14/05/2026
Terbaikkkk πππ PLATSelangor
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Membantu Usahawan Mikro di Petaling Jaya untuk mengembangkan perniagaan mereka
14/05/2026
Terbaikkkk πππ PLATSelangor
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
12/05/2026
5 Mei 2026 - Sekitar Program Kursus Pemasaran Perniagaan Melalui AI anjuran MBPJ
βTerima kasih YB Tuan Mohd Najwan Halimi atas sokongan dan penekanan terhadap kepentingan latihan intensif berasaskan AI dalam memperkasa usahawan tempatan. Program Kursus Pemasaran Perniagaan Melalui AI anjuran MBPJ ini berjaya menghimpunkan 82 peserta dari pelbagai latar belakang dan lokasi dalam Negeri Selangor bagi meningkatkan kemahiran pemasaran digital, penggunaan teknologi AI dan daya saing perniagaan.
11/05/2026
π’ USAHAWAN PJ, JOM UPGRADE BISNES ANDA! π
Masih rekod jualan dalam buku? π€―
Jualan jalanβ¦ tapi untung tak nampak? π΅βπ«
Nak kira kos pun pening?
MBPJ bawakan 2 kursus PERCUMA khas untuk usahawan yang nak urus bisnes dengan lebih tersusun, mudah dan digital π»β¨
π₯ KURSUS USAHAWAN MEI 2026 π₯
π‘ Teknik Rekod Jualan Secara Digital
π
14 Mei 2026 (Khamis)
π΅ Pengurusan Kewangan β Pricing Method
π
20 Mei 2026 (Rabu)
β° 9.00 pagi β 5.00 petang
π Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ (Bertentangan stesen minyak Caltex)
β
Belajar kira kos & untung
β
Rekod jualan secara digital
β
Guna aplikasi rekod jualan
β
Pricing method yang betul
β
Sesuai untuk usahawan baru & berniaga online/offline
ποΈ PENYERTAAN PERCUMA
π² Scan QR code pada poster untuk daftar sekarang!
π΄ #6 | StudioBiz PLATS@PJ π΄
π’ TAJUK: Program e-Karnival (6 Mei 2026)
Bukan sekadar rakaman podcast biasa β sesi kali ini sarat dengan perkongsian bernilai untuk usahawan π₯
Bersama En. Syafiq (Duta PLATS), Coach Akmal dari Team Evoing dan En. Danial mewakili Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA), pelbagai topik penting telah dibincangkan secara terbuka dan praktikal, antaranya:
β¨ Realiti cabaran yang dihadapi peniaga mikro & SME di karnival
β¨ Cara mengurus booth, masa dan tenaga dengan lebih efektif
β¨ Pendekatan menarik perhatian pengunjung dan meningkatkan jualan
β¨ Peranan branding, etika serta komunikasi dalam membina kepercayaan pelanggan
Selain itu, turut diperkenalkan Program E-Karnival oleh Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA) sebagai inisiatif bimbingan untuk membantu usahawan lebih bersedia, tersusun dan berdaya saing. Boleh hubungi kami untuk pendaftaran.
π€ Tetamu Jemputan:
β¨ Encik Syafiq
Platform Selangor PLATSelangor
β¨ Coach Akmal Ilham
Jurulatih/Fasilitator Evoing
β¨ Encik Danial
Pertubuhan Kami Insan Tanah Air (KITA) Pertubuhan KITA
ποΈ Hos:
β¨ Encik Muhammad Azhar Bin Azman
Bahagian Perhubungan Usahawan
Jabatan Pelesenan, Pembangunan Perniagaan & Usahawan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
π Jangan lepaskan peluang untuk dengar sendiri pengalaman, strategi dan realiti sebenar dunia keusahawanan yang boleh jadi turning point untuk bisnes anda.
24/04/2026
Terima kasih datang ke studio kami π PLATSelangor
π΄ Produk cepat rosak? Jangka hayat produk pendek? π
Kalau produk makanan anda cepat rosak, sukar dipanjangkan tempoh hayat, atau anda nak tembusi pasaran lebih besarβ¦
π’ Jom sertai Kursus Teknologi Retort anjuran MBPJ!
β
Belajar panjangkan tempoh hayat produk
β
Fahami proses retort
β
Tingkatkan potensi produk ke pasaran lebih luas
π Dewan Ilmu, Perpustakaan Komuniti MBPJ (Sebelah Stadium Hoki MBPJ)
π
Esok | 22 April 2026 | 9.00 pagi β 5.00 petang
πΈ Percuma | Makanan disediakan
π― Tempat terhad. Daftar sekarang.
π΄ #5 | StudioBiz PLATS@PJ π΄
π’ TAJUK: Inspirasi Usahawan β Mohamad Azizul (Jijo Street Coffee)
Bagaimana seorang usahawan yang bermula menjual kopi di Mutiara Damansara mampu membina jenama sendiri dan meraih pengiktirafan usahawan digital?
Dalam episod StudioBiz PLATS@PJ kali ini, kami menampilkan kisah inspirasi daripada Mohamad Azizul, pengasas Jijo Street Coffee. Bermula daripada perniagaan kopi kecil, beliau kini dikenali sebagai usahawan yang berjaya membangunkan jenama dengan pendekatan digital dan inovatif.
Beliau juga merupakan Alumni Usahawan Berpotensi Petaling Jaya Batch 2024, selain pernah memenangi Anugerah Usahawan Mikro Digital di Malam Anugerah Platform Selangor (MAPS) 2024.
Saksikan perkongsian beliau tentang:
β¨ Perjalanan membina Jijo Street Coffee dari bawah
β¨ Cabaran membangunkan jenama dalam industri F&B
β¨ Strategi digital yang membantu bisnes berkembang
β¨ Pengalaman menyertai program pembangunan usahawan MBPJ
β¨ Tip dan inspirasi untuk usahawan yang baru bermula
π€ Tetamu Jemputan:
β¨ Encik Mohamad Azizul Bin Abdul Aziz
Pengasas produk Jijo Street Coffee Jijo Street Coffee
Jalan 7/3, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
ποΈ Hos:
β¨ Encik Muhammad Azhar Bin Azman
Bahagian Perhubungan Usahawan
Jabatan Pelesenan, Pembangunan Perniagaan & Usahawan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
π Jangan lepaskan peluang mendengar kisah inspirasi usahawan tempatan yang membuktikan bisnes kecil juga mampu berkembang dengan strategi, ilmu dan usaha.
π΄ #4 | StudioBiz PLATS@PJ π΄
π’ TAJUK: Inspirasi Usahawan β Selera Belanda
Bagaimana seorang usahawan yang bermula dengan berniaga nasi ayam belanda di tepi jalan mampu berkembang sehingga berjaya membuka restoran sendiri?
Dalam episod StudioBiz PLATS@PJ kali ini, kita menampilkan kisah inspirasi daripada Puan Farah Syazahani, pengasas kepada jenama Selera Belanda di Kayu Ara, Petaling Jaya. Bermula daripada perniagaan kecil, kini berjaya mengembangkan bisnes ke tahap yang lebih tinggi.
Beliau juga merupakan Alumni Usahawan Berpotensi Petaling Jaya Siri Ketiga (2024), yang membantu memperkukuh kemahiran dalam pemasaran, pengurusan perniagaan dan pembangunan jenama.
Saksikan perkongsian beliau tentang:
β¨ Perjalanan dari tepi jalan ke restoran sendiri
β¨ Cabaran dalam membangunkan perniagaan makanan
β¨ Pengalaman menyertai program pembangunan usahawan MBPJ
β¨ Tip dan inspirasi kepada usahawan yang baru bermula
π€ Tetamu Jemputan:
β¨ Puan Farah Syazahani Binti Azahari
Pengasas Restoran Selera Belanda Selera Belanda
ποΈ Hos:
β¨ Puan Noorhafifah Binti Abdul Latif
Pegawai Perhubungan Usahawan
Jabatan Pelesenan, Pembangunan Perniagaan & Usahawan
Majlis Bandaraya Petaling Jaya
π Jangan lepaskan peluang untuk mendengar kisah inspirasi usahawan tempatan yang berjaya mengembangkan perniagaan dari kecil hingga memiliki restoran sendiri.
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |