Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka - PPSPM

Call Website Contact the organization

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka - PPSPM Facebook Rasmi Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM). LAMAN FACEBOOK RASMI PERBADANAN PEMBANGUNAN SUNGAI DAN PANTAI MELAKA

PENYERAHAN RUMAH SAMPAH PPSPM KEPADA JAPERUN AYER LIMAU DAN JPKK RAMUAN CHINA KECHILPihak Perbadanan Pembangunan Sungai ...
07/10/2026

PENYERAHAN RUMAH SAMPAH PPSPM KEPADA JAPERUN AYER LIMAU DAN JPKK RAMUAN CHINA KECHIL

Pihak Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Rumah Sampah PPSPM kepada JAPERUN Ayer Limau dan JPKK Ramuan China Kechil sebagai salah satu usaha memperkukuh pengurusan kebersihan serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, teratur dan selesa kepada komuniti setempat, bertempat di Rumah Sampah Ramuan China Kechil, Jalan Utama Ramuan China Kechil โ€“ Sungai Jerneh.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Tuan Shaharul Azuar bin Idris, bersama pegawai-pegawai PPSPM serta wakil-wakil daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), SWCorp Melaka, SWM Environment Sdn. Bhd. dan JAPERUN Ayer Limau.

Semoga inisiatif ini dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat serta menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih sistematik dan persekitaran yang lebih kondusif.

๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ ๐‰๐”๐“๐€ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐Ž๐๐† ๐Š๐„ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐’๐„๐“๐€๐Š๐€๐“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam sektor pelancongan apab...
05/10/2026

๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ ๐‰๐”๐“๐€ ๐๐„๐‹๐€๐๐‚๐Ž๐๐† ๐Š๐„ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€, ๐’๐„๐“๐€๐Š๐€๐“ ๐Ž๐†๐Ž๐’ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Melaka terus mencatat perkembangan positif dalam sektor pelancongan apabila merekodkan 11.2 juta pelancong setakat Ogos 2026, dengan nilai jana ekonomi mencecah RM11.32 bilion.

Pencapaian ini turut mencerminkan potensi besar produk pelancongan berasaskan sungai, pantai dan rekreasi air yang terus diperkasakan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan di Melaka.

Seiring dengan aspirasi tersebut, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) terus memainkan peranan dalam memperkukuh sektor ini melalui pembangunan serta pengoperasian produk pelancongan seperti Melaka River Cruise, Water Taxi, HOHO dan Eco-Cruise di beberapa lokasi strategik di Melaka.

Usaha memperkenalkan produk baharu, memperkasa pengalaman pelancong serta mengangkat keunikan sungai dan pantai Melaka menjadi antara langkah penting dalam memastikan sektor pelancongan terus berkembang dan memberi manfaat kepada ekonomi setempat.

Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman
Shaharul Azuar
Kerajaan Negeri Melaka
Tourism Melaka
Melaka Hari Ini





๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐Œ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐Š๐€๐’๐€๐ ๐ˆ๐‚๐“ ๐Š๐„๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š...
30/09/2026

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐ ๐’๐„๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐๐„๐Œ๐๐„๐Š๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐Š๐€๐’๐€๐ ๐ˆ๐‚๐“ ๐Š๐„๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐€๐ƒ๐€๐๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐๐“๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ (๐๐๐’๐๐Œ) ๐๐€๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mempelawa pembekal yang berkelayakan untuk menyertai pelawaan sebut harga di bawah seperti berikut:

Pembekalan Perkakasan ICT Kegunaan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Bagi Tahun 2026

๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐  :
๐Ÿ. ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐š๐ง: ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)
๐Ÿ. ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก ๐‰๐ฎ๐š๐ฅ๐š๐ง : ๐Ÿ๐Ÿ— ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)
๐Ÿ‘. ๐“๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ ๐ˆ๐ค๐ฅ๐š๐ง & ๐ƒ๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง ๐ƒ๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐จ๐ฅ๐ž๐ก: ๐ŸŽ๐Ÿ– ๐Ž๐ค๐ญ๐จ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ), ๐Ÿ๐Ÿ.๐ŸŽ๐ŸŽ ๐“๐ ๐ก๐ซ๐ข
๐Ÿ’. ๐Š๐จ๐ ๐๐ข๐๐š๐ง๐  ๐Œ๐Ž๐… : ๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ“/๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ–/๐Ÿ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ

Pembekal yang berminat adalah dipohon mendapatkan dokumen sebut harga mengikut tarikh yang ditetapkan serta memastikan semua dokumen dan sijil berkaitan dibawa bersama untuk proses serahan kepada PPSPM.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:
Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM)
Dataran Pengkalan Rama, Pengkalan Rama Pantai, 75100 Melaka.
No. Tel: 06-2814322

SUNGAI MELAKA TERUS DIPELIHARA: PROGRAM SKUAD HERO SUNGAI MELAKA KE 26Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (P...
26/09/2026

SUNGAI MELAKA TERUS DIPELIHARA: PROGRAM SKUAD HERO SUNGAI MELAKA KE 26

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjayakan Melaka River Clean-Up Programme pada 26 September 2026. Seramai 60 peserta menyertai aktiviti pelayaran dan pembersihan di sepanjang Sungai Melaka.

Turut hadir ialah Pengarah Wilayah, Mr Balan A/L Subramaniam; Pengurus Cawangan Melaka, En Zaini bin Shariff; serta Pengurus Cawangan Seremban, Puan Azlian Idayu binti Ghazali.

Program ini merupakan antara usaha berterusan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dalam memupuk kesedaran serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam menjaga kebersihan, keindahan dan kelestarian Sungai Melaka.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama untuk memelihara kebersihan dan keindahan Sungai Melaka agar terus menjadi ikon pelancongan negeri.

Semoga inisiatif seperti ini terus menyemarakkan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memastikan Sungai Melaka kekal bersih, indah serta menjadi salah satu ikon pelancongan negeri Melaka.

BATIK WARISAN, SENTUHAN MASA KINI โœจPPSPM turut hadir memeriahkan majlis pembukaan Kentrazi Heritage Premium Batik yang b...
26/09/2026

BATIK WARISAN, SENTUHAN MASA KINI โœจ

PPSPM turut hadir memeriahkan majlis pembukaan Kentrazi Heritage Premium Batik yang berlangsung hari ini, 26 September 2026, di Banda Hilir, Melaka. Terletak di kawasan warisan yang menjadi tumpuan pelancong, butik ini menawarkan satu lagi pengalaman buat pengunjung untuk mengenali keindahan batik ketika meneroka bandar Melaka.

Pembukaan Kentrazi Heritage Premium Batik memperlihatkan bagaimana warisan seni dan pelancongan boleh berkembang seiring. Selain memperkenalkan batik kepada pengunjung tempatan dan luar negara, kehadirannya menambah kepelbagaian tarikan di Banda Hilir. Usaha seperti ini membantu memperkukuh identiti Melaka sebagai destinasi pelancongan warisan dan menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan negeri Melaka.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Tuan Shaharul Azuar bin Idris. Tahniah kepada Kentrazi Heritage Premium Batik atas pembukaan ini! Semoga terus berkembang dan menjadi persinggahan pilihan buat pengunjung yang ingin membawa pulang sebahagian daripada keindahan warisan Melaka.




๐Œ๐”๐’๐˜๐€๐–๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Ÿ‘.๐ŸŽ: ๐Œ๐„๐Œ๐๐Ž๐๐†๐Š๐€๐‘ ๐๐Ž๐‹๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐”Melaka menjadi tuan rumah bagi Musyawarah Nasional 3.0 bertemaka...
26/09/2026

๐Œ๐”๐’๐˜๐€๐–๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐’๐ˆ๐Ž๐๐€๐‹ ๐Ÿ‘.๐ŸŽ: ๐Œ๐„๐Œ๐๐Ž๐๐†๐Š๐€๐‘ ๐๐Ž๐‹๐„๐Œ๐ˆ๐Š ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐”

Melaka menjadi tuan rumah bagi Musyawarah Nasional 3.0 bertemakan โ€œMembongkar Polemik Tanah Melayuโ€ yang berlangsung pada 26 September 2026, bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka.

Penganjuran musyawarah ini menjadi platform wacana yang menghimpunkan pelbagai pihak bagi membincangkan serta menelusuri sejarah, identiti, bahasa, budaya, Perlembagaan dan pembentukan negara dari pelbagai perspektif, khususnya melalui pendekatan akademik dan sejarah.

Majlis turut dihadiri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, manakala YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan perasmian Musyawarah Nasional 3.0.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Tuan Shaharul Azuar bin Idris, bersama barisan pegawai dan kakitangan PPSPM.

Penyertaan PPSPM dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong program yang membuka ruang kepada perkongsian ilmu, pertukaran pandangan serta penglibatan dalam agenda pembangunan negeri dan masyarakat.





๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐๐€๐‘๐” ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐, ๐„๐‚๐Ž ๐‚๐‘๐”๐ˆ๐’๐„ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐‘๐€๐Œ๐๐€๐ˆPerbadanan Pembangunan Sungai dan Pan...
25/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐ˆ๐€๐๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐ƒ๐”๐Š ๐๐€๐‘๐” ๐ƒ๐ˆ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐‰๐€๐’๐ˆ๐, ๐„๐‚๐Ž ๐‚๐‘๐”๐ˆ๐’๐„ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐‘๐€๐Œ๐๐€๐ˆ

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mengadakan lawatan tapak ke ๐„๐œ๐จ ๐‚๐ซ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ž ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐‘๐š๐ฆ๐›๐š๐ข, ๐‰๐š๐ฌ๐ข๐ง bagi menilai kesiapsiagaan infrastruktur, keceriaan kawasan dan aspek keselamatan sebelum produk pelancongan itu mula beroperasi.

Lawatan diketuai oleh Puan Khairunnisa binti Ibno Masooda, Pengarah Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Korporat, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Tuan Shaharul Azuar bin Idris. Perbincangan di lokasi turut memberi tumpuan kepada pembangunan produk dan penyediaan sistem tiket untuk kemudahan pengunjung.

Turut serta Jawatankuasa Pembangunan Produk Eco Cruise Sungai Rambai bagi menyelaraskan keperluan pengurusan staf, keselamatan dan pemantauan operasi.

Lawatan ini menjadi langkah persediaan bagi memastikan setiap keperluan disediakan dan diteliti sebelum Eco Cruise Sungai Rambai menerima pengunjung.

Ab Rauf Yusoh
Abdul Razak Abdul Rahman
Kerajaan Negeri Melaka
Shaharul Azuar
Melaka Hari Ini
Tourism Melaka






24/09/2026

PERTANDINGAN DEBAT PIALA YAB KETUA MENTERI MELAKA 2026
Sedang berlangsung secara langsung! Saksikan kehebatan hujah, ketajaman minda, dan kematangan idea para pendebat terbaik dalam merebut piala pusingan yang berprestij ini.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Sertai kami sekarang! Berikan sokongan padu anda kepada pasukan kegemaran anda di ruangan komen di bawah.







30 PERAHU BERHIAS SEMARAKKAN SUNGAI LINGGI!Perarakan 30 buah perahu berhias hasil kreativiti komuniti nelayan darat meny...
24/09/2026

30 PERAHU BERHIAS SEMARAKKAN SUNGAI LINGGI!

Perarakan 30 buah perahu berhias hasil kreativiti komuniti nelayan darat menyemarakkan Sungai Linggi sempena Festival Sungai Melaka 2026.

Penganjuran festival di tiga daerah โ€” Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah โ€” berjaya menghimpunkan lebih 50,000 pengunjung menerusi lebih 30 acara, termasuk sukan rakyat, aktiviti komuniti dan pertandingan memancing.

Festival ini turut mencipta dua pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi penghasilan 10,760 biji kuih keria serta replika konda-kondi terbesar.

Bersama Komuniti, Menyemarakkan Sungai dan Melestarikan Warisan.




Address

Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka, Dataran Pengkalan Rama, Pengkalan Rama Pantai
Pantai
75100

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Friday 08:30 - 05:30

Telephone

+6062814322

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka - PPSPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka - PPSPM:

Shortcuts

Share