Assalamualaikum wbt..
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, *Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis* ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja UiTM Cawangan Perlis yang dihormati.
Tepian paya nuri merata,
Kicau selesa ke tanah himpun,
Di pagi raya bermaafan kita,
Segala dosa moga diampun.
Salam Aidilfitri 1447H.
Maaf Zahir dan Batin
Staf semua nampak ayu & segak…
Tapi perangai? Tunggu teaser habis dulu 😂
Pentadbiran Universiti Teknologi MARA Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pentadbiran Universiti Teknologi MARA Perlis, UiTM, Perlis.
20/03/2026
Assalamualaikum wbt..
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, *Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis* ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga kerja UiTM Cawangan Perlis yang dihormati.
Tepian paya nuri merata,
Kicau selesa ke tanah himpun,
Di pagi raya bermaafan kita,
Segala dosa moga diampun.
Salam Aidilfitri 1447H.
Maaf Zahir dan Batin
16/03/2026
Sesi penyerahan duit raya telah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kanan (Bahagian Pentadbiran), Encik Mohd Khairul Bin Ab Razak kepada Nur Batrisyia Qistina Binti Zulkarnain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian) yang sedang menjalani latihan industri di Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis.
Sumbangan duit raya ini merupakan tanda penghargaan serta sokongan kepada pelajar yang sedang menimba pengalaman melalui latihan industri, di samping menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan Aidilfitri dalam suasana penuh kemesraan dan kekeluargaan. 🌙✨
Semoga pemberian ini dapat menceriakan sambutan Hari Raya serta menjadi kenangan manis sepanjang menjalani latihan industri di UiTM Cawangan Perlis. 🌸
16/03/2026
Pada 16 Mac 2026, telah berlangsung Majlis Sumbangan Bakul Raya kepada anggota Polis Bantuan UiTM Cawangan Perlis. Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada anggota Polis Bantuan yang tetap menjalankan tugas sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 demi memastikan keselamatan serta ketenteraman kawasan **Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis sentiasa terpelihara.
Sumbangan bakul raya tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Ahmad Nizan Bin Mat Noor, selaku Rektor **Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis serta diiringi oleh Timbalan Pendaftar Kanan UiTM Cawangan Perlis, Encik Mohd Khairul Bin Ab Razak.
Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan universiti dalam menghargai jasa serta pengorbanan anggota Polis Bantuan yang terus berkhidmat, khususnya pada musim perayaan, demi menjamin keselamatan dan kesejahteraan seluruh warga kampus.
06/03/2026
Selamat Datang ke Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis
Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis mengucapkan selamat datang kepada Nur Batrisyia Qistina Binti Zulkarnain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian) bagi menjalani Latihan Industri di Bahagian Pentadbiran bermula 06 Mac 2026.
Semoga tempoh latihan ini memberi pengalaman yang bermakna, meningkatkan kemahiran serta menjadi platform pembelajaran yang bermanfaat untuk masa hadapan.
Selamat maju jaya dan semoga berjaya!
03/03/2026
Pada 3 Mac 2026, telah berlangsung satu kursus bertajuk “Design Smarter with Canva AI: From Ideas to Visuals” yang dianjurkan oleh Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis. Program ini diadakan di Makmal Komputer, Perpustakaan Dato’ Jaafar Hassan 2 UiTM Cawangan Perlis, sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kemahiran reka bentuk digital dalam kalangan warga universiti.
Kursus ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam platform Canva bagi menghasilkan bahan visual yang lebih kreatif, menarik dan profesional. Peserta turut dibimbing bagaimana menukarkan idea kepada reka bentuk visual dengan lebih pantas dan efektif melalui pelbagai ciri pintar yang disediakan.
Secara keseluruhannya, penganjuran kursus ini berjaya memberi manfaat kepada peserta dalam memperkasa kemahiran digital serta menyokong usaha transformasi ke arah persekitaran kerja dan pembelajaran yang lebih inovatif dan berdaya saing.
08/02/2026
Pulau Pinang, 8 Februari 2026 – UiTM Cawangan Perlis menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik 2026 yang berlangsung di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang, melibatkan penyertaan pengurusan kanan dan warga pentadbiran kampus.
Bengkel ini melibatkan perbincangan menyeluruh, pertukaran idea serta penyelarasan strategi bagi memastikan perancangan yang mampan dan selari dengan aspirasi universiti.
Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Perlis telah berperanan sebagai urusetia yang menguruskan perjalanan bengkel secara sistematik dan berkesan, sekali gus menyumbang kepada kelancaran dan kejayaan penganjuran program ini.
02/02/2026
Pemakluman pertukaran dalaman staf Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri (PJI) ke Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar UiTM Cawangan Perlis Puan Azreen Binti Arman Ali yang berkuat kuasa 02 Februari 2026.
Pertukaran dalaman ini adalah selaras dengan keperluan organisasi serta bagi memperkukuhkan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan di unit terlibat.
Selamat Maju Jaya dan Terus Cemerlang Berkhidmat.
02/02/2026
Khamis, 29 Januari 2026, satu majlis penuh makna telah berlangsung di Tasik Ilham, UiTM Cawangan Perlis sebagai tanda penghargaan dan perpisahan buat staf pentadbiran serta unit pemandu.
Majlis ini diraikan khas untuk Encik Asmizi bin Yacob, Pembantu Khidmat Am, dan Puan Kamelia binti Kamis, Kerani Kanan, atas segala jasa, bakti dan khidmat setia yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dalam suasana mesra dan sarat kenangan, ucapan terima kasih dizahirkan dengan penuh rasa hormat dan penghargaan. Semoga segala jasa yang ditabur menjadi kenangan terindah dan terus dikenang.
02/02/2026
Selamat maju jaya diucapkan kepada Encik Asmizi Bin Yacob atas penempatan dan tugasan di tempat baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan atas segala usaha, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan Tuan di Bahagian Pentadbiran dan juga Unit Pemandu.
Semoga Tuan terus cemerlang dan berjaya dalam menjalankan amanah di tempat baharu.
02/02/2026
Selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Kamelia Binti Kamis atas penempatan dan tugasan di tempat baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan atas segala usaha, komitmen serta kerjasama yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan Puan di Bahagian Pentadbiran.
Semoga Puan terus cemerlang dan berjaya dalam menjalankan amanah di tempat baharu.
22/01/2026
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Azmee bin Munir atas khidmat bakti dan sumbangan sepanjang tempoh perkhidmatan di Unit Ladang, UiTM Cawangan Perlis.
Beliau kini telah berpindah ke UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka bermula 02 Januari 2026.
Semoga terus maju dan sukses dalam amanah baharu yang dipikul.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Culinary Team
Attire
Website
Address
Perlis
02600
