Parti Wawasan Negara - Selangor

Website

Parti Wawasan Negara - Selangor We are a unity supportive party that accepts all Malaysians! No matter race or religion, you are welcome to join us.

Join us to make a difference in building a united and better Malaysia.

Berpendapatan progesif akan memajukan Negara….
09/09/2026

Berpendapatan progesif akan memajukan Negara….

Beliau berkata, penyertaan pemimpin bukan Melayu dalam sesebuah gabungan politik tidak seharusnya bersifat simbolik semata-mata, sebaliknya perlu disertai ruang dan pengaruh dalam membuat keputusan penting kerajaan.

Selamat Hari Kebangsaan!!!
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan!!!

PERUTUSAN MERDEKA KETUA PEMBANGKANG.

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Tiada nikmat yang lebih besar selain menjadi bangsa merdeka, yang hidup harmoni dalam sebuah negara bebas dan berdaulat.

Bangsa merdeka berhak menentukan nasibnya sendiri, memilih jalannya sendiri dan membina masa depannya dengan tangan serta keyakinannya sendiri.

Generasi terdahulu telah berjuang dan berkorban, - dengan keringat, air mata dan darah mereka tumpahkan kepada pertiwi tercinta Malaysia , demi untuk menghadiahkan nikmat kemerdekaan ini.

Kita hanya ada Malaysia. Di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung, dengan penuh semangat dan nilai patriotisme.

Maka tugas generasi hari ini bukan sekadar mengenang perjuangan lalu, tetapi lebih penting ialah bagaimana mengisi erti kemerdekaan agar terus subur dalam sanubari kehidupan setiap rakyat.

Tanggungjawab kita hari ini ialah memastikan negara ini menjadi lebih baik untuk anak cucu kita.

Dunia sedang berubah. Teknologi mengubah pekerjaan. Ekonomi dunia makin kompetitif. Anak cucu kita akan hidup dalam dunia yang jauh berbeza daripada dunia yang kita kenal hari ini.

Kalau rakyat berpecah, tidak mungkin kita dapat melangkah jauh ke hadapan.

Sebab itulah kita memerlukan satu semangat baharu, - RESET nasional.

RESET cara kita berpolitik. RESET cara kita mengurus ekonomi dan RESET cara kita membina masa depan negara. Formula lama harus di ubah untuk menghadapi cabaran baharu.

Kita lahirkan Malaysia maju yang kekal berjiwa merdeka. Malaysia moden yang sarat dengan nilai manusiawi dan Malaysia yang dihormati dunia, walaupun berbeza warna kulit, agama dan budaya tetapi kekal harmoni sepanjang masa.

Siapa pun kita, - Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah Sarawak serta lain-lain bangsa, - kita semua berada dalam perahu yang sama.

Bagi mencapai destinasi yang lebih baik, jangan ada di antara kita yang mendayung ke arah yang berbeza.

Kita mesti bersatu menempuh badai dan gelora bersama, menempuh apa jua rintangan melanda menuju Konsensus Nasional, with a common goal, to build this nation together.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan.

It’s official!!
14/07/2026

It’s official!!

Rasmi - Parti Wawasan Negara. ✔️✔️

Support!! We are getting ready!!
08/07/2026

Support!! We are getting ready!!

PARTI WAWASAN NEGARA BERI TUMPUAN KEPADA PRN NEGERI SEMBILAN

Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan WAWASAN akan menyertai PRN Negeri Sembilan meskipun tidak menyertai PRN Johor.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor strategik serta keutamaan parti dalam memperkukuhkan organisasi dan memperluaskan sokongan rakyat di negeri-negeri yang menjadi fokus perjuangan WAWASAN.

Sehubungan itu, WAWASAN akan memberikan tumpuan penuh kepada persiapan menghadapi PRN Negeri Sembilan. Usaha memperkukuhkan jentera, memperluaskan keahlian dan mendekati rakyat akan dipergiat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

WAWASAN juga menyeru seluruh ahli dan penyokong agar terus memberikan komitmen, mengekalkan semangat perjuangan serta menghormati keputusan parti demi memastikan agenda perjuangan dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Parti ini yakin bahawa setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan kepentingan jangka panjang parti dan rakyat, selaras dengan matlamat membina sebuah Malaysia yang lebih stabil, bersatu dan sejahtera.

Woohooo…
26/06/2026

Woohooo…

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
Parti Wawasan Negara
25 Jun 2026

RUMUSAN SIDANG MEDIA YB DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN, PRESIDEN PARTI WAWASAN NEGARA

1. Parti Wawasan Negara dengan penuh syukur memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Perwakilan Parti Cinta Malaysia (PCM) telah berjaya dilaksanakan pada Sabtu, 20 Jun 2026, secara tertib dan mengikut sepenuhnya lunas perundangan yang berkuat kuasa.

2. Mesyuarat sebulat suara bersetuju menamakan semula parti ini sebagai “Parti Wawasan Negara” — satu nama yang mencerminkan semangat baru, visi yang lebih luas, dan komitmen kami kepada perpaduan rakyat Malaysia.

3. Kami merakamkan penghargaan ikhlas kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional atas kepercayaan menerima Wawasan Negara sebagai ahli keluarga PN.

4. Berhubung persoalan teknikal yang dibangkitkan sesetengah pihak mengenai kedudukan parti, kami ingin menegaskan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan dengan jelas bahawa keputusan dalaman sesebuah pertubuhan berdaftar — termasuk pelantikan pemegang jawatan dan keputusan perlembagaan — adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Peranan ROS p**a adalah mengemaskini daftar pertubuhan, bukan mempertikai atau membatalkan keputusan yang dibuat secara sah mengikut perlembagaan parti.

5. Kami tidak berhasrat melayan polemik yang sengaja dicipta untuk mengalihkan perhatian daripada perjuangan sebenar membela rakyat. Yang lebih penting ialah bagaimana kita bersama membina Malaysia yang lebih baik.

6. Mengenai PRN Johor, setelah meneliti keseluruhan keadaan dengan teliti dan penuh tanggungjawab, Wawasan Negara mengambil keputusan tidak bertanding dalam pilihan raya negeri ini. Kami melihat kepada gambaran yang lebih besar — demi kepentingan Perikatan Nasional dan persediaan menyeluruh menghadapi PRU-16.

7. Misi kami kekal jelas: menjadi wadah penyatuan rakyat dan jambatan kerjasama antara parti-parti yang berkongsi aspirasi Konsensus Nasional Baharu, iaitu kestabilan politik, perpaduan nasional, dan masa depan negara yang lebih cerah.

YB WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL
Ketua Penerangan,
Parti Wawasan Negara

26/06/2026

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Wawasan Negara - Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share