26/09/2026
🐟 PROGRAM PENGUKUHAN SIRI Ke 2/2026 KUMPULAN SASAR DAN KOMUNITI DAERAH DUNGUN
DUNGUN, TERENGGANU
Khamis 24 september 2026 Dewan Sivik kg Seberang Pintasan. Pejabat Perikanan Daerah Dungun telah menganjurkan Program Pengukuhan Kumpulan Sasar dan Komuniti Daerah Dungun sebagai salah satu usaha memperkukuh hubungan serta kerjasama antara jabatan dengan komuniti nelayan dan kumpulan sasar sektor perikanan di daerah Dungun.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Abd Halim bin Mat Noor, Ketua Daerah Perikanan Dungun, diikuti ucapan perasmian oleh Encik Pang Anak Yukang, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu.
Turut diadakan taklimat daripada Puan Faridah binti Mohd, Pegawai Agrobank Cawangan Dungun yang memberikan penerangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan kewangan yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti nelayan.
Peserta juga diberi pendedahan mengenai aspek keselamatan nelayan melalui taklimat yang disampaikan oleh Encik Muhamad Amirul Siddiq bin Abdul Rashid, Pegawai Institut Perikanan Malaysia, FRI Rantau Abang. Taklimat ini memberi penekanan terhadap kepentingan pengetahuan, persediaan dan amalan keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut.
Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada komuniti nelayan, turut diadakan penyampaian touch point kepada tujuh (7) orang nelayan .
Selain itu, kit keselamatan turut disampaikan kepada Ketua Jaringan Perikanan sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan aspek keselamatan dalam kalangan komuniti perikanan.
Program ini diharap dapat menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama, menyampaikan maklumat serta mengenal pasti keperluan kumpulan sasar, di samping memastikan komuniti nelayan sentiasa mendapat sokongan dan manfaat daripada perkhidmatan serta inisiatif yang disediakan.
“Bersamag Memperkasa Komuniti Perikanan, Demi Kelestarian Sektor Perikanan.” 🐟🌊