Pemuda Subang - United Malays National Organization 2018-2023

Pemuda Subang - United Malays National Organization 2018-2023

Share

Bersatu. Bersetia. Berkhidmat. Sumber informasi aktiviti dan penerangan isu semasa oleh ahli Pemuda UMNO Bahagian Subang.

Pemimpin DAP gesa BN bertindak terhadap semua Ahli Parlimen sokong Muhyiddin | Berita Harian 05/02/2023

*DAP SILA JANGAN CAMPUR URUSAN UMNO*

1.Saya ingin menegur Setiausaha DAP Perak Chong Zemin yang berkata siasatan dan tindakan disiplin perlu dikenakan terhadap terhadap 10 ahli Parlimen Barisan Nasional yang menandatangani SD menyokong Muhyiddin selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

2.Kenyataan ini merupakan penghinaan kepada UMNO kerana kami sebagai parti terbesar di negara ini tahu bagaimana untuk mentadbir parti & kami tidak perlu orang luar terutamanya parti yang ketika ini menjadi sekutu kami untuk menasihatkan kami untuk menguruskan hal dalaman kami.

3.Sebagai rakan di dalam Kerajaan Persekutuan, segala kenyataan yang boleh mengguris hati ahli haruslah di elakkan. Adalah tanggungjawab kita bersama untuk memastikan Kerajaan Perpaduan ini stabil demi rakyat.

4.Tiada desakan dari UMNO untuk Nurul Izzah letak jawatan. Tiada desakan dari UMNO untuk Rafizi meletakkan jawatan atas kenyataan2 beliau yang mengguris hati rakyat.

5.Hentikan sebarang kenyataan-kenyataan tidak matang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan politik negara, yang sedang kita nikmati ini. Desakan untuk mengambil tindakan disiplin merupakan kenyataan yang angkuh dan bongkak. Tidak wujud semangat berpasukan

6.UMNO parti bermaruah. Saya ingin tegaskan kepada DAP untuk jangan campur urusan parti kami.

*Alfie Zainal*
*Ketua Pergerakan Pemuda*
*UMNO Bahagian Subang*

Pemimpin DAP gesa BN bertindak terhadap semua Ahli Parlimen sokong Muhyiddin | Berita Harian KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin DAP menggesa, kepemimpinan Barisan Nasional (BN) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap semua Ahli Parlimennya yang sebelum ini menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

03/02/2023

Selamat bersidang saya ucapkan kepada ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan-cawangan seluruh negara.

Jadikan persidangan ini sebagai platform muhasabah diri setelah kita dihukum oleh rakyat pada PRU15. Mari kita bersama kukuhkan parti.

Bergerak atas satu barisan, satu tujuan & satu perjuangan.

Mudah-mudahan UMNO akan terus mara di dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air tercinta. Semoga persidangan dan pemilihan tahun ini berjalan dengan lancar dan diberkati Allah SWT

25/01/2023

Semoga Allah SWT memberkati Turki & rakyatnya kerana mereka beramai2 keluar untuk protes tindakan rakyat Sweden yang membakar Al Quran di depan kedutaan Turki

Tindakan kerajaan Sweden memberi kebenaran terhadap rakyatnya untuk membakar Quran merupakan penghinaan yang amat jelas kepada agama Islam

Inilah sikap sebenar Sweden yang bertopeng pembela hak asasi manusia rupanya pembenci Islam secara senyap

22/01/2023

Memang banyak kejadian memberi sedekah oleh Perikatan Nasional masa PRU 15

Duit turun macam hujan lebat

Kita tak boleh nak salahkan pengundi lupakan segala jasa dan khidmat bakti kami selama 4 tahun

Lumrah manusia lupakan segala bantuan semasa kemarau yang berpanjangan kerana hujan satu hari

Ye lah bila UMNO bantu katanya rasuah. Tapi bila mereka hulur semuanya kerana Allah

21/01/2023

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2023 kepada seluruh masyarakat yang meraikannya.Kepada yang pulang ke kampung sempena perayaan ini, sila berhati-hati di jalan raya.

Semoga sambutan tahun baru ini membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada kita semua.

Gong Xi Fa Cai.
Xīn Nián Kuài Lè!

PAU2022: Jawatan Presiden, Timb Presiden perlu dipertandingkan - Ketua Pemuda UMNO Subang 12/01/2023

KUALA LUMPUR: UMNO perlu menyuburkan demokrasi sekiranya parti itu benar-benar mahu melaksanakan pembaharuan selepas episod terburuk dalam arena politik tanah air.

UMNO perlu tunjukkan bahawa kita meraikan demokrasi dan dengan demokrasi kita akan membentuk parti yang kuat, dan parti yang kuat itu akan menawarkan satu bentuk alternatif kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 nanti,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Rabu.

PAU2022: Jawatan Presiden, Timb Presiden perlu dipertandingkan - Ketua Pemuda UMNO Subang UMNO perlu tunjuk kepada rakyat bahawa mereka benar-benar mahu berubah dengan tidak takut untuk berdepan pertukaran pucuk pimpinan.

11/01/2023

Assalamualaikum WBT

Telah tiba masa kita sebagai perwakilan UMNO menunaikan tanggungjawab untuk bersidang di Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang akan bermula esok, 11hb sehingga 14hb Januari 2023. Ini adalah satu kesempatan untuk kita sama-sama melapangkan dada dan mendengar suara hati tentang agenda perjuangan parti di peringkat akar umbi.

Kepada seluruh Perwakilan UMNO seluruh Negara, saya mengucapkan selamat bersidang di Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Salam Ikhlas
Mohd Alfie Zainal Abidin
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Subang

PAU 2022 Iltizam Kembalikan Keyakinan, Kepercayaan Rakyat Terhadap UMNO – Alfie 05/01/2023

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Alfie Zainal percaya bahawa kesemua ahli parti mempunyai iltizam terbaik dalam usaha untuk memulihkan UMNO terutama selepas menempuhi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Katanya, disebabkan itu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ini sebagai medan terbaik dalam membina kembali azam tersebut bagi memastikan parti terus relevan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia.

“Saya yakin majoriti ahli umumnya sepakat ingin UMNO pulih dari kekalahan PRU15 yang lalu. Sama-sama kita bina kembali parti ini dan kita kena berazam untuk kembali menjadi parti yang disayangi oleh orang Melayu di negara ini.

“PAU ini untuk muhasabah diri dan meneliti usul-usul yang akan dibawa terutamanya usul solidariti UMNO seperti yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Usul yang diketuai oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Usul solidariti ini amat penting untuk semua perwakilan halusi kerana ia akan membentuk masa depan parti pasca PRU15,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Beliau dalam pada itu, meluahkan penghargaan pada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang terbuka dalam menerima sebarang usul selagi ianya memberi manfaat kepada parti.

“Ini membuktikan Presiden UMNO berjiwa besar dan amat menyayangi UMNO sebagai parti yang mendokong prinsip demokrasi.

“Lebih-lebih lagi jika ada usul yang dibawa tidak dilihat sebagai memihak kepada kepimpinan beliau selagi usul itu tidak melanggar perlembagaan parti,” ujar beliau

PAU 2022 Iltizam Kembalikan Keyakinan, Kepercayaan Rakyat Terhadap UMNO – Alfie PAU 2022 Iltizam Kembalikan Keyakinan, Kepercayaan Rakyat Terhadap UMNO – Alfie 4 January 2023 Berita Utama KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Alfie Zainal percaya bahawa kesemua ahli parti mempunyai iltizam terbaik dalam usaha untuk memulihkan UMNO terutama sele...

31/12/2022

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai, marilah kita rakyat Malaysia mengalu-alukan kedatangan Tahun baru ini dan semoga ia memberikan kita kebaikan dan barakah.

Selamat Menyambut Tahun Baru 2023

Photos from Pemuda Subang - United Malays National Organization 2018-2023's post 27/12/2022

Kesian kat siapa yang gaji RM 1.5k ke bawah

Elok2 dapat gaji lebih kena tunggu lagi setahun

By right dah boleh la pakai duit lebih tu beli ayam mahal. By right lah

25/12/2022
23/12/2022

Janganlah bagi cadangan mengarut kalau harga ayam mahal jangan makan ayam

Hapuskan kartel ayam

Jangan bagi muka kat kartel ni. Haritu masa kempen berdegar2 tunjuk terer

Sebelum bagi kami kereta murah bagi lah harga ayam murah dulu

Want your business to be the top-listed Government Service in Petaling Jaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address

Petaling Jaya
47820