Nak jadi sukarelawan pilihanraya? Banyak benda kita boleh belajar sama-sama, pm terus kami sekarang.
Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya
Angkatan Muda Keadilan Cabang Petaling Jaya 2025-2028
Ketua: Sausdara Nabil Halimi
Timb.
Ketua: Saudara Shah Rezza
Naib: Saudari Nur Hafizah Noslan
Channel Rasmi Whatsapp AMK PJ
https://chat.whatsapp.com/I1UNOtFUSbW6NM0CcyMdR8
02/05/2026
12/04/2026
Jemputan terbuka kepada semua 🎉
Sempena sambutan Aidilfitri, Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya ingin menjemput seluruh warga Petaling Jaya dan kawasan sekitar untuk hadir memeriahkan:
Rumah Terbuka Aidilfitri 2026
📅 18 April 2026
🕗 8.00 malam
📍 Dewan Masyarakat Sri Manja
Pelbagai juadah disediakan, ruang santai bersama pimpinan, dan peluang untuk mengeratkan silaturrahim sesama komuniti.
Ayuh hadir bersama keluarga dan rakan-rakan! 🤝✨
01/04/2026
Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda Keadilan Cabang Petaling Jaya bakal menghimpunkan suara, idea dan komitmen anak muda untuk terus menggerakkan perubahan.
📍 Dewan Masyarakat Sri Manja
📅 18 April 2026
⏰ 8.00 malam
Ayuh hadir, bersama kita perkasakan gerak kerja dan peranan anak muda di Petaling Jaya.
20/03/2026
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
MAAF ZAHIR DAN BATIN ✨
Ikhlas daripada:
Angkatan Muda KEADILAN
Petaling Jaya
Icu RCI adalah antara topik panas yang ditanya rakan-rakan AMK PJ semasa moreh anak muda bersama Kamil Munim Rabu lepas.
Komen untuk part 2.
27/02/2026
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, kami dari Angkatan Muda Keadilan Petaling Jaya telah turun padang ke kawasan Seri Setia untuk mengedarkan limau dan kalendar kepada penduduk setempat.
Limau membawa simbol kemakmuran dan tuah dan kami bawakan sekali semangat muhibah, perpaduan serta komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang.
Dalam masa yang sama, ini juga peluang untuk kami memperkenalkan AMK PJ serta Nabil Halimi, Ketua AMK PJ merangkap Ahli Majlis Zon 21 yang baharu kepada komuniti setempat.
Terima kasih atas sambutan yang begitu mesra. Semoga tahun ini membawa lebih banyak rezeki, kesihatan dan kebahagiaan buat semua.
Gong Xi Fa Cai! 🧧🍊
AnakMudaBersamaRakyat
LAWATAN KE PARLIMEN | AMK PETALING JAYA
Biro Dasar, Pendidikan Politik dan Kesedaran Demokrasi AMK Petaling Jaya telah menganjurkan lawatan ke Parlimen bersama anak muda dan mahasiswa yang diketuai oleh Naib Ketua AMK PJ, Saudari Hafizah Noslan ().
Lawatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada anak muda mengenai proses legislatif serta peranan wakil rakyat di peringkat Persekutuan. Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan wakil-wakil rakyat, antaranya YB Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Lew Chean Chung, Ahli Parlimen Petaling Jaya, YB Tan Har King, Ahli Parlimen Gopeng dan YB Jimmy Puah Wee Tse merangkap Ahli Parlimen Tebrau.
Inisiatif ini selaras dengan komitmen AMK Petaling Jaya dalam memperkukuh kefahaman politik dan demokrasi dalam kalangan belia, agar lebih peka dan terlibat dalam urus tadbir negara.
