01/06/2026
Kami merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.), yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Kementerian Kewangan
12/05/2026
Kami membawakan perkhidmatan ePerolehan ke Electrical Engineering Exhibition & Conference 2026 yang berlangsung di Alor Setar, Kedah selama 2 hari sehingga esok, 12 Mei 2026.
Pameran ini menghimpunkan lebih 270 peserta terdiri daripada pengamal kejuruteraan elektrik, jurutera serta pemain industri sektor elektrik dari seluruh negara. Turut memeriahkan acara ialah kehadiran syarikat pembekal dan pengedar utama dalam industri elektrik.
Terima kasih kepada semua yang singgah mendapatkan info berkaitan pendaftaran M*F, sijil M*F dan lesen kewangan bersama ePerolehan. Jumpa anda di booth kami! 🔥⚙️ Commerce Dot Com Sdn Bhd