07/08/2026
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KURSUS PENGURUSAN SPA
07 Ogos 2026 ll MyAngkasa Academy & Resort, Langkawi, Kedah.
Terima kasih diucapkan atas kehadiran En.Mohamad Hairi bin Salim, Timbalan Pengarah ( Pembangunan), Pejabat MARA Negeri Perlis kerana sudi hadir merasmikan penutupan Kursus Pengurusan SPA yang dihadiri seramai 30 orang peserta dalam bidang spa & wellness.
Rangkuman ucapan beliau memberikan semangat kepada semua peserta agar lebih komited, berdaya saing dan kempetitif dalam bidang industri spa. Selain itu beliau menekankan skim- skim kemudahan MARA dan juga konteks 3P - MARA iaitu penyertaan, penglibatan dan penguasaan bumiputera di dalam ekosistem keusahawanan.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta kerana berjaya menamatkan kursus dengan jayanya.