Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan

Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan

Share

Ikuti laman Facebook Perajurit untuk artikel eksklusif dan berita terkini.

06/05/2026

ISU PEMBEKALAN NSM BAGI LCS TLDM:
MALAYSIA GUNA SALURAN DIPLOMATIK DENGAN NORWAY

Menteri Pertahanan Khaled Nordin dan Kementerian Pertahanan Malaysia mengambil maklum laporan yang disiarkan oleh portal Malaysia Defence berhubung isu pembekalan peluru berpandu Naval Strike Missile (NSM) melibatkan syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA), Norway.

Untuk makluman, Kementerian Pertahanan sememangnya mempunyai kontrak perolehan dengan pihak KDA bagi pembekalan peluru berpandu NSM untuk melengkapkan keupayaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kementerian juga mengambil perhatian terhadap perubahan pendirian Kerajaan Norway berkaitan kelulusan eksport pertahanan yang memberi kesan kepada pelaksanaan kontrak berkenaan.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia akan menggunakan saluran diplomatik dengan Kerajaan Norway bagi mendapatkan penjelasan lanjut serta membincangkan langkah yang sewajarnya demi menjaga kepentingan negara.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pertahanan akan terus memastikan kesiapsiagaan dan keperluan strategik pertahanan negara tidak terjejas, di samping mengekalkan hubungan dua hala Malaysia dan Norway yang telah sekian lama terjalin dengan baik.

Sebarang tindakan susulan akan dibuat secara teliti dan berpandukan kepentingan strategik negara.

Photos from Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's post 03/05/2026

Hari Terbuka Armada Tentera Laut Diraja Malaysia berlangsung sepanjang Mei 1-3 dengan pelbagai aktiviti termasuk demonstrasi anti-rampasan kapal dan menyelamat tebusan, pertunjukan payung terjun, lawatan kapal, demonstrasi keupayaan bot tempur dan lain-lain.

Antara tarikan pengunjung ke Pangkalan Lumut termasuk kapal tempur pesisir kelas -Maharaja Lela (Littoral Combat Ship)(LCS) yang baru memulakan ujian laut dengan Lumut Naval Shipyard.

Markas Pemerintahan Armada Barat

Photos from Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's post 30/04/2026

MAJLIS TRANSFER OF AUTHORITY (TOA) MISI ASEAN OBSERVER TEAM
(AOT) KEMBOJA-THAILAND ANTARA MALAYSIA DAN FILIPINA

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT) Jeneral Datuk Haji Malek Razak bin Sulaiman hari ini menyempurnakan Majlis Handing Over Taking Over (HOTO) serta Transfer of Authority (TOA) Misi ASEAN Observer Team (AOT) Kemboja-Thailand melibatkan Malaysia dan Filipina bertempat di Bangunan GHQ Kem General Emilio Aguinaldo, Manila, Filipina.

Majlis tersebut menandakan penyerahan rasmi tanggungjawab kepimpinan misi AOT daripada Malaysia kepada Filipina selari dengan pelantikan negara tersebut sebagai Pengerusi ASEAN bagi tahun 2026. Acara signifikan tersebut merupakan sebahagian daripada kerangka lawatan rasmi beliau ke Filipina yang berlangsung bermula 29 April hingga 1 Mei 2026.

Sejarah Penubuhan Dan Evolusi AOT
Misi AOT ditubuhkan sebagai mekanisme pemerhatian keamanan bagi memantau gencatan senjata di kawasan sempadan 817 kilometer yang sering bergolak. Sejarah penubuhannya bermula secara rasmi pada 10 September 2025 di Kemboja sebagai Interim Observer Team (IOT) ekoran krisis sempadan yang memerlukan campur tangan diplomatik segera.

Fasa awal tersebut melibatkan penyertaan daripada empat negara anggota iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Kerangka operasi misi seterusnya diperkukuh melalui Terms of Reference (TOR) yang dimuktamadkan pada 23 Oktober 2025 bagi menjamin ketelusan sikap berkecuali dan integriti pemerhatian yang mutlak.

Evolusi strategik ini membawa kepada penubuhan AOT yang menyaksikan pengembangan penyertaan melibatkan negara Laos, Brunei dan Vietnam bagi melaksanakan misi pemerhatian yang lebih menyeluruh.

Kepimpinan Malaysia Dalam AOT
Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memainkan peranan penting sebagai fasilitator dan koordinator bagi memastikan setiap negara anggota menghormati perjanjian keamanan yang telah ditandatangani. Sepanjang tempoh kepimpinan Malaysia, ATM telah menterjemah standard profesionalisme yang tinggi serta dedikasi berterusan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan misi di lapangan.

ATM menzahirkan keyakinan penuh terhadap keupayaan Filipina dalam meneruskan mandat ini dengan cemerlang selaras dengan semangat kesepaduan ASEAN. Usaha ini merupakan cerminan iltizam ASEAN dalam mengekalkan kestabilan dan keyakinan bersama di rantau ini.

Malaysia kekal komited untuk menyalurkan sokongan berterusan dari segi kepakaran, sumber dan kerjasama strategik bagi memastikan kejayaan misi secara menyeluruh.

Pemeliharaan hubungan diplomatik dan keamanan serantau kekal menjadi keutamaan mutlak bagi memastikan kesejahteraan bersama terus terpelihara.

Mobile uploads 26/04/2026

Barang rare tu, short barrel M4. Mungkin CQBR?

Photos 25/04/2026

Helikopter penyerang T-129 ATAK milik Philippine Air Force, adakah ini platform yang patut dipertimbangkan sekiranya keperluan helikopter penyerang PUTD diteruskan?

A T-129 Atak helicopter of the PAF is prepositioned before the conduct of simulated Close Air Support (SIMCAS) as part of Sanay Punglo IV-2026 on April 20–23, 2026, at Colonel Ernesto Ravina Air Base, Capas, Tarlac.

Photos from Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's post 23/04/2026

Menarik, Lockheed Martin secara agak rasmi menyatakan hasrat menjual C-130J Super Hercules kepada Malaysia? Selain Lockheed Martin, Embraer turut mempromosikan KC-390/C-390 Millenium mereka manakala Airbus juga masih sedia membekalkan A400M dan juga C295 sekiranya keperluannya ada. Yang dipamerkan termasuk C295 MSA (Maritime Surveillance Aircraft) yang juga ditawarkan kepada Malaysia sejak beberapa tahun lepas untuk program Maritime Patrol Aircraft (MPA) Malaysia, tetapi varian kargo C295 masih ditawarkan oleh Airbus sebagai gandingan yang sesuai bersama A400M.

Photos 22/04/2026

Pesawat FA-50M Tentera Udara Diraja Malaysia pertama!!

Photos from Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's post 12/04/2026

Advanced Defence Systems (ADS) dengan kerjasama rakan strategiknya Thales berjaya melaksanakan demonstrasi sistem radio HF XL di Kementerian Pertahanan Malaysia, menonjolkan keupayaan komunikasinya untuk memenuhi keperluan pertahanan dan keselamatan moden.

Peralatan yang diperkenalkan ialah sistem radio taktikal HF XL 400W yang dikeluarkan oleh Thales dan dikonfigurasikan sebagai stesen dengan antena ANT 308. Demonstrasi itu menunjukkan keupayaan komunikasi jarak jauh radio taktikal HF XL generasi baru itu, di mana 113 unit daripadanya bakal diguna pakai oleh Tentera Darat Malaysia. Sistem radio ini mampu menghantar data dengan selamat dan menyokong penstriman video langsung sambil menyampaikan kadar data sehingga 10 kali ganda lebih tinggi daripada sistem HF konvensional, memastikan komunikasi jarak jauh yang berdaya tahan sehingga 10,000km selain daya tahan gangguan.

Demonstrasi tersebut mempamerkan prestasi komunikasi jarak jauh Radio HF XL, kebolehpercayaan dalam persekitaran yang mencabar dan ciri penghantaran data yang selamat. Sistem ini direka bentuk untuk menyokong komunikasi beyond-line-of-sight (BLOS), menjadikannya alat yang penting untuk operasi ketenteraan, tindak balas bencana dan sambungan jarak jauh., tindak balas bencana dan sambungan jarak jauh.

Demonstrasi mengambil tempat di tiga lokasi serentak dengan satu radio 400W HF XL di Kuala Lumpur dan di Kota Kinabalu, Sabah manakala satu unit 125W HF XL bertempat di Lumut, Perak. Demonstrasi langsung itu disiarkan di antara ketiga-tiga lokasi tersebut. Semasa sesi tersebut, gambaran keseluruhan berkenaan ciri-ciri utama radio tersebut, termasuk reka bentuk, kemudahan penggunaan dan kebolehsuaian kepada pelbagai senario operasi. Radio Thales HF XL menunjukkan komunikasi suara dan data yang stabil merentasi jarak yang jauh, walaupun dalam keadaan rupa bumi yang mencabar dan cuaca buruk.

“Demonstrasi bersama ini mempamerkan kepakaran Thales dalam komunikasi radio taktikal di Malaysia selama lebih 30 tahun ini. Kami berterima kasih atas sokongan rakan kongsi yang kukuh seperti ADS dan kepercayaan terhadap teknologi kami daripada Angkatan Tentera Malaysia(ATM)”, kata Pengarah Urusan Thales di Malaysia dan Brunei, Florian Riou.

“Demonstrasi radio HF XL menandakan yang pertama seumpamanya di rantau ini, mempamerkan teknologi baharu yang canggih ini. Ia juga berfungsi sebagai sandaran yang andal untuk komunikasi satelit, memastikan sambungan yang berterusan dan berdaya tahan dalam operasi kritikal”, kata Pengarah Pembangunan Perniagaan ADS, Leftenan Kolonel (B) Shane Chin.

Tentera Darat Malaysia (TDM) menganugerahkan Thales kontrak untuk 113 unit radio HF XL dalam konfigurasi yang dipasang pada kenderaan termasuk radio, penguat dan antena pada September 2025. Dengan itu, Malaysia menjadi pelanggan eksport pertama sistem tersebut dan negara pertama di Asia yang memperolehnya.

Radio ini membekalkan kelebihan penuh HF, termasuk penghantaran yang selamat, kos operasi yang rendah dan liputan jarak jauh di kawasan terpencil atau persekitaran yang kurang mendapat perkhidmatan satelit. Ia meningkatkan daya tahan terhadap kesesakan dan membolehkan pemindahan fail data besar seperti imej dan penstriman video.

Radio HF XL Thales ini boleh digunakan dengan radio sedia ada dalam inventori Tentera Darat, rangkaian lengkap stesen radio TRC 3900 HF XL juga termasuk penyelesaian manpack 20W untuk keperluan mudah alih pasukan autonomi jarak jauh sehingga 1000km, serta penyelesaian radio 400 W & 1KW, yang membolehkan pos arahan yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ibupejabat dan dengan unit lain di kawasan terpencil teater operasi dalam jarak sehingga 5,000km.

Photos from Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's post 05/04/2026

Tentera Darat Malaysia menyambut hari ulang tahun ke-93 dengan Perbarisan Hari Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi.

Untuk pemodenan pasukan darat, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Azhan menekankan ‘Kemahuan Untuk Menang’ bagi menangani perubahan kini.

“Kita tidak lagi boleh selesa dengan doktrin yang lama. Angkatan masa hadapan tidak akan lahir daripada zon selesa. Berpaksikan keberanian untuk berubah, Tentera Darat harus bergerak dan berevolusi”.

Dengan itu, tahun ini sehingga 2030 menjadi masa yang kritikal untuk Angkatan Tentera Malaysia bagi memodenkan cabang-cabang perkhidmatan untuk menghadapi cabaran geopolitik serantau dan dunia.

PTD Datuk Jen Azhan turut berkata bahawa Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) bakal menerima 4 buah helikopter Leonardo AW149 melalui program sewaan 2024 dan juga bakal menerima 4 buah helikopter tambahan melalui tender sewaan yang dibuka semula. Tender baharu itu bersusulan kegagalan kontraktor terdahulu dalam penyerahan 4 buah helikopter Black Hawk untuk sewaan.

Selain itu, program Self-Propelled Howitzer (SPH) 155mm juga dalam proses dan berjalan lancar. Keputusan akhir berkemungkinan besar akan diketahui semasa pameran Defence Services Asia pada pertengahan bulan ini.

Photos from Majalah Perajurit - Penjana Pemikiran Pertahanan's post 05/04/2026

Sedutan dari Open Ship Visit HTMS Angthong dan HTMS Prachuap Khiri Khan Royal Thai Navy di Swettenham Pier Cruise Terminal, Pulau Pinang pada April 2.

HTMS Angthong merupakan kapal amfibia Landing Platform Dock (LPD) RTN yang dibina oleh ST Engineering Singapura. Kapal tersebut berdasarkan reka bentuk kelas-Endurance yang dalam perkhidmatan Republic of Singapore Navy (RSN).

HTMS Angthong mampu mengoperasikan sebanyak 2 buah helikopter medium dan mengangkut anggota marin, kenderaan, serta landing craft. Kapal ini dibeli untuk menyokong operasi-operasi humanitarian assistance and disaster relief (HADR), dan bersenjatakan meriam 76mm, meriam berantai M242 25mm dan heavy machine gun (HMG) 12.7mm.

HTMS Prachuap Khiri Khan p**a kapal Offshore Patrol Vessel (OPV) kelas-Krabi yang berdasarkan kelas-River Royal Navy dan dibina oleh syarikat tempatan bersama BAE Systems UK.

Antara persenjataan atas HTMS Prachuap Khiri Khan termasuk misil anti-kapal RGM-84 Harpoon, meriam 76mm, meriam 30mm dan juga HMG 12.7mm.

04/04/2026

TUSAS ANKA TUDM melaksanakan penerbangan pertamanya!

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Phileo Damansara 1
Petaling Jaya
46350

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:00
Tuesday 09:00 - 05:00
Wednesday 09:00 - 05:00
Thursday 09:00 - 05:00
Friday 09:00 - 05:00