23/10/2026
Minda Kreatif Sasterawan Negara: Menghayati Karya dan Pemikiran Datoโ Dr. Zurinah Hassan
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang (PPAPP) telah menganjurkan program Minda Kreatif Sasterawan Negara pada 23 Oktober 2026 (Jumaat), pukul 9.00 pagi, bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, bersempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan 2026.
Program ini menampilkan Sasterawan Negara, Yang Berbahagia Datoโ Dr. Zurinah binti Hassan sebagai ahli panel, manakala Encik Ahmad Sayuti bin Mohd Yusob dari DBP Wilayah Utara sebagai moderator.
Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Abang Haliman bin Abang Julai, Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera DBP, Puan Hajah Norlina binti Haji Ahmad, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, serta Encik Sharrul Rizal bin Hashim, Pengarah DBP Wilayah Utara.
Program ini menjadi wadah untuk mendekatkan masyarakat dengan karya, pemikiran dan sumbangan Sasterawan Negara serta mengenali dunia kepengarangan dan proses kreatif yang mendasari penghasilan karya sastera.
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap kesusasteraan tanah air, menyuburkan minat membaca dan memperkukuh kecintaan terhadap bahasa serta persuratan kebangsaan.