23/04/2026
Program Rondaan PDRM bersama KRT Seksyen 10 Petaling Jaya.
Petaling Jaya 23.04.2025 (Khamis) - Satu rondaan komuniti PDRM bersama KRT Seksyen 10 Petaling Jaya telah diadakan di kawasan Seksyen 10 Petaling Jaya.
Rondaan dihadiri oleh SM Abdul Rahman bin Sape iaitu SM Operasi Balai bersama anggota sektor dan beberapa KRT Seksyen 10 Petaling Jaya.
Rondaan diadakan bagi mencegah berlaku jenayah di kawasan berkenaan. Rondaan tersebut berjalan dengan lancar.
18/03/2026
Petaling Jaya 18/03/2026 (Rabu) Community Policing.
Perjumpaan Timbalan Ketua Polis Balai SI Yaacob bin Shariff bersama Pihak UOB Bank Petaling Jaya di Bilik Taklimat Balai Polis Petaling Jaya.
Turut hadir bersama SM Operasi Balai SM Abd Rahman bin Sape. Pertemuan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dengan pihak UOB Bank Petaling Jaya dengan pihak PDRM khususnya Balai Polis Petaling Jaya.
23/01/2026
Seorang wanita warga emas berusia lingkungan umur 70 tahun dijumpa oleh orang awam di kawasan Petaling Jaya dalam keadaan keliru. Apabila ditanya makcik ini tidak ingat tempat tinggalnya. Orang awam telah menghantar makcik ini ke Balai Polis Petaling Jaya. Mohon kepada sesiapa yang mengenali makcik ini atau keluarganya berhubung dengan KPB Petaling Jaya Insp S.Baalanaagan a/l Chanderan ditalian 014-8882388 atau Timbalan KPB Petaling Jaya SI Yaβacob bin Shariff ditalian 019-3890888 dengan kadar segera. Terima kasih.
12/01/2026
Petaling Jaya, 12 Jan 2026 (Isnin)
Lawatan KPB Petaling Jaya Insp. S. Baalanaagan a/l Chanderan selaku Pegawai Perhubungan Sekolah SMK Dato Harun bersama SM Raja Idrus Penolong Pegawai Perhubungan Sekolah telah hadir lawatan sempena program Back To School di hari pertama sesi persekolah.
Lawatan tersebut bertujuan meninjau kemudahan, tahap keselamatan serta kebajikan murid bagi memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan selamat, selesa dan kondusif selaras dengan keperluan semasa serta garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan padu dan kerjasama erat semua pihak dalam memastikan hari pertama persekolahan berjalan lancar, selamat dan teratur.
06/01/2026
Petaling Jaya, 6 Jan 2025 (Selasa)
SL 754 terserempak dengan sebuah m/kar yang berhenti di tepi Lebuhraya NPE (KM 49). Hasil pemeriksaan mendapati seorang perempuan berbangsa Cina yang merupakan pesakit penyakit barah tumor telah berasa pening dan tidak mampu meneruskan pemanduan m/kar miliknya.
SL 754 telah memberikan bantuan dengan membawa mangsa ke Hospital Beacon untuk menerima rawatan lanjut di hospital tersebut.
15/12/2025
Petaling Jaya, 15 Disember 2025 (Isnin) - Satu majlis bagi meraikan pertukaran anggota telah diadakan di Bilik Taklimat Balai Polis Petaling Jaya. Majlis meraikan Kpl Mohd Syahrul Fadzli bin Abdull Talib, Kpl Muhammad Hasbullah bin Abdul Karim dan L/Kpl Mohd Izzat bin Kamarul Zaman.
Majlis dihadiri oleh KPB Petaling Jaya Insp. S. Baalanaagan a/l Chanderan bersama Timbalan KPB SI Yaβacob bin Shariff dan anggota balai. KPB Petaling Jaya telah menyampaikan cenderahati kepada anggota bertukar bagi mengingati jasa dan khidmat mereka di balai.
&MasyarakatBerpisahTiada
07/12/2025
πππππππ ππππππ πππππππ KID LEARNING CENTRE TAMAN CONNAUGHT CHERAS ππ πππ πππππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππ
PETALING JAYA, 07 Disember 2025 (Ahad) β Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada murid-murid Kid Learning Centre dalam satu program yang berlangsung penuh ceria dan informatif.
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai tugas serta peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan dan ketenteraman masyarakat. Sepanjang program, para peserta telah dibawa melawat ke beberapa sudut di IPD Petaling Jaya termasuk bilik kawalan, peralatan operasi, serta kenderaan rondaan polis.
Turut diadakan sesi komunikasi bersama anggota polis yang memberikan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan asas, cara menghubungi polis ketika kecemasan dan kepentingan mematuhi undang-undang sejak usia muda. Kanak-kanak juga berpeluang melihat demontrasi ringkas penggunaan siren serta bergambar bersama anggota dan kenderaan jabatan.
Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara komuniti dan pihak polis, malah membantu memupuk rasa hormat dan keyakinan kanak-kanak terhadap peranan PDRM dalam menjaga keselamatan masyarakat.
28/11/2025
"Pada 28 November 2025, Inspektor S. Baalanaagan a/l Chanderan, Ketua Polis Balai Petaling Jaya, telah menjalankan lawatan mesra ke Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Datoβ Harun, Petaling Jaya. Lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak polis dan pihak sekolah serta menyampaikan mesej berkaitan keselamatan, disiplin pelajar, dan kepentingan kerjasama komuniti dalam menjaga keharmonian sekolah."
21/11/2025
SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MEDAN, PETALING JAYA
PETALING JAYA -21 Nov 2025 (Jumaat), SK Taman Medan Petaling Jaya telah menganjurkan Sambutan Hari Kanak-kanak. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Polis Balai Petaling Jaya Insp S. Baalanaagan a/l Chanderan. Turut hadir SM operasi balai SM Abd Rahman bin Sape, Pegawai Perhubungan Sekolah Sjn Denial.
Program diadakan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk memelihara hal dan masa depan kanak-kanak serta kerjaya yang mereka minati.
Selain itu, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat.
09/10/2025
ππππππππππ ππππππ πππππ πππππ ππππππ ππππππππ ππππ
Petaling Jaya, 09 Oktober 2025 (Khamis) - Balai Polis Petaling Jaya telah menganjurkan satu program bagi memperingati dan juga sebagai menghargai mantan pemimpin atau warga pesara PDRM yang telah banyak memberi jasa khidmat bakti sepanjang perkhidmatannya bersama PDRM.
Ketua Polis Balai Petaling Jaya Inspektor S. Baalanaagan a/l Chanderan bersama anggota telah meluangkan masa untuk berjumpa Kpl (B) Md Said bin Chatar di Bilik Taklimat Balai Polis Petaling Jaya.
Kpl (B) Md Said bin Chatar bersara dalam pasukan pada tahun 2023 dan tugas akhir beliau di Balai Polis Petaling Jaya.
Perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim perhubungan warga pesara PDRM dengan PDRM yang masih lagi berkhidmat.
Secara tidak langsung, program ini juga dapat juga mengenalpasti permasalahan dan memberi bantuan yang diperlukan oleh pesara-pesara PDRM yang telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan.
13/09/2025
*PROGRAM OSCAR BALAI POLIS PETALING JAYA BERSAMA PENDUDUK SRI MANJA SQUARE, PETALING JAYA*
Petaling Jaya, 12 September 2025 (Jumaat) - Balai Polis Petaling Jaya telah melaksanakan Program OSCAR bertempat di Restoran Burger King Taman Sri Manja Square, Petaling Jaya.
Program ini telah di hadirin oleh Insp S. Baalanaagan a/l Chanderan Ketua Polis Balai Petaling Jaya dan Insp Wan Ahmad Izhanzaki bin Wan Mansur Ketua Cawangan Pengangkutan IPD Petaling Jaya serta anggota Balai Polis Petaling Jaya bersama Pengerusi Persatuan Penduduk membincangkan isu-isu semasa di kawasan Taman Sri Manja Square