24/10/2026
๐ CERAMAH JENAYAH SIBER DAN EDARAN RISALAH PENCEGAHAN JENAYAH KOMERSIL SEMPENA PROGRAM MESRA KOMUNITI DI MASJID SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUALA PAHANG
PEKAN, 24 Oktober 2026 (Sabtu) โ Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan telah menganjurkan Ceramah Jenayah Siber dan Edaran Risalah Pencegahan Jenayah Komersil sempena Program Mesra Komuniti yang berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Pahang, Pekan.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai ancaman jenayah komersil, terutamanya kes penipuan dalam talian (online scam) yang kian berleluasa. Di samping itu, ia memberi pendedahan tentang langkah-langkah proaktif bagi mengelakkan orang ramai daripada menjadi mangsa sindiket penipuan.
Sesi ceramah dan hebahan pencegahan jenayah tersebut telah disampaikan oleh Insp. Nazratul Awadah binti Bakar, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (KBSJKD) Pekan bersama L/Kpl Intan Nadiya binti Ismail (BSJKD Pekan).
Antara pengisian utama program termasuklah penerangan terperinci mengenai pelbagai modus operandi penipuan semasa seperti:
๐น Penipuan Pelaburan (Investment Scam)
๐น Pinjaman Tidak Wujud (Non-Existent Loan)
๐น Parcel Scam & Love Scam
๐น Penipuan Taktik Iklan Palsu di Media Sosial
Masyarakat diingatkan supaya sentiasa berwaspada, tidak mudah terpedaya dengan tawaran manis atau mencurigakan, serta sentiasa membuat semakan atau mendapatkan nasihat daripada pihak bank sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan dalam jumlah yang besar.
Turut dikongsikan adalah saluran rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM untuk kemudahan orang ramai membuat semakan dan mendapatkan bantuan:
๐ CCID Scam Response Center: 03-2610 1559 / 03-2610 1599
๐ฑ CCID Infoline (WhatsApp sahaja): 013-211 1222
๐ Portal Semak Mule: https://semakmule.rmp.gov.my
๐ฒ Facebook Rasmi: JSJKPDRM & CyberCrimeAlertRMP
Program ini turut dimanfaatkan dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Saberi bin Nazar (Pengerusi Masjid Sultan Haji Ahmad Shah), 20 orang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid serta kira-kira 130 orang penduduk sekitar Kampung Kuala Pahang.
Pihak IPD Pekan berharap agar perkongsian ilmu ini dapat membantu masyarakat mengenali taktik penipuan siber seterusnya mengambil langkah pencegahan awal bagi melindungi diri, keluarga dan harta benda.
"JANGAN MUDAH PERCAYA, SENTIASA BERWASPADA DAN SEMAK SEBELUM TRANSAKSI!"