16/10/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
Pedas, 12 September 2026 โ Balai Polis Pedas telah hadir bagi Program Pertandingan Silat Gelut Harimau Negeri Sembilan bertempat di Telapak Rumbawe, Sepri, Pedas yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gerak Harimau Jambi Negeri Sembilan.
SM Noor Azillah Binti Johari, Ketua Polis Balai Pedas bersama tiga (3) PRP Balai Polis Pedas turut hadir bagi memantau perjalanan program yang disertai kira-kira 150 orang peserta dan pengunjung. Antara yang terlibat adalah Setiausaha Persatuan Silat serta guru-guru silat dan peserta dari Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Kehadiran warga Balai Polis Pedas merupakan salah satu usaha PDRM dalam memantau aktiviti masyarakat serta menjalinkan hubungan baik dengan pihak penganjur dan komuniti setempat. Pihak polis turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang serta objektif persatuan tersebut.
Pertandingan ini merupakan acara tahunan dan Daerah Rembau menjadi tuan rumah bagi kejohanan pada tahun ini. Program telah berlangsung dengan lancar. Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran PDRM dalam program tersebut.