKPj Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa pembentukan integriti perlu dipupuk sejak usia muda melalui pendidikan dan pembinaan jati diri. Beliau turut menyatakan bahawa penglibatan aktif belia dalam inisiatif KMC mampu melahirkan masyarakat yang berintegriti, bertanggungjawab serta menjadi ejen perubahan ke arah membina Malaysia yang bebas daripada rasuah.



#π’ππ‘πŒππžπ§πœπžπ πšπ‘πšπ§



Nilai, 24 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Integriti USIM tel...
24/06/2026

Nilai, 24 Jun- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Pejabat Integriti USIM telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Perolehan yang melibatkan 50 pegawai teknikal daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USIM.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memperkukuh amalan integriti, tadbir urus yang baik dan budaya antirasuah dalam pengurusan perolehan universiti.

Antara pengisian utama ialah sesi Pocket Talk mengenai kesalahan rasuah, peranan SPRM dalam pencegahan dan penguatkuasaan, serta implikasi salah laku rasuah terhadap individu dan organisasi. Program turut disusuli dengan bengkel penilaian risiko rasuah yang memberi peluang kepada peserta mengenal pasti risiko rasuah dalam proses kerja serta mencadangkan langkah penambahbaikan bagi memperkukuh sistem kawalan dalaman.

Turut hadir Pengarah JPPF USIM, Ir. Shahrin Amri Jahari dan Ketua Jabatan Integriti USIM, Cik Nor Hayati Adam yang menzahirkan harapan agar program ini dapat memperkasa kefahaman peserta dalam mengenal pasti dan mengurus risiko rasuah serta membudayakan integriti ke arah merealisasikan USIM sebagai institusi yang bebas rasuah, telus dan berakauntabiliti.





Rembau, 23 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan Masyarakat (PenMa...
23/06/2026

Rembau, 23 Jun – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan melalui Unit Pendidikan Masyarakat (PenMas) telah mengadakan sesi libat urus bersama syarikat Bubbles OΒ² Sdn Bhd (Bubbles OΒ²) bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program-program berteraskan integriti dan tanggungjawab sosial korporat.

Sesi libat urus tersebut telah dihadiri oleh Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra bin Awang Ismail, bersama pegawai Unit PenMas. Manakala pihak Bubbles OΒ² telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Abdul Aziz Arifin, serta disertai oleh Pengurus Undang-Undang, Khairul Fikry, Pengurus Sumber Manusia, Rohaiyu Anuar dan Pegawai Undang-Undang, Iffah Fisul.

Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan pelaksanaan program kerjasama yang berpotensi mendapat kelulusan potongan cukai di bawah Seksyen 34(6)(h) Akta Cukai Pendapatan 1967. Inisiatif tersebut dijangka dapat menggalakkan penglibatan sektor korporat dalam menyokong program pembangunan masyarakat dan pembudayaan integriti.

Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara berterusan bagi memperluaskan kesedaran masyarakat dan kakitangan Bubbles OΒ² terhadap kepentingan integriti, tadbir urus yang baik dan pencegahan rasuah.

Pihak Bubles OΒ² menyambut baik dan berharap sesi ini dapat menjadi platform permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara SPRM Negeri Sembilan dan Bubbles OΒ² dalam merealisasikan program-program berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong agenda pembudayaan integriti negara.






Address

Nilai
70700

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+6067625446

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPRM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPRM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share