Malaysia Forest Fund

Website Contact the organization

Malaysia Forest Fund Malaysia Forest Fund is an agency established under the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ16 September menjadi simbol perpaduan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga Malaysi...
15/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

16 September menjadi simbol perpaduan yang menyatukan kita sebagai sebuah keluarga Malaysia berbeza budaya, bangsa dan latar belakang, namun tetap teguh berdiri bersama.

Semoga semangat ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ terus menyemarakkan usaha kita dalam memelihara khazanah alam, melindungi hutan dan membina masa depan yang lebih lestari untuk generasi akan datang. ๐ŸŒณ๐Ÿ’š

๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ, ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ต๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚.





Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan men...
14/09/2026

Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan mencemar duli bagi berangkat hadir ke program Kembara Diraja - Edisi Gunung GAP oleh Projek Penjaga Gunung di bawah Program Forest Conservation Certificate (FCC).

Projek Penjaga Gunung di bawah FCC merupakan inisiatif yang bertujuan memperkasakan pemuliharaan alam sekitar, meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan menjaga kawasan pergunungan, serta memupuk amalan pendakian yang bertanggungjawab. Melalui penglibatan komuniti setempat, sukarelawan dan pelbagai pihak berkepentingan, projek ini memberi fokus kepada pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem gunung serta pendidikan alam sekitar kepada pengunjung melalui pemerkasaan orang asli setempat. Pemerkasaan trail pendakian ini adalah merupakan salah satu aktiviti yang tersenarai di bawah projek Penjaga Gunung.

Lawatan ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Jabatan Perhilitan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Hulu Selangor serta Jabatan/Agensi berkaitan. Turut hadir adalah rakan strategik daripada CIMB Islamic Berhad, Vantage Data Centre dan Selangor Youth Community (SAY) yang menyumbang kepada projek ini.

Menjunjung Setinggi-tinggi kasih Duli Yang Teramat Mulia Tuanku atas keberangkatan DYTM Tuanku dalam lawatan ini.

Bagi memperkukuh kerjasama dan perkongsian kepakaran dalam bidang Perhutanan Tani (Agroforestry), satu Sesi Libat Urus b...
11/09/2026

Bagi memperkukuh kerjasama dan perkongsian kepakaran dalam bidang Perhutanan Tani (Agroforestry), satu Sesi Libat Urus bersama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) telah diadakan pada 9 September 2026. Sesi ini turut memberi ruang untuk memperkenalkan peranan dan inisiatif Malaysia Forest Fund (MFF), termasuk Program Forest Carbon Offset (FCO) serta pembangunan metodologi Agroforestry di Malaysia.

Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Johari Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Industri dan Pengembangan), Jabatan Pertanian Malaysia, dan memberi ruang kepada perkongsian kepakaran DOA berkaitan amalan pertanian serta status dan guna tanah bagi menyokong pembangunan metodologi Agroforestry di Malaysia.

Perbincangan turut memberi tumpuan kepada keperluan memahami status dan guna tanah semasa dalam mengenal pasti kawasan yang bersesuaian bagi pelaksanaan Agroforestry, dengan mengambil kira keperluan pengeluaran pertanian dan keterjaminan makanan negara.

Perkongsian ini mencerminkan komitmen bersama MFF dan DOA dalam meneroka pendekatan Agroforestry bagi menggalakkan penggunaan tanah secara lestari serta menyokong agenda pertanian dan alam sekitar negara.





Memperkasa agenda kelestarian dan pembangunan bandar hijau, Malaysia Forest Fund (MFF) mengadakan Kunjungan Hormat ke Ja...
10/09/2026

Memperkasa agenda kelestarian dan pembangunan bandar hijau, Malaysia Forest Fund (MFF) mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Landskap Negara (JLN) bagi memperkenalkan peranan, fungsi serta inisiatif MFF, termasuk Forest Conservation Certificate (FCC) dan Forest Carbon Offset (FCO).

MFF diketuai oleh Puan Suhaini Haron, Pegawai yang Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MFF dan disambut oleh Tuan Haji Mansor Mohamad, Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara bersama pegawai-pegawai daripada kedua-dua organisasi.

Pertemuan ini menjadi platform bagi perkongsian pandangan dan kepakaran JLN, khususnya dalam perancangan landskap serta pembangunan kawasan hijau bandar, yang dapat menyokong usaha MFF dalam pembangunan metodologi Urban Forestry di Malaysia. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada pendekatan dan amalan terbaik yang bersesuaian dengan konteks perancangan landskap serta pembangunan bandar di Malaysia.

Kunjungan ini diharap dapat memperkukuh kerjasama strategik antara MFF dan JLN dalam menyokong pembangunan bandar yang lebih hijau, berdaya tahan dan mampan.



Landskap Negara

Malaysia Forest Fund (MFF) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke PLANMalaysia hari ini bagi memperkenalkan peranan, fungs...
09/09/2026

Malaysia Forest Fund (MFF) telah mengadakan Kunjungan Hormat ke PLANMalaysia hari ini bagi memperkenalkan peranan, fungsi dan inisiatif MFF, termasuk Forest Conservation Certificate (FCC) dan Forest Carbon Offset (FCO).

Kunjungan ini diketuai oleh Puan Suhaini Haron, Pegawai yang Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Pegawai Eksekutif MFF, dan telah disambut baik oleh Tuan Mohd Sukuran Taib, Pengarah Bahagian Rancangan Fizikal Negara, PLANMalaysia, bersama pegawai kanan MFF dan PLANMalaysia.

Pertemuan ini menjadi platform strategik bagi perkongsian pengetahuan, perbincangan teknikal dan pertukaran pandangan berhubung pembangunan metodologi Urban Forestry, khususnya dari aspek amalan semasa, pendekatan perancangan serta kepakaran teknikal PLANMalaysia yang dapat menyokong pembangunan metodologi tersebut. Selain itu, PLANMalaysia turut mencadangkan penerokaan projek rintis Urban Forestry, termasuk potensi perkongsian data dan input teknikal bagi menyokong perancangan serta pelaksanaan projek tersebut.






Malaysia Forest Fund (MFF) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mampani Malaysia Sdn Bhd dan K...
06/09/2026

Malaysia Forest Fund (MFF) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mampani Malaysia Sdn Bhd dan KPMG Malaysia selaku Rakan Penaja atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan Larian FCC Nadi Hijau.

Sokongan yang diberikan mencerminkan komitmen sektor korporat dalam menyokong agenda pemuliharaan hutan dan kelestarian alam sekitar.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang cabutan bertuah. Semoga program ini terus menjadi wadah dalam memupuk gaya hidup sihat serta memperkukuh kesedaran dan komitmen bersama terhadap pemuliharaan hutan negara.








Mampani Official KPMG in Malaysia

Malaysia Forest Fund (MFF) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Wilaya...
06/09/2026

Malaysia Forest Fund (MFF) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan (JPWP) telah menganjurkan Larian FCC Nadi Hijau โ€“ Larian untuk Hutan Bandar hari ini, sebagai inisiatif menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan hutan dan hutan bandar.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES). Turut hadir ialah YBhg. Datoโ€™ Hj. Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Puan Suhaini binti Haron, Pegawai yang Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Forest Fund (MFF) serta Tuan Azrul Ekhuan Eliah, Pengarah Jabatan Perhutanan Wilayah Persekutuan, bersama para tetamu dan rakan strategik.

Larian sejauh 5 kilometer bermula dari Dataran DBKL dan berakhir di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur ini telah menghimpunkan kira-kira 400 peserta daripada pelbagai pihak, di samping menjadi platform untuk memperkenalkan Forest Conservation Certificate (FCC) serta meningkatkan penglibatan masyarakat dan sektor korporat dalam agenda pemuliharaan hutan.

Penganjuran ini turut mengetengahkan komitmen terhadap Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta Tanggungjawab Korporat (CSR) dalam menyokong usaha konservasi hutan negara.

MFF merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, rakan strategik serta pihak yang telah bersama-sama menjayakan Larian FCC Nadi Hijau.






๐‹๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐‡๐”๐“๐€๐ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐†๐€๐๐”๐๐† ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“, ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐ ๐‡๐”๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐„๐’๐†KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER ...
06/09/2026

๐‹๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐‡๐”๐“๐€๐ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐†๐€๐๐”๐๐† ๐†๐€๐˜๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐’๐ˆ๐‡๐€๐“, ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐ ๐‡๐”๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐„๐’๐†

KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER 2026 โ€“ Kira-kira lebih 350 peserta menyertai Larian FCC Nadi Hijau โ€“ Larian untuk Hutan Bandar yang berlangsung hari ini, sebagai satu inisiatif untuk menggalakkan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan hutan dan hutan bandar.

Larian sejauh 5-kilometer ini bermula di Dataran DBKL dan berakhir di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur, dengan acara pelepasan disempurnakan oleh YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), bersama Datoโ€™ Hj. Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia serta Suhaini binti Haron, Pegawai Yang Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Forest Fund.

Siaran media penuh boleh dibaca pada gambar.







Malaysia Forest Fund (MFF) telah dijemput sebagai pempamer bagi Program CEPA dan Penghijauan Malaysia sempena Sambutan T...
05/09/2026

Malaysia Forest Fund (MFF) telah dijemput sebagai pempamer bagi Program CEPA dan Penghijauan Malaysia sempena Sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) yang berlangsung di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datoโ€™ Mohd Radhi Chu Abdullah, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta wakil daripada agensi dan organisasi yang berkaitan. Puan Suhaini Haron, Pegawai yang Menjalankan Tugas-tugas Ketua Pegawai Eksekutif MFF, turut hadir mewakili MFF bagi mengetengahkan peranan dan inisiatif organisasi dalam program tersebut.

Penyertaan MFF sebagai pempamer mencerminkan komitmen berterusan organisasi dalam memperkukuh kesedaran awam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, di samping memperkenalkan peranan serta inisiatif MFF dalam menyokong agenda kelestarian dan pemerkasaan pembiayaan pemuliharaan hutan di Malaysia.





๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!Semakin dekat, semakin terasa bahangnya! ๐Ÿฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ sebelum ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—–๐—– ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚ membuka langkah untuk seb...
04/09/2026

๐Ÿ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‹๐€๐†๐ˆ!

Semakin dekat, semakin terasa bahangnya!

๐Ÿฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐—ด๐—ถ sebelum ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—–๐—– ๐—ก๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—›๐—ถ๐—ท๐—ฎ๐˜‚ membuka langkah untuk sebuah larian yang bukan sekadar tentang kecergasan, tetapi membawa mesej penting tentang pemuliharaan hutan dan kelestarian alam.

๐Ÿ“… ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐—”๐—ต๐—ฎ๐—ฑ)
โฐ ๐Ÿณ.๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
๐Ÿ“ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—Ÿ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ ๐—™๐—ฟ๐—ฒ๐—ฒ ๐——๐—ฎ๐˜†

Ayuh bersiap sedia untuk berlari, bergerak dan bersama-sama menyokong usaha ke arah hutan bandar yang lebih lestari!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mampani Malaysia Sdn Bhd dan KPMG Malaysia sebagai Rakan Penaja atas sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan Program Larian FCC Nadi Hijau.

Jumpa anda nanti! ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ







Address

Malaysia Forest Fund, Unit T2-L19-3, Level 19, IOI City Tower Two, Lebuh IRC, IOI Resort City
Putrajaya
62502

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Forest Fund posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Forest Fund:

Shortcuts

Share