Dr Radin

Dr Radin

Share

Aspiring public servant & motivator
| Sustainability & Governance
| Leadership & Management
| Public Policy - Innovation

21/02/2026

🌙 Ramadan… bulan kita reset balik kompas hidup

“Bulan Ramadan yang Kami turunkan dalamnya al-Quran yang menjadi petunjuk untuk manusia”
(Surah al-Baqarah: 185)

Kadang kita fikir Ramadan ni pasal puasa je.. tahan lapar dan dahaga di siang hari, tunggu waktu berbuka. Tapi sebenarnya Ramadan ni adalah bulan Al-Quran. Bulan Allah bagi balik kita manual kehidupan.

Dalam dunia hari ni, semua orang nak jadi leader... nak lead team, lead organisation, lead family, lead kehidupan sendiri. Tapi jarang kita tanya:

👉 siapa sebenarnya yang kita ikut?

Al-Quran ajar satu benda simple... sebelum kita fikir nak jadi pemimpin, kita kena belajar dulu jadi orang yang taat (pengikut). Obedience before leadership. Dalam konteks beragama, menjadi hamba yang bertaqwa!

Bila kita belajar ikut panduan Allah, barulah keputusan kita ada arah. Bila hati selari dengan nilai, barulah leadership tu ada keberkatan, bukan sekadar authority atau jawatan.

Ramadan ni peluang terbaik nak reconnect dengan Al-Quran. Tak perlu terus target khatam berkali-kali kalau belum biasa. Start small pun okay:
📖 baca sikit tapi konsisten
📖 faham walau satu ayat sehari
📖 biar satu ayat tu guide tindakan kita hari tu

Sebab dalam bulan ni, pahala Allah gandakan berkali-kali. Effort kecil pun nilainya besar. Macam compounding effect... sikit tapi berterusan, akhirnya ubah diri.

Mungkin inilah leadership paling asas yang Ramadan nak ajar kita:
✔️ lead diri dulu
✔️ disiplinkan hati
✔️ taat pada panduan sebelum nak memimpin orang lain

Semoga Ramadan kali ni bukan sekadar rutin tahunan… tapi jadi turning point untuk kita jadi manusia yang lebih tenang, lebih jelas arah, dan lebih baik untuk orang sekeliling.

Selamat menjalani Ramadan semua 🤲

18/02/2026

Salam Ramadhan Al-Mubarak 🌙

Alhamdulillah, kita sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, sama ada yang disengajakan mahupun tidak.

Semoga Ramadan ini membawa ketenangan, keampunan dan keberkatan buat kita semua. Marilah kita memperbanyakkan ibadah, menyucikan hati dan meningkatkan amal soleh.

Moga setiap doa dimakbulkan dan setiap kebaikan diberkati. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keikhlasan dan kesabaran.

Ramadhan Kareem 🤲

Salam Ramadan 2026 / 1447H

11/02/2026

AUKU WAJAR DIKEKALKAN SEBAGAI MEKANISME PEMERKASAAN MAHASISWA

Zambry Abd. Kadir
Adam Adli



Photos from Journal of Civil Engineering, Science and Technology - JCEST's post 07/02/2026
Photos from Tech Dome Penang's post 07/02/2026
01/01/2026

🌟 Selamat Tahun Baharu 2026

Setiap tahun mengajar kita satu perkara penting... bahawa hidup ini bukan sekadar tentang sejauh mana kita melangkah, tetapi sejauh mana kita belajar dan berkembang sepanjang perjalanan.

Tahun 2026 hadir sebagai ruang untuk kita menyusun semula keutamaan, memperhalusi niat, dan meneruskan usaha dengan lebih tenang, berprinsip dan berfokus.

Masa tidak menunggu kita dan bukan semua yang kita rancang akan menjadi, namun sentiasa lah beri ruang untuk setiap usaha kita yang pasti akan membentuk diri kita menjadi insan yang lebih baik.

Teruslah melangkah dengan rendah hati, bekerja dengan amanah, dan menyumbang dengan ikhlas walau dalam apa jua peranan yang kita galas.

Semoga tahun ini membawa ketenangan jiwa, kekuatan dalam tindakan, dan keberkatan dalam setiap keputusan.

Selamat Tahun Baharu 2026.

Photos from Dr Radin's post 11/09/2025

🌿✨ ASEAN Bioethics Seminar✨🌿

Alhamdulillah… it's a wrap!

Penganjuran ASEAN Bioethics Seminar 2025 ini kali memang satu journey yang hectic & tiring 😅. Dari awal planning sampai ke hari event, memang penuh cabaran... Ia merupakan antara task utama yang dipertanggungjawabkan sejak lapor diri ke MOSTI pada Disember 2024.

Syukur, alhamdulillah bila terima feedback yang positif daripada YB Menteri, TKSU, panelist, kola orator, peserta & rakan-rakan… rasa lega + puas hati sangat. Worth every effort! 🙌

Special thanks 💐 to mantan TKSU, Datuk Azman, Pn. Aida and the amazing Bio1 team - Zuhaini, Hasniza & Adilla - yang jadi tulang belakang sepanjang proses ni. Korang memang all-out, salute! Juga big shoutout to semua partner & secretariat lain dari MOSTI, ASEAN Sec., SaBC, UMS, NIBM & IKIM. Without all of you, tak mungkin kita capai kejayaan ni. 🤝💯

Semoga program ni menjadi starting point untuk ASEAN terus perkukuh nilai bioethics - bukan sekadar cakap pasal teknologi & sains, tapi meletakkan kemanusiaan & tanggungjawab di tengah-tengahnya. 🌍✨

Photos from Malaysian Health Technology Assessment Section's post 08/05/2025

Glad I'm part of this committee...

09/04/2025

Akreditasi MBOT - Teknologis Profesional (Ts.)

Alhamdulillah. Ts. officially unlocked... saya kini berdaftar sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Teknologi Hijau di bawah MBOT. 🌱

Perjalanan panjang, penuh ranjau duri dan jerit perih, menimba pengalaman dan kemahiran teknikal. Saya percaya, inilah bukti bahawa usaha, doa, dan sokongan orang sekeliling itu sangat berharga.

Terima kasih kepada keluarga, rakan seperjuangan, dan pasukan kerja dan sahabat yang menyumbang. Ini bukan sekadar gelaran, tapi amanah untuk terus menyumbang.

Semoga jadi inspirasi kecil buat yang lain. Jangan berhenti percaya pada diri.

25/03/2025

Harga Barang/Makanan dan Pendapatan

Adakah kita menerima gaji yg lebih baik berbanding peningkaran harga barang/makanan?

Statistik Bank Negara Malaysia menunjukkan purata harga barangan meningkat 9.3% dari suku ke-4 2019 hingga suku ke-4 2024, namun gaji nominal pekerja p**a hanya naik 7.0%

Harga makanan meningkat dengan lebih tinggi pada 17.4% dalam tempoh yang sama

19/03/2025
02/03/2025

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H / 2025M

Ramadan hadir lagi, membawa seribu keberkatan dan peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuh keimanan, serta meningkatkan keikhlasan dalam memberi dan berkongsi.

Kepada sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama mengisi pesta ibadah ini dengan ikhlas dan istiqamah. Tingkatkan fokus kita kepada AL-QURAN... khatamkanlah sebanyaknya semampu kita... tadabbur dan kupaslah isinya agar kita lebih memahami agama!

Semoga bulan yang penuh barakah ini menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, membersihkan hati, dan memperbanyakkan sedekah. Marilah kita manfaatkan setiap detik Ramadan ini dengan sebaiknya agar meraih ganjaran yang besar di sisi-Nya.

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertakwa.

Want your business to be the top-listed Government Service in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

Putrajaya
62000