10/10/2026
๐ฆ๐จ๐ ๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐ง๐๐ง ๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐๐๐ก, ๐ฆ๐จ๐ก๐ง๐๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐ ๐ช๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐
TAIPING, 10 Oktober 2026 โ Keprihatinan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam menyalurkan sumbangan kebajikan kepada anggota dan ahli keluarga yang berdepan cabaran kesihatan kronik serta kritikal sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga, khususnya dalam menghadapi kehidupan seharian.
Sumbangan yang disampaikan dalam Program Penyerahan Sumbangan Kebajikan kepada Anggota dan Ahli BAKAT itu memberi makna besar kepada para penerima dan keluarga, bukan sahaja dari segi bantuan kewangan, malah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan terhadap kesukaran yang sedang lalui.
Program tersebut melibatkan penerima daripada 72 Bn KPD, 72 BOD, 72 Wksp Div dan MSST.
Sumbangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Fitri Ibrahim, Pengurus Pembangunan Korporat Yayasan LTAT dengan disaksikan Kolonel Abd Rahim bin Hamzah, Komander Rejimen Jurutera 2 Divisyen serta Puan Syazwani binti Md Saad, Pengerusi BAKAT Markas Rejimen Askar Jurutera 2 Divisyen.
Bagi para penerima, bantuan yang dihulurkan dapat membantu menampung keperluan kesihatan serta mengurangkan cabaran kewangan yang dihadapi oleh keluarga. Keprihatinan ini turut menjadi suntikan semangat kepada mereka untuk terus tabah, cekal dan positif dalam menghadapi ujian yang mendatang.
Pihak penerima dan keluarga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yayasan LTAT atas sumbangan serta keprihatinan yang diberikan. Bantuan ini amat bermakna selain mencerminkan kebajikan anggota dan keluarga sentiasa mendapat perhatian, sekali gus memberikan kekuatan moral untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan sebagai manifestasi keprihatinan terhadap kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga, khususnya bagi mereka yang memerlukan sokongan ketika berhadapan dengan dugaan kesihatan.