12/11/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah telah mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Ekonomi Malaysia bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kedah bagi membincangkan cadangan pembinaan Ibu Pejabat JIM Negeri Kedah yang baharu.
Sesi tersebut dihadiri oleh YBrs. Tuan Wan Ahmad Asmady bin Wan Md Din, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Ekonomi Malaysia; YBrs. Tuan Mohd Ridzzuan bin Mohd Zain, A.M.K., Pengarah Imigresen Negeri Kedah; serta Puan Siti Zaharah binti Zakaria, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan). Turut hadir ialah pegawai-pegawai JIM Negeri Kedah.
Sesi libat urus ini bertujuan memperhalusi cadangan pembangunan ibu pejabat baharu, khususnya dari aspek keperluan infrastruktur, kemudahan sokongan serta perancangan pelaksanaan projek. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh keupayaan operasi jabatan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan imigresen bagi memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan.
Sejurus selesai sesi libat urus, delegasi meneruskan program dengan mengadakan lawatan ke Baitul Marhabbah Darulaman bagi meninjau kemudahan dan persekitaran pusat berkenaan. Ketibaan delegasi disambut oleh Puan Amnah binti Hassan, Komandan Depot Baitul Marhabbah Darulaman, yang turut menyampaikan taklimat berhubung fungsi, pengoperasian serta kemudahan yang disediakan di pusat tersebut.
Delegasi kemudiannya meneruskan lawatan ke tapak cadangan pembinaan Ibu Pejabat JIM Negeri Kedah di Ampang Jajar. Dalam lawatan tersebut, Puan Siti Zaharah binti Zakaria, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Pengurusan), telah memberikan penerangan mengenai kedudukan dan keadaan fizikal tanah, lokasi tapak serta tindakan awal yang telah dilaksanakan berhubung cadangan pembangunan berkenaan.
Lawatan tapak ini memberi peluang kepada pihak Kementerian Ekonomi Malaysia untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan sebenar tapak, kesesuaian lokasi serta keperluan pembangunan yang perlu diberi perhatian dalam perancangan pembinaan ibu pejabat baharu tersebut.
JIM Negeri Kedah komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Kementerian Ekonomi Malaysia dan agensi berkaitan dalam merealisasikan perancangan pembangunan infrastruktur jabatan secara terancang dan berkesan, selaras dengan aspirasi mempertingkatkan kecekapan pengoperasian serta mutu penyampaian perkhidmatan imigresen kepada rakyat.
Jom ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah untuk mendapatkan informasi dan perkembangan terkini:
https://linktr.ee/jimkedah
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) di:
http://eapp.imi.my/spo
ยฉ๏ธ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah