14/06/2026
Tahniah Pelajar UniMAP
Tahniah kepada atas kejayaan mengungguli Pertandingan Busking Challenge (Akustik) MAKUM 2026 yang dianjurkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) di Batu Pahat, Johor.
Sekalung tahniah dan penghargaan juga kepada jurulatih, pengurus pasukan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan pencapaian ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, mengangkat martabat seni dan mengharumkan nama universiti di persada yang lebih tinggi.
14/06/2026
UCAPAN PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Negeri Perlis, khususnya Majlis Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MKJR) Perlis, atas kejayaan pemasangan lampu solar di hadapan pintu masuk utama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Untuk makluman, sebelum ini beberapa insiden kemalangan yang membawa kepada kehilangan nyawa telah direkodkan di kawasan tersebut, dipercayai berpunca daripada keadaan jalan yang agak gelap serta kekurangan pencahayaan pada waktu malam. Keprihatinan semua pihak terhadap isu ini amat dihargai.
Hasil daripada beberapa sesi perbincangan bersama MKJR Perlis yang mewakili Kerajaan Negeri Perlis, dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Negeri Perlis, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP melalui Saudara Syamil Ramlan selaku Yang Di-Pertua ketika itu, serta beberapa agensi berkaitan yang lain, usaha pemasangan lampu solar ini akhirnya berjaya direalisasikan.
Semoga inisiatif ini dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya, khususnya warga UniMAP dan masyarakat setempat, serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
13/06/2026
THE EUROPE READY CHALLENGE 2026
EUREKA – Global Challenges, Local Solutions: Shaping Future Leaders through Knowledge and Innovation
Tahniah kepada seramai 15 orang pelajar Universiti Malaysia Perlis dan kesemunya dari Fakulti Kejuruteraan Teknologi Kimia (FKTK) yang sedang menyertai program antarabangsa The Europe Ready Challenge 2026 dibawah Dana Mobiliti Prof. Madya Dr. Dewi Suriyani Che Halin.
Program yang berlangsung selama 3 minggu ini menghimpunkan pelajar dari beberapa institusi pengajian tinggi antarabangsa iaitu Lodz University of Technology, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Avantika University dan Papua@ New Guinea University of Technology.
Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik dan profesional para pelajar serta mengharumkan nama FKTK dan UniMAP di persada antarabangsa.
13/06/2026
PENDAFATARAN PELAJAR BAHARU UniMAP
Lebih 1500 pelajar baharu yang mendaftar bagi mengikuti pengajian peringkat Diploma bagi Sidang Akademik 2026/2027 di kampus universiti itu di sini. Tahniah dan Selamat Datang 🫶🏻🫶🏻
13/06/2026
Program bantuan makanan pastikan keperluan asas mahasiswa dibela - Berita Harian
Program bantuan makanan pastikan keperluan asas mahasiswa dibela | Berita Harian
KEPERLUAN memperkukuh agenda kebajikan pelajar menjadi semakin signifikan ketika negara memasuki musim pendaftaran kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT).
12/06/2026
Perasmian Penutup UniMAP FutureX 2026: Future Young Leaders dan Perasmian Festival TVET@UniMAP oleh Naib Canselor UniMAP. Tahniah kepada pemenang-pemenang Postgraduate Colloquium dan Carnival Ai. Tahniah Semua🫶🏻🫶🏻
11/06/2026
UniMAP FutureX 2026 Tarik Lebih 3000 Pengunjung
Hari ini, UniMAP FutureX 2026 berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti menarik menerusi program Karnival Kerjaya, Inspirasi Varsiti, Postgraduate Colloquium dan Karnival AI.
Program ini berjaya menarik kehadiran lebih 400 pengunjung yang terdiri daripada pelajar dan guru dari sekolah-sekolah sekitar Perlis. Para pengunjung berpeluang meneroka dunia pendidikan tinggi, penyelidikan serta teknologi terkini melalui pelbagai pameran, perkongsian dan aktiviti interaktif yang disediakan.
Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga UniMAP FutureX terus menjadi platform yang memberi inspirasi kepada generasi muda untuk meneroka peluang pendidikan dan kerjaya masa hadapan.
11/06/2026
UniMAP FutureX Perkasa Generasi Pemimpin Masa Hadapan - Jendela Madani
UniMAP FutureX Perkasa Generasi Pemimpin Masa Hadapan - JENDELA MADANI
Wartawan JM10 JUN 2026 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memperkukuh peranannya sebagai peneraju pembangunan bakat masa hadapan menerusi penganjuran UniMAP FutureX: Future Young Leaders, sebuah inisiatif strategik yang menghimpunkan pelajar sekolah, mahasiswa, pelajar pascasiswazah, graduan....