MAWEZ UA

MAWEZ UA

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MAWEZ UA, Government Organization, PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) UNIVERSITI PUTRA, Petaling Jaya.

Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dipengerusikan oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tahun 2024-2027

Photos from MAWEZ UA's post 15/01/2026

WAZAN UPM teroka peluang kerjasama Wakaf di Arab Saudi

Arab Saudi, 10 Januari 2026 – Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN), Universiti Putra Malaysia (UPM) selaku Pengerusi Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) telah berjaya mengadakan Lawatan Penanda Aras Wakaf ke Arab Saudi dari 6 hingga 9 Januari 2026. Lawatan ini dilaksanakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi, kerjasama koordinasi Kedutaan Malaysia di Riyadh serta persetujuan pihak berkuasa tempatan melalui Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur.

Lawatan penanda aras tersebut melibatkan beberapa agensi dan institusi wakaf terkemuka di Arab Saudi, iaitu The General Authority for Awqaf (AWQAF) di Riyadh, King Abdulaziz University Endowment (KAU Waqf) di Jeddah, serta University Endowments (Awqaf), Islamic University of Madinah.

Para delegasi turut berkesempatan mengadakan pertemuan dan mendengar taklimat khas yang disampaikan oleh Dr. Majed Alharthi, Executive Director, KAU Waqf bersama Dr. Khaled Omar Alfein, Director of Training Department, KAU Waqf di Jeddah. Taklimat tersebut memberi pendedahan mengenai sejarah penubuhan KAU Waqf yang bermula lebih 20 tahun lalu, hasil sumbangan wakaf awal oleh Sheikh Sulaiman, bahkan mendahului penubuhan agensi berautoriti wakaf di Arab Saudi.

Hasil kejayaan dan kepakaran yang dibangunkan, beberapa pegawai KAU Waqf turut dilantik berkhidmat di The General Authority for Awqaf (AWQAF) di Riyadh. Dari sudut pengurusan, KAU Waqf memberi tumpuan kepada pelaburan strategik dalam instrumen saham, sukuk serta sektor perniagaan, sekali gus berjaya menjana pendapatan wakaf yang signifikan. Pada masa ini, nilai aset wakaf KAU Waqf dianggarkan melebihi 40 Bilion, selain berperanan sebagai perintis dan rujukan kepada penubuhan wakaf universiti lain di Arab Saudi.

Di Riyadh, pihak The General Authority for Awqaf (AWQAF) telah meraikan para delegasi dengan mengaturkan program seharian yang sangat berimpak tinggi di Mövenpick Hotel and Residences Riyadh iaitu mesyuarat bilateral dan bengkel wakaf antara MAWEZ yang diketuai UPM bersama UUM, UTHM serta Penasihat Kedutaan Malaysia, Riyadh dengan pihak The General Authority for Awqaf (AWQAF) yang dihadiri oleh Eng. Abdulrahman Alnasser, Deputy Governor for Strategy and Excellence, Mr. Abdulaziz bin Moammar, Deputy Governor for Development and Services, Mr. Nayef Al-Balawi, Director of Partnerships and International Cooperation dan Ms. Meznah Alamri, Senior Specialist, Partnerships and International Cooperation.

The General Authority for Awqaf (AWQAF) merupakan badan berautoriti utama yang berfungsi sebagai pusat kuasa pengurusan wakaf di peringkat Kerajaan Arab Saudi. Sebahagian besar pembangunan wakaf di negara tersebut tertakluk kepada keputusan dan kelulusan AWQAF, termasuk projek-projek wakaf strategik di kawasan Haramain. Selain itu, AWQAF turut berperanan aktif dalam pengurusan dan penyelarasan pelbagai penyelidikan wakaf yang memberi tumpuan kepada pembangunan sains dan teknologi, di samping memperkukuh program keusahawanan serta inovasi sebagai pemacu kemajuan ekonomi dan sosial di Arab Saudi.

Manakala di Madinah, para delegasi telah menghadiri sesi taklimat yang disampaikan oleh Dr. Omar Muhaisin, Chief Executive Officer di Pusat Keusahawanan dan Inovasi, Islamic University of Madinah. Beliau berkongsi pengalaman pengurusan wakaf universiti yang dilaksanakan melalui tiga tabung wakaf utama, iaitu Wakaf Khas (Aset), Wakaf Perniagaan dan Wakaf Ekonomi (Pelaburan).

Menurut beliau, Wakaf Ekonomi (Pelaburan) yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu telah berjaya menghimpunkan dana wakaf pelaburan berjumlah sekitar 100 Juta, yang dilaburkan dalam tempoh lima tahun. Inisiatif ini telah berjaya menjana pulangan keuntungan wakaf sekitar 7.5 peratus setahun, sekali gus membuktikan keberkesanan model pengurusan wakaf universiti yang berdaya maju dan lestari.

Lawatan ini memberikan pendedahan yang signifikan terhadap amalan terbaik pengurusan wakaf, khususnya dari aspek strategi pendanaan yang lestari dan berimpak tinggi. Selain itu, lawatan ini turut membuka ruang kerjasama strategik antara Universiti Awam di Malaysia dengan agensi dan institusi Wakaf di Arab Saudi merangkumi bidang penyelidikan, latihan sangkutan staf, program akademik di bawah tajaan wakaf serta pelbagai inisiatif pembangunan modal insan.

Delegasi Lawatan Penanda Aras Wakaf ini diketuai oleh Profesor Madya Dr. Mohd Daud Awang, Rakan Strategik Wakaf WAZAN UPM, dan turut disertai oleh Tuan Haji Haris Dahlan, Pengarah WAZAN UPM merangkap Pengerusi MAWEZ; Encik Mohd Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Wakaf dan Infak WAZAN UPM merangkap Setiausaha Agung MAWEZ; Encik Mohd Lotfi Solihan, Pengarah Pusat Wakaf dan Endowmen Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merangkap Exco Governans dan Perundangan MAWEZ; serta Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, Pengarah Pusat Zakat dan Wakaf Universiti Utara Malaysia (UUM) merangkap Exco Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Modal Insan MAWEZ.

Dalam masa yang sama, para dilegasi berkesempatan bertemu dengan TYT Dato' Syed Mohamad Bakri bin Syed Abdul Rahman, Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi semasa lawatan di Madinah bersama-sama dengan Tuan Muhammad Hijaz bin Mohd Ramli, Penasihat Kedutaan Malaysia, Riyadh.

Lawatan ini dijangka menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem wakaf di UPM, UUM, UTHM serta universiti-universiti awam di Malaysia serta memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dalam memartabatkan peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan pendidikan tinggi yang mampan.

Disediakan oleh : Mohd Azrol Hafizi Azman, Setiausaha Agung MAWEZ

Photos from Pusat Zakat dan Wakaf UUM's post 03/12/2025

Majlis Apresiasi Barakah 2025 : Penyumbang Zakat dan Wakaf UUM

Photos from MAWEZ UA's post 17/10/2025

Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur - BENGKEL PELAN PERANCANGAN STRATEGIK WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT DI UNIVERSITI AWAM 2025 anjuran Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM selaku Pengerusi Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi telah diadakan dengan jayanya pada 14-16 Oktober 2025 yang disempurnakan perasmian oleh YBrs. Encik Ahmad Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkasakan hala tuju dan tadbir urus MAWEZ yang terdiri daripada 20 Universiti Awam (UA) serta menghasilkan resolusi yang efektif melalui perbincangan Pelan Perancangan Strategik Wakaf, Endowmen dan Zakat supaya ia dapat dilaksanakan secara menyeluruh di setiap UA bagi mempergiatkan keberkesanan inisiatif pengumpulan dana di peringkat UA serta memastikan setiap UA mampu mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sasaran tahunan jumlah pendanaan wakaf, endowmen, zakat dan sumbangan seperti mana yang telah ditetapkan.

Menerusi bengkel ini juga telah berjaya menghimpunkan pelbagai input maklumat yang sangat penting dan bermanfaat daripada panel-panel Penceramah Jemputan yang hebat antaranya; Perkongsian Pelaburan & Pembangunan Harta Wakaf Selangor oleh En. Mohd Huzairi bin Hamdan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Perbadanan Wakaf Selangor (PWS); Perkongsian Fundraising, Endowmen & Wakaf oleh Dr. Hj. Razali B. Othman, A.M.S,
Spiritual Divine Fundraising Strategist, Center For Spiritual Divine Fundraising Leadership (CSDFL); serta Perkongsian MyWaqaf PTPTN oleh Encik Hani Zulfadhli Nor Baharom, Eksekutif Bahagian Dasar dan Pembangunan, Yayasan Waqaf Malaysia.

Dalam masa yang sama, MESYUARAT MAJLIS WAKAF, ENDOWMEN DAN ZAKAT UNIVERSITI AWAM (MAWEZ) KALI PERTAMA (BIL. 1/2025) turut dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Haris Dahlan, Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Infak (WAZAN) UPM merangkap Pengerusi MAWEZ yang julung kalinya bersidang melibatkan 20 UA yang terdiri daripada Pengarah dan Ketua Pusat/Bahagian/Unit Wakaf, Zakat dan Endowmen.

Turut hadir YBrs. Encik Izamael Zamzuri Ismail,
Pengarah Bahagian Governan IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam sesi pembentangan kumpulan oleh setiap UA berkaitan dengan isu, cadangan penyelesaian dan model untuk mencapai sasaran KPI pendanaan Wakaf, Zakat dan Endowmen sebagaimana yang telah ditetapkan diperingkat Kementerian Pendidikan Tinggi.

05/09/2025
01/08/2025

MAJLIS PELUNCURAN WAKAF KELESTARIAN ALAM KONSERVASI PENYU TERENGGANU & RHB SUKUK DANA HAFEEZ

⏳3️⃣ hari lagi...

🔮 *MAJLIS PELUNCURAN WAKAF KELESTARIAN ALAM KONSERVASI PENYU TERENGGANU & RHB SUKUK DANA HAFEEZ*

🗓️ 4 Ogos 2025 (Isnin)
🕰️ 2.00 petang
📍 The Westin Kuala Lumpur

Majlis yang penuh bersejarah ini akan disempurnakan oleh *Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.*
Majlis ini diadakan bersempena Peluncuran Wakaf Kelestarian Alam Konservasi Penyu dan RHB Sukuk Dana Hafeez kerjasama strategik antara UMT dengan RHB Islamic Bank Berhad. Pelaksanaan inisiatif ini menjadi model wakaf hijau pertama di dunia dan mengukuhkan sinergi bersama dalam memperkasakan wakaf sebagai instrumen kewangan Islam yang lestari.









30/07/2025

Muzakarah Zakat Kebangsaan Tahun 2025 Kali Ke-11

Tema : Evolusi Institusi Zakat: Sejarah, Cabaran dan Masa Depan

Photos from Universiti Putra Malaysia's post 30/07/2025

Ambulans Wakaf HSAAS UPM Kini Beroperasi 🚑✨

Photos from MAWEZ UA's post 17/06/2025

Putrajaya - Mesyuarat Hala Tuju Majlis Wakaf, Endowmen dan Zakat Universiti Awam (MAWEZ) 2025 telah diadakan pada 17 Jun 2025 (Selasa) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Izamael Zamzuri bin Ismail. Pengarah Bahagian Governan IPTA (BGA).

Dalam sidang Mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak antara BGA dan MAWEZ telah membincangkan tentang strategi MAWEZ terhadap 20 Universiti Awam dalam usaha mendapatkan kelulusan pengecualian cukai bagi wakaf dan endowmen, pelaporan dan penyediaan pangkalan data, penerokaan inisiatif pendanaan serta penepatan KPI bagi Wakaf, Zakat, Endowmen dan Sumbangan.

Penglibatan delegasi MAWEZ ke JPT adalah seperti berikut:-

1. Tn. Hj. Haris Dahlan, UPM (Pengerusi)
2. Prof. Dr. Sayuti Ab Ghani, UPNM (Timbalan Pengerusi 1)
3. Prof. Madya Dr. Najahudin Lateh, UiTM (Timbalan Pengerusi 2)
4. En. Mohd Azrol Hafizi Azman, UPM (Setiausaha Agung)
5. Prof. Madya Dr. Ahmad Zaki Salleh, USIM (Exco Pengkalan Data dan Pelaporan)
6. Dr. Mohamad Zulkurnai Ghazali, UUM (Exco Penyelidikan, Inovasi dan Pembangunan Modal Insan)
7. Prof. Madya Dr. Ahmad Che Yaacob, UTM (Exco Teknologi Maklumat dan Komunikasi)
8. En. Nurul Anuar Jamasan, UPSI (Wakil Exco Kerjasama Strategik dan Perkongsian Pintar)

Photos from WEZAS UPSI's post 26/05/2025

| Perasmian dan Penyerahan Sijil Penyertaan Kursus Profesional dan Pemantapan Tadbir Urus Endowmen 2025 anjuran WEZAS UPSI bersama Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama MAWEZ UA

Photos from WEZAS UPSI's post 26/05/2025

| Kursus Profesional dan Pemantapan Tadbir Urus Endowmen 2025 anjuran WEZAS UPSI bersama Unit Latihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan kerjasama MAWEZ UA

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

PUSAT PENGURUSAN WAKAF, ZAKAT DAN INFAK (WAZAN) UNIVERSITI PUTRA
Petaling Jaya
43400UPMSERDANG

Opening Hours

Monday 08:30 - 04:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30